Dengan17,504 pulau, Indonesia merupakan negara kepulauan terbesar di dunia. Dengan anggaran jumlah penduduk seramai 279 juta orang pada 2023, ia merupakan negara keempatpaling banyak penduduk dan negara berpendudukMuslim yang terbesar di dunia. Ia merupakan negara demokrasi ketiga terbesar di dunia, kuasa serantau dan dianggap kuasa pertengahan dalam hal ehwal global. Ekonomi Indonesia adalah ke-16 terbesar di dunia mengikut KDNK nominal dan ke-7 terbesar oleh PPP. Indonesia merupakan sebuahrepublik, denganparlimen danpresiden yang dipilih secara langsung.
Etimologi
Wilayah yang kini diiktiraf sebagai Indonesia telah membawa nama yang berbeza, seperti "Hindia Timur" dalam peta 1855 ini.
Nama Indonesia berasal dari perkataanbahasa Yunani Purba iaituIndos (Ἰνδός) dannesos (νῆσος), yang bermaksud "Kepulauan India".[8] Nama itu berasal dariabad ke-19, jauh sebelum kemerdekaan Indonesia.[9] Pada tahun 1850, George Windsor Earl, iaitu seorang ahli etnologi Inggris, telah mengusulkan istilahIndunesia tetapi dia lebih suka denganMalayunesians yang merujuk kepada penduduk "Kepulauan India atauKepulauan Melayu".[10] Dalam terbitan yang sama, salah satu muridnya, James Richardson Logan, menggunakanIndonesia sebagai sinonim untukKepulauan India.[11][12] Namun,pensyarah Belanda yang menulis untuk penerbitan Hindia Timur enggan menggunakan Indonesia; mereka lebih menyukai menggunakan namaKepulauan Melayu (dikenali sebagaiMaleische Archipel dalambahasa Belanda).[7] Setelah tahun 1900, namaIndonesia telah menjadi lebih umum di kalangan pensyarah di luar kawasanBelanda, dan beberapa kalangan pensyarah dalam negara untuk ekspresi politik.[7]
Ketika orang-orangEropah datang pada awalabad ke-16, mereka telah menemui beberapa negara kecil. Negara-negara kecil ini dengan mudah dikuasai oleh mereka yang ingin menguasai perdaganganrempah. Padaabad ke-17,Belanda muncul sebagai kuasa yang terkuat di antara negara-negara Eropah, mengalahkanBritish danPortugis (kecuali untuk tanah jajahan mereka diTimor Timur). Belanda menguasai Indonesia sebagai tanah jajahan hinggaPerang Dunia II, awalnya melaluiSyarikat Hindia Timur Belanda (VOC), dan kemudiannya dijajah secara langsung oleh pihak Belanda sejak awalabad ke-19.
Semasa Perang Dunia II, Belanda dijajah olehJerman, manakalaJepun menguasai Indonesia. Setelah menawan Indonesia pada tahun1942, pihak Jepun mendapati bahawa para pejuang Indonesia merupakan rakan perdagangan yang sudi bekerjasama dan bersedia mengerahkan pahlawan bila diperlukan.Soekarno,Mohammad Hatta,KH Mas Mansur, danKi Hajar Dewantara kemudiannya diberikan penghargaan olehMaharaja Jepun pada tahun1943.
Pada Mac1945, pihak Jepun membentuk sebuah jawatan kuasa untukkemerdekaan Indonesia; di bawah tekanan pertubuhan-pertubuhan pemuda, kelompok pimpinan Soekarno mengisytiharkan kemerdekaan Indonesia selepas perang Pasifik berakhir pada tahun 1945 Soekarno menjadiPresiden pertama Indonesia dengan Mohammad Hatta sebagai naib presiden. Dalam usaha untuk menguasai kembali Indonesia, Belanda menurunkan angkatan tentera mereka. Usaha-usaha berdarah untuk membendung pergerakan kemerdekaan ini kemudian dikenali sebagai 'tindakanpolis' (Actie Politioneel). Di bawah tekanan perlawanan rakyat dan tentera Indonesia, Belanda akhirnya menarik tenteranya pada27 Disember1949.
JeneralSoeharto menjadi presiden pada tahun1967 dengan alasan untuk mengamankan negara daripada ancamankomunisme terhadap Soekarno yang kini semakin lemah. Setelah Soeharto berkuasa, beratus-ratus ribu warganegara Indonesia yang disyaki memihak kepada komunis telah dibunuh. Tempoh pemerintahan Soeharto selama 32 tahun dinamakanOrder Baru, dibandingkan dengan masa pemerintahan Soekarno yang disebutOrder Lama.
