Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Indigo (kumpulan)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Indigo
GenrePop R&B, Pop dance, Balada, Acapella
Tahun aktif1995Sunting nilai ini di Wikidata
Kegiatan berkaitanKRU
Pautan berkaitan
Pautan lainMusicbrainz: 452ba756-d4b4-4424-85d6-1ea20b42f4d1Sunting ini di Wikidata
sunting ·sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

KumpulanIndigo merupakan sebuah kumpulanpenyanyi padu suara yang pernah aktif diMalaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu R&B dan popMelayu.

Sejarah penubuhan

[sunting |sunting sumber]

Kumpulan Indigo ditubuhkan sekitar tahun 1996. Mempertaruhkan irama pop R&B, mereka merupakan artis rakamanKRU Records yang kedua selepasElite.

Album pertama

[sunting |sunting sumber]

Indigo telah diperkenalkan kepada pendengar muzik tempatan menerusi album pertama,Intro pada pertengahan tahun 1997. Mereka mula dikenali dengan laguSurayadan Gadis Misteri. LaguSuraya pernah dipopularkan olehkumpulan Headwind pada tahun 1980an dan dirakamkan semula oleh Indigo dengan susunan muzik baru.

Album pertama Indigo tidak begitu meletup di pasaran berikutan kegawatan ekonomi yang melanda negara pada ketika itu turut memberi kesan kepada industri muzik tempatan. Bagaimanapun mereka tetap berjaya mengumpulkan kelompok peminat tersendiri.

Pada tahun berikutnya, Indigo menerima pencalonan bagi kategoriArtis Baru Terbaik (Berkumpulan) danPersembahan Vokal Berkumpulan Terbaik untukAnugerah Industri Muzik 1998.

Album kedua dan meniti kejayaan

[sunting |sunting sumber]

Pada pertengahan tahun 1998, Indigo merakamkan sebuah lagu baru yang berjudulIstimewa (ciptaanKRU) dan dimuatkan dalam album runut bunyi filem animasi pertama negara,Silat Lagenda. Lagu ini kemudiannya dimasukkan ke dalam album kedua mereka yang muncul pada hujung tahun 1998 dengan judulIstimewa.[1]

Muzik videoIstimewayang diarahkan olehYusry menerima pencalonan dalam kategoriVideo Muzik Terbaik diAnugerah Industri Muzik 1999.

Single kedua dari album ini ialahAndai Kau Pergi(juga ciptaan KRU). Lagu ini merupakan antara lagu Melayu artis tempatan yang paling popular sepanjang tahun 1999 dan bertahan lama malah menjuarai beberapa carta lagu di stesen-stesen radio dan televisyen tempatan.

Album kedua ini boleh dianggap berjaya kerana laguIstimewa berjaya melayakkan diri ke peringkat akhirAnugerah Juara Lagu 1999 dalam kategori Pop Rock. Walau bagaimanapun, laguAndai Kau Pergi terpaksa berpuas hati di peringkat separuh akhirkategori Balada berikutan persaingan yang cukup sengit terutama dari kalangan penyanyi wanita solo.

Pada tahun 1999 juga, Indigo merakamkan sebuah lagu secara berduet bersama penyanyi baru naungan KRU,Juliana Banos. Lagu yang berjudulSehidup Semati ini dicipta olehEdry bersempena perkahwinannya pada tahun yang sama. Lagu ini menyusul kejayaanAndai Kau Pergi dan mendapat 'airplay' yang cukup hangat di corong-corong radio.

Album terakhir

[sunting |sunting sumber]

Tahun 2000 menyaksikan Indigo meninggalkan KRU Records selepas menghasilkan album terakhir,Episod 3 iaitu album kompilasi yang turut diselitkan dengan empat buah lagu rakaman baru. Kemerosotan penghasilan industri muzik tanahair dipercayai antara faktor terbesar pengunduran ini.

