| 中国科学院武汉病毒研究所 | |
| Kerangka | |
|---|---|
| Kependekan | WIV |
| Jenis/bentuk sah | Institut penyelidikan |
| Tapak web | whiov.cas.cn |
| Sejarah | |
| Dibentuk | 1956 |
| Pengasas | Chen Huagui, Gao Shangyin |
| Pengurusan | |
| Ketua Pengarah | Wang Yanyi |
| Timbalan Ketua Pengarah | Gong Peng, Guan Wuxiang, Xiao Gengfu |
| Organisasi induk | Akademi Sains China |
| Lokasi | |
![]() | |
| Ibu pejabat | Jiangxia,Wuhan,Hubei,China |
| Lokasi | |
| Koordinat | 30°22′28.0″N114°15′58.4″E / 30.374444°N 114.266222°E /30.374444; 114.266222 |
| sunting ·sunting di Wikidata | |
Institut Virologi Wuhan (WIV;Cina: 中国科学院武汉病毒研究所;pinyin:Zhōngguó Kēxuéyuàn Wǔhàn Bìngdú YánjiūsuǒJawi:اينستيتوت ۏيرولوڬي ووهن) adalah institut penyelidikan yang ditadbir olehAkademi Sains China (CAS) mengenaivirologi, dan terletak diDaerah Jiangxia,Wuhan,Hubei,China. Pada tahun 2015, Institut ini membuka makmaltahap keselamatan biologi 4 (BSL-4) pertama yang akan dibina di tanah besar China.
Institut ini ditubuhkan pada tahun 1956 sebagai Makmal Mikrobiologi Wuhan (武汉微生物实验室Wǔhàn wéishēngwù shíyàn shì) di bawah kawal selia Akademi Sains China (CAS). Pada tahun 1961, ia menjadi Institut Mikrobiologi China Selatan (华南微生物研究所Huánán wéishēngwù yánjiū suǒ), dan pada tahun 1962 namanya ditukar kepada Institut Mikrobiologi Wuhan (武汉微生物研究所Wǔhàn wéishēngwù yánjiū suǒ). Pada tahun 1970, ia menjadi Institut Mikrobiologi Wilayah Hubei (湖北省微生物研究所Húběi shěng wéishēngwù yánjiū suǒ) apabila Suruhanjaya Sains dan Teknologi Hubei mengambil alih pentadbiran. Pada bulan Jun 1978, ia telah dikembalikan kepada CAS dan dinamakan semula kepadaWuhan Institute of Virology.[1]
Pada tahun 2015, Makmal Keselamatan Biologi Negara telah selesai dibina dengan kos sebanyak 300 juta yuan ($44 juta) di Institut ini dengan kerjasama jurutera Perancis dariLyon, dan merupakan makmal keselamatan biologi tahap 4 (BSL-4) pertama yang akan dibina tanah besar China.[2][3] Makmal ini mengambil masa selama sedekad untuk disiapkan dari konsepnya pada tahun 2003, dan saintis seperti ahli biologi molekul A.SRichard H. Ebright menyatakan kebimbangan tentang pelepasan virus SARS terdahulu dari makmal China diBeijing, dan langkah serta skala rancangan China untuk pengembangan ke dalam kerangka makmal jenis BSL-4.[2] Makmal ini mempunyai hubungan yang kuat denganMakmal Kebangsaan Galveston diUniversiti Texas.[4] Pada tahun 2020, Ebright menggelarkan Institut ini sebuah "institusi penyelidikan bertaraf dunia yang melakukan penyelidikan bertaraf dunia dalam virologi dan imunologi".[4]
Pada Januari 2020, Institut ini dikhabarkan sebagai sumber untukwabak koronavirus 2019-20 akibat dari tuduhan penyelidikan senjata biologi,[5][6] yang dibantah sebagaiteori konspirasi olehThe Washington Post dalam sebutan bertajuk: "Pakar-pakar menafikan teori mengarut yang menghubungkan koronavirus China dengan penyelidikan senjata."[4][5] WaPo memetik pakar-pakar A.S. yang menjelaskan mengapa Institut ini tidak sesuai untuk penyelidikan senjata biologi, bahawa kebanyakan negara telah meninggalkan senjata biologi yang disifatkan sebagai sia-sia, dan bahawa tidak ada bukti bahawa virus itu adalah kejuruteraan genetik.[4][5] Pada bulan Februari 2020,The Financial Times melaporkan dari pakar virus dan penyiasat koronavirus utama global, Trevor Bradford, yang mengatakan bahawa "Bukti yang kita miliki ialahmutasi [dalam virus] sepenuhnya konsisten dengan evolusi semulajadi."[7]
Pada bulan Februari 2020,New York Times melaporkan bahawa sebuah pasukan yang diketuai olehShi Zhengli di Institut berkenaan adalah yang pertama untuk mengenal pasti, menganalisis dan menamakan urutan genetikkoronavirus baru (2019-nCoV), dan memuat naiknya ke pangkalan data awam untuk saintis sekitar dunia dalam memahaminya,[8][9] beliau juga menerbitkan kertas kajian dalam jurnalNature.[10] Pada bulan Februari 2020, WIV memohon paten di China untuk penggunaanRemdesivir, dadah percubaan yang dimiliki olehGilead Sciences. Institut mendapati bahawa dadah itu mampu menghalangiinvitro virus berkenaan;[11] dalam satu langkah yang juga membangkitkan kebimbangan mengenai hak harta intelektual antarabangsa. [12] Dalam satu kenyataan, Institut Virologi Wuhan berkata ia tidak akan melaksanakan hak paten China yang baru "jika syarikat asing yang berkaitan berhasrat menyumbang kepada pencegahan dan kawalan wabak di China".[12]
Pada Januari dan Februari 2020, WIV dikatikan kepada teori konspirasi lanjut, dan kebimbangan bahawa ia adalah punca wabak tersebut melalui kebocoran yang tidak sengaja,[13] dimana mereka sudah nafikan secara terbuka.[14][15] Ahli-ahli pasukan penyelidikan Institut juga terpalit kepada pelbagai teori konspirasi,[16][17] termasuk Shi, yang membuat pelbagai kenyataan awam mempertahankan Institut ini.[18] Manakala Ebright, meskipun menafikan beberapa teori konspirasi mengenai WIV, beliau memberitahu BBC China bahawa ia tidak menolak kemungkinan yang teori virus itu "sepenuhnya ditolak" dalam memasuki kawasan penduduk akibat daripada 'kemalangan makmal'.[13]
Institut ini mengandungi pusat penyelidikan berikut:[19]
The viral sequences, most researchers say, also knock down the idea the pathogen came from a virology institute in Wuhan.
|1= (bantuan)