Soeharto berjaya mendapatkanpelaburan luar negeri yang besar untuk Indonesia, dan menghasilkan pertumbuhanekonomi yang pesat, meskipun tidak merata, di Indonesia. Pada awal regim Order Baru, strategi ekonomi negara telah dibuat oleh sekelompok ahli ekonomi lulusan Fakulti EkonomiUniversiti California, Berkeley yang digelarkan "Kelompok Berkeley". Namun, Soeharto menambah kekayaan diri serta keluarganya melalui amalanrasuah yang meluas dan beliau akhirnya dipaksa melepaskan jawatannya setelah tercetusnya tunjuk perasaan secara besar-besaran dan keadaan ekonomi negara yang semakin memburuk pada tahun1998.
Indonesia mempunyai 18,018 buah pulau yang tersebar di sekitar garisankhatulistiwa dan beriklimtropika. Hanya sekitar 7,000 buah pulau berpenghuni. Lima pulau yang terbesar ialahPulau Jawa,Sumatra,Kalimantan,Sulawesi, danPapua, dengan Pulau Jawa mempunyai setengah daripada jumlah penduduk Indonesia yang merupakan pulau yang terpadat.
Indonesia juga terletak di atasplat tektonik. Ini bermakna bahawa Indonesia sering mengalamigempa bumi dantsunami. Kedudukan ini juga menyebabkan Indonesia memiliki sekurang-kurang 66 buahgunung berapi, termasukGunung Krakatau, sebuah gunung berapi yang paling terkenal di antara Sumatera dan Jawa, tetapi kini sudah hapus.
Flora danfauna di Indonesia amat berbeza di antara Kalimantan,Bali dan pulau-pulau barat di satu bahagian serta Sulawesi, Lombok, dan pulau-pulau yang lebih timur di bahagian yang lain.Sempadanekologi ini digelarkanGaris Wallace, sempena nama penemunya. Garis ini sering digunakan sebagai sempadan antara Asia danAustralasia dan oleh itu Indonesia merupakan sebuah negara dwibenua.
Indonesia sedang menjalankanautonomi untuk setiap negerinya dengan tujuan memberikan peluang pembangunan yang sama rata di seluruh negara. Selain autonomi, pemerintah Indonesia kini sedang menjalankan prinsip pengagihan kuasa pusat untuk negeri-negerinya.
Jumlah penduduk Indonesia mengikut bancian tahun 2018 ialah 265.764.970 juta orang,[13] dan Biro Statistik Pusat Indonesia danStatistik Indonesia mengganggarkan populasi sebanyak 265.764.970 juta pada 2018.Pembahagian penduduk Indonesia ada dalam dua kelompok. Belahan barat Indonesia sebahagian besar beretnikMelayu dan bahagian timur Indonesia beretnikPapua. Selain itu ada juga penduduk imigran yang jumlahnya kecil iaitu etnik Cina, India, dan Arab. Sebahagian besar penduduk Indonesia menganut agamaIslam (86.70% mengikut banci 2018)[14] dan sisanya penganut agamaKristian (10.72%),Hindu (1.74%),Buddha (0.74%), dan sebagainya.[1]
Taburan penduduk Indonesia tidak serata. Pulau Jawa yang merupakan pusat pemerintahan ialah pulau yang terpadat, dengan setengah daripada jumlah penduduknya. Kenaikan kadar pertumbuhan penduduk Indonesia cukup tinggi. Penduduk Indonesia yang mendiami pulau-pulau di sebelah utara sangat sedikit, berbanding dengan negara-negara berjiran yang besar sepertiJepun,China danIndia. Dengan demikian, daerah-daerah Indonesia yang agak kosong beserta kekayaan alamnya berpotensi menjadi sasaran untuk dasar-dasarlebensraum (dasar peluasan kuasa) oleh kuasa-kuasa di sebelah utara tersebut.
