Masjidil Haram pada tahun 2008. Kren yang terpapar didalam imej tidak termasuk dalam insiden. | |
| Tarikh | 11 September 2015 (2015-09-11) 17:45AST (UTC+03:00) |
|---|---|
| Lokasi | Masjid al-Haram,Makkah,Saudi Arabia |
| Koordinat | 21°25′21″N39°49′34″E / 21.4225°N 39.8262°E /21.4225; 39.8262 |
| Penyebab | Kren jatuh |
| Kematian | 118[1] |
| Kecederaan | 394[2][3] |
Pada tanggal 11 September 2015, sebuah kren yang digunakan dalam kerja-kerja perluasaan kompleksMasjid al-Haram diMakkah,Saudi Arabia telah jatuh menghempap ke arah bangunan kompleks Masjid, betul-betul diatas bangunan menghadap diantara Bukit Safa dan Marwah menyebabkan sekurang-kurangnya 118 orang meninggal dunia dan 394 orang lain mengalami kecederaan. Kebanyakan dari mangsa adalah jemaah yang bakal menunaikanHaji diMakkah.[4][5][6]
Seramai sembilan orang jemaah dariIndia, sepuluh orang dariMalaysia, 15 dariIran, 42 orang dariIndonesia dan 16 orang dariPakistan tercedera menurut laporan.[7][8][9][10]
Masjid al-Haram merupakanmasjid terbesar di dunia dan juga merupakan masjid terpenting dalam agamaIslam. Masjidil Haram mengelilingi binaan paling suci dalam agamaIslam iaituKaabah, terletak diMakkah. Setiap hari, Muslim diwajibkan untuk menunaikan 5 kalisolat fardhu yang perlu dikerjakan dengan menghadap terus ke arah kiblat iaituKaabah walau dimana mereka berada. Ketika insiden ini berlaku, Makkah sedang bersiap sedia menerima jutaan jemaah Haji yang akan menunaikan ibadahHaji di Makkah, sebagaiRukun Islam ke-5 yang wajib dipenuhi oleh setiap individu Muslim menurut kemampuan mereka, termasuk mengelilingi Kaabah.[11]
Terdapat beberapa insiden besar yang pernah berlaku ketika musim Haji di Makkah untuk beberapa tahun kebelakang yang telah mengakibatkan ribuan nyawa terkorban.[12] Untuk mengelakkan kecelakaan dan kemalangan dari terus berulang kali berlaku, Kerajaan Arab saudi telah mengadakan tindakan pengubahsuaian bagi memenuhi keperluan dan keselesaan para jemaah selain meningkatkan tahap kesiap siagaan dalam medan keselamatan. Namun projek perluasan Masjidil Haram yang aktif telah memungkinkan beberapa hal tidak diingini berlaku.[13] Semasa kejadian, pihak berkuasa Saudi giat menjalankan persediaan untuk menerima ratusan ribu jemaah haji yang bermula pada 22 September 2015.[3][13] Kerajaan Arab Saudi dalam kenyataan rasminya tetap berpendirian meneruskan ibadah Haji walaupun insiden berlaku, ibadah Haji tidak pernah dibatalkan walaupun bermacam insiden berlaku setiap tahun kerana ibadah Haji merupakan tuntutan syarie yang utama dan antara salah satu ibadat yang paling penting dalamIslam.[14]
| Warganegara | Terbunuh | Tercedera | Ref. |
|---|---|---|---|
| 25 | [15] | ||
| 23 | [15] | ||
| 15 | 51 | [16][15] | |
| 11 | 42 | [17] | |
| 11 | 15 | [18][19] | |
| 8 | 21 | [20][21] | |
| 6 | 10 | [22][15] | |
| 6 | [23] | ||
| 2 | 3 | [19][24] | |
| 1 | 15 | [18][15] | |
| 1 | [15] | ||
| 1 | [15] | ||
| Jumlah | 118 | 394 | [1] |
Pihak Pertahanan Awam Arab Saudi mengesahkan insiden terjatuhnya kren adalah disebabkan oleh pukulan angin yang kuat akibat ribut pasir yang terlalu kuat membadaiMakkah yang meragut 107 nyawa,[25] 238 orang tercedra dan ada yang terperangkap dek timbunan runtuhan.[3][26][27][28]
Insiden yang dilaporkan terjadi kurang pukul 5:20pm pada hari Ahad, di mana ia merupakan masa yang tersibuk dalam minggu tersebut. Kren terjatuh pada sebelah timur masjid, tepatnya diatas bumbung kompleks sai, Safa dan Marwah.[2][29]
Pada minggu berlakunya insiden, angin dan ribut berlaku di kawasan wilayah Makkah dan Hijaz secara amnya. Pihak berkuasa memeberitahu ketika ribut berlaku, Makkah menerima hujan sederhana hingga lebat. Anggaran kelajuan angin pula adalah lebih dari 40 kilometer per jam (25 mph). Namun sebab utama kren terjatuh belum dapat ditentu sahkan.[30]
Berikutan insiden, Putera Arab Saudi, Putera Khaled Al Faisal, telah memerintahkan penyiasatan penuh terhadap insiden dilakukan. Pasukan pencari dan penyelamat dan para petugas perubatan dikerah ke lokasi untuk membantu mangsa. Pasukan Bulan Sabit Merah turut dihantar ke lokasi. Gambar dan video turut tersebar secara meluas di laman sosial menunjukkan ramai mangsa terkorban dan ada yang berkecai tubuh badan.[3]
<ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaDailyMail.co<ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaGuardian2015-09-11<ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamatribune<ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamandtv<ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaarabianbusiness<ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamatbp