Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Sinar inframerah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripadaInframerah)
Imej warna palsu anjing kecil diambil menggunakan cahaya "thermal" mid-infra)

Inframerah (infrared) ialahsinaran elektromagnet yangpanjang gelombangnya lebih daripadacahaya nampak dan kurang darimikrogelombang, iaitu di antara 700 nm dan 1 mm.

Gelombang Inframerah dan Milimeter digunakan dengan meluas sebagai salurankomunikasi jarak dekat seperti penggunaan alat kawalan jarak jauh (remote control) bagitelevisyen,radio dan sebagainya.

Kemudahan media bergelombang inframerah dan milimeter ini boleh digunakan di dalam sesebuah organisasi ataurangkaian kawasan setempat (local area network, LAN). Pengguna boleh memasang pemancar dan penerima gelombang infra merah dalam rangkaian mereka. Dengan pemasangan ini, penyambungan komputer yang berupaya menerima pakai inframerah dan milimeter dapat digunakan dalam sesebuah LAN tanpa penyambungan secara fizikal terhadap komputer-komputer berangkaian yang ada.

Oleh itu, rangkaian antara komputer-komputer atau pengguna-pengguna tidak memerlukanplug in untuk perlaksanaan ini. Kelebihan media bergelombang jenis ini adalah mudah untuk dipasang, kosnya yang rendah dan selamat digunakan kerana ia tidak mudah tersebar kepada media gelombang jenis lain. Ini dapat mengelakkan kecurian atau pengintipan ke atas sebarang data oleh pihak-pihak yang tidak berkenaan.

Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Sinar_inframerah&oldid=5909574"
Kategori:

[8]ページ先頭

©2009-2026 Movatter.jp