Beberapa agama berbeza diamalkan di Indonesia. Indonesia secara rasmi adalahrepublik presiden dannegara kesatuan tanpa agama negara yang mantap.[16][17] Indonesia mempunyai pendudukMuslim[18][19] terbesar di dunia dan prinsip pertama asas falsafah Indonesia,Pancasila, memerlukan rakyatnya menyatakan kepercayaan kepada "Tuhan Yang Maha Esa".[20][21] Walaupun, seperti yang dijelaskan oleh Mahkamah Perlembagaan,sila pertama Pancasila ini adalah pengiktirafan yang jelas tentangzat ketuhanan dan dimaksudkan sebagai prinsip tentang cara hidup bersama dalam masyarakat yang beragam agama, ini bukanlah pengesahan doktrin teologi tertentu tentang bagaimana agama atau kepercayaan harus diamalkan.[22] Walau bagaimanapun, pemerintah Indonesia mempunyai sikap diskriminasi terhadap pelbagai agama suku,ateis, dan warganegaraagnostik. Di samping itu, wilayahAceh secara rasmi menguatkuasakan undang-undangSyariah dan terkenal dengan amalan penindasannya terhadap minoriti agama dan seksual.[23] Terdapat juga gerakanpro-Syariah danfundamentalis di beberapa bahagian negara dengan majoriti umat Islam yang besar.[24]
GedungMajlis Permusyawaratan Rakyat (MPR) danDewan Perwakilan Rakyat (DPR) diJakarta ialah gedungparlimen di Indonesia
Garuda Pancasila adalahfalsafah dasar negara Indonesia yang berasal daripada dua kataSanskrit, "panca" yang bererti 'lima', dan "sila" yang bererti 'dasar'. Pancasila terdiri atas kelima-lima dasar yang amat berkait dan yang tidak dapat dipisahkan:
Ketuhanan yang Maha Esa
Kemanusiaan yang adil dan beradab
Persatuan Indonesia
Kerakyatan yang dipimpin oleh hikmat kebijaksanaan dalam permusyawaratan/perwakilan
Keadilan sosial bagi seluruh rakyat Indonesia
Indonesia mengamalkan sistemdemokrasi yang diketuai oleh seorang presiden, dan Pancasila ini merupakan jiwa demokrasi. Demokrasi yang didasarkan atas lima dasar tersebut dinamakanDemokrasi Pancasila.
Ekonomi Indonesia mengalami kemerosotan pada akhirdekad1990-an, akibatKrisis Kewangan Asia yang melanda sebahagian besarAsia pada saat itu. Ekonominya kini telah pulih. Indonesia mempunyai sumber semula jadi yang besar di luarJawa, termasukminyak mentah,gas asli,timah,tembaga, danemas. Negara ini ialah pengeksport gas asli yang kedua terbesar di dunia tetapi akhir-akhir ini, Indonesia telah bermula menjadi pengimport bersih minyak mentah. Hasilpertanian yang utama termasukberas,teh,kopi,rempah, danlobak. Rakan-rakan perdagangan Indonesia yang terbesar ialahJepun, danAmerika Syarikat, serta negara-negara berjiran, iaituMalaysia,Singapura, danAustralia. Indonesia merupakan negara yang amat kaya akaan sumber daya alam dan manusia, namun begitu masih terdapat sedikit masalah kemiskinan yang disebabkan kurang tepatnya pengelolaan oleh kerajaan.
Getah yang pernah dikenali sebagai "emas hitam" di Indonesia merupakan hasil utamapertukaran asing pada masa dahulu, dan kini merupakan pengeluar kedua terbesar selepasMalaysia.Kelapa sawit: Kawasan perladangankelapa sawit di Indonesia telah diperluas dengan pesat. Produk utama yang dieksport ialah minyak serta isirong sawit.Tembakau: Kawasan perkebunantembakau seluas 198,000hektar pada tahun 1979, dengan 92% daripadanya ditanam oleh pekebun kecil ketika itu.Logam:Emas danperak dihasilkan oleh PT Aneka Tambang di daerahBanten Selatan, dantembaga diPapua.Asfalt:Perlombonganasfalt dilaksanakan diSulawesi Tenggara. Terdapat 19 buahlombong, termasuk besar dan kecil, yang ditaksirkan berjumlah 28.5 jutatan.
Agama tradisional yang telah ada sejak masa nenek moyang di Nusantara seperti agamaParmalim daripada sukuBatak,Kejawen daripada suku Jawa, dan lain-lain yang masih mempunyai unsuranimisme, juga ada di Indonesia dan dianut secara minoriti oleh kaum-kaum pedalaman.
Seni budaya di Indonesia sangatlah beragam dan berbeza-beza, budaya Melayu merupakan salah satu budaya yang banyak dijalankan dikawasan-kawasan Melayu seperti diwilayah pesisir timurSumatra dan pesisirKalimantan. Tiap-tiapprovinsi di Indonesia mempunyai bahasa dan budaya sendiri walaupun yang berdekatan saling mempunyai persamaan.
Dari segipakaian, warisan budaya yang paling terkenal di seluruh dunia ialahbatik. Tiap-tiap suku dan wilayah (provinsi) di Indonesia mempunyai pakaian adat masing-masing, dan memiliki hal-hal unik yang mewakili daerah yang dimaksud. Daerah-daerah yang terkenal untuk industri batik termasukYogyakarta,Solo, danPekalongan. Pakaian-pakaian asli Indonesia dapat dikenali daripada ciri-cirinya yang berbeza-beza:
Sarung danSongkok umum dipakai oleh kaum lelaki di Indonesia terutama bagi mereka yang berugamaIslam.Songkok merupakan pakaian kepala rasmi pemerintah di Indonesia yang digunakan oleh kaum lelaki.Kebaya merupakan pakaian adat yang umum dipakai oleh kaum wanita di Indonesia yang digunakan pada saat acara-acara tradisional, sementara kaum lelaki mengenakan bajuBatik sebagai baju identiti Nusantara.