Anggota kumpulan

[sunting |sunting sumber]

Senarai anggota asalKumpulan Indigoadalah :-

  1. (Bad) Badrul Izhan Yeop Abdullah Lahir:(1975-10-13)13 Oktober 1975, Meninggal dunia: 26 Oktober 2023(2023-10-26) (umur 48) berasal dariKuala Lumpur
  2. (Shah) Mohamed Shahrin Mohamed Samsudin Lahir: (1974-10-30)30 Oktober 1974 (umur 50) berasal dariKuala Lumpur[2]
  3. (Zam) Shahrul Nizam Abdul Aziz Lahir: (1975-08-04)4 Ogos 1975 (umur 50) berasal dariMelaka
  4. (Shaz) Nor Shazman Nor Shahid, Lahir: (1975-11-06)6 November 1975 (umur 49) berasal dariHulu Langat,Selangor

Diskografi

[sunting |sunting sumber]

Album studio

[sunting |sunting sumber]

Intro (1997)

[sunting |sunting sumber]

Lagu-lagu:

  1. Hidup Baru
  2. Suraya
  3. Rindu
  4. Masih
  5. Dapatkah Bersama Lagi
  6. Teman Sejati
  7. Setiap Kali
  8. Tenderly
  9. Gadis Misteri
  10. Nafas Terakhir

Istimewa (1999)

[sunting |sunting sumber]

Lagu-lagu:

  1. Indigo
  2. Istimewa
  3. Andai Kau Pergi
  4. Untuk Keberapa Kali
  5. Wahai Dunia
  6. Percaya Asmara
  7. Tak Mungkin
  8. Masih Ada Lagi
  9. Kehilangan
  10. Bosan
  11. Terima Kasih Kembali
  12. Kenali Dirimu

Episod 3 (2000)

[sunting |sunting sumber]

Lagu-lagu:

  1. Seperti Yang Kujangka (duet bersamaKRU)
  2. Sudah Terlalu Lama (lagu baru)
  3. Andai Kau Pergi
  4. Suraya
  5. Sehidup Semati (duet bersamaJuliana Banos)
  6. Gadis Misteri
  7. Indigo
  8. Janji Tinggal Janji (rakaman semula lagu KRU)
  9. Istimewa
  10. Rindu
  11. Percaya Asmara
  12. Nafas Terakhir
  13. Masih Seperti Dulu (duet bersama Faradhiya)

Penampilan Lain

[sunting |sunting sumber]
  1. Lagu "Sehidup Semati" - berduet dengan Juliana Banos dalam album Juliana (1999)
  2. Lagu "Jangan Lafazkan" dalam album 10/10 Wa Caya KRU (2002)

Trivia

[sunting |sunting sumber]
  • Pada awal kemunculan Indigo, pendengar seringkali terkeliru dengan sebuah lagi kumpulan vokal tempatan yang juga muncul pada masa yang sama iaituInnuendo. Secara kebetulan pula kedua-dua kumpulan ini mempunyai beberapa persamaan iaitu sebutan nama yang hampir sama, masing-masing terdiri dari empat orang anggota, menyanyi secara vokal berharmoni (padu suara) dan single pertama mereka juga merupakan lagu lama yang dirakam semula iaitu Indigo denganSuraya manakala Innuendo denganBelaian Jiwa.
  • Setiap anggota Indigo mendapat pembahagian vokal yang sama rata dalam lagu-lagu mereka dan ini membuktikan kesemua anggotanya mampu menyanyi dengan baik.
  • PelakonDiana Rafar membintangi muzik video laguSuraya.
  • Shazman meninggalkan Indigo pada hujung tahun 1999 untuk menumpukan perhatian kepada pekerjaan tetapnya. Tiga lagi anggota yang tinggal tidak berhasrat mencari pengganti dan meneruskan perjuangan sebagai sebuah trio vokal.
  • Shah berkahwin dengan penyanyiLiza Hanim pada tahun 2003, menambahpanjangkan senarai penyanyi tempatan yang bertemu jodoh dengan rakan seperjuangan.
  • Pada tahun 2009 Indigo membuat 'reunion' dengan tampil berempat dalam program hari rayaTV3 iaitu