Senipantun,gurindam, dan sebagainya kerap kali dipersembahkan dalam acara-acara seperti majlis kenduriperkahwinan, dan panggung seni.Silat adalah seni bela diri yang kekadang ditampilkan dalam acara-acara pertunjukkan dan biasanya diiringi oleh muzik tradisionalgamelan dan lain-lain, sesuai dengan daerah asalnya.
Kesenian Indonesia banyak dipengaruhi oleh beberapabudaya. Terdapat beberapacandiHindu danBuddha dari abad-abad yang telah lampau diJawa. Tarian Jawa danBali yang terkenal, misalnya, mengandungi aspek-aspek kebudayaan danmitos Hindu. Seni tarian yang tidak mengandungi nilai-nilai Islam umpamanya seperti Reog Ponorogo (Jawa Timur) dan Tari Kecak (Bali). Sedangkan seni tarian yang mengandungi nilai-nilaiIslam, antaranyaTarian Saman danTarian Seudati diNanggroe Aceh Darussalam. Selain itu, yang juga terkenal di dunia ialahwayang kulit, yang menampilkan kisah-kisah mitologi.
Terdapat banyak jenismuzik Indonesia, baik tradisional mahupun moden.Muzik tradisional Indonesia termasuklahkeroncong Jawa dikenal oleh semua rakyat Indonesia dan sampai ke luar negara. Banyak alat-alat muzik tradisional Indonesia yang terkenal di dunia, misalnya Angklung yang berasal dari Jawa Barat. Ada juga muzik popular di Indonesia yang dikenali sebagai dangdut.
Dangdut merupakan gabungan muzikMelayu,India, dan muzik tradisional lain Indonesia. Muzik ini dipanggil "dangdut" kerana muziknya bergema dengan bunyi 'dang' dan 'dut' serta kerana muzik dangdut lebih dikuasai oleh bunyigendang danseruling. Lagu-lagu dangdut biasanya didendangkan oleh pedangdut dengan goyangannya yang seronok dan lemah gemalai sesuai dengan kecepatan lagu. Ada pelbagai macam corak muzik dangdut, antaranya: Dangdut Melayu, Dangdut Moden (dangdut masa kini yang alat muzik telah ditambah dengan alat muzik moden), Dangdut Pesisir (lagu dangdut bercampur muzik tradisional Jawa,Sunda), dan lain-lain. Pada tahun70-an, dangdut lebih dikenali sebagaigenre muzikorkestra Melayu, dan semakin menjadi popular mulai daripada dekad80-an. Muzik dangdut juga digemari oleh orang-orangJepun dengan pedangdut-pedangdut sepertiCamelia Malik danElvy Sukaesih dijemput menyanyi dangdut di Jepun.
^Tomascik, Tomas; Mah, Anmarie Janice; Nontji, Anugerah; Moosa, Mohammad Kasim (1996).The Ecology of the Indonesian Seas – Part One. Hong Kong: Periplus Editions.ISBN978-962-593-078-7.
^Anshory, Irfan (16 Ogos 2004)."The origin of Indonesia's name" (dalam bahasa Indonesia). Pikiran Rakyat.Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Disember 2006. Dicapai pada15 Disember 2006.
^Earl 1850, m/s. 119. sfn error: no target: CITEREFEarl1850 (help)
^Logan, James Richardson (1850). "The Ethnology of the Indian Archipelago: Embracing Enquiries into the Continental Relations of the Indo-Pacific Islanders".Journal of the Indian Archipelago and Eastern Asia.4: 252–347.
^"2000 Population Statistics" (Siaran akhbar). Indonesian Central Statistics Bureau. 30 Jun 2000. Diarkibkan daripadayang asal pada 25 Julai 2009. Dicapai pada5 Oktober 2006.
^"Statistik Umat Menurut Agama di Indonesia" (dalam bahasa Indonesia).Kementerian Agama Republik Indonesia. 15 Mei 2018. Diarkibkan daripadayang asal pada 3 September 2020. Dicapai pada15 November 2020.Muslim 231 Million (86.7), Christian 20.45 Million (7.6), Catholic 8.43 million (3.12), Hindu 4.65 million (1.74), Buddhist 2.03 million (0.77), Confucianism 76.630 (0.03), Others/Traditional faiths 126.51 (0.04), Total 266.5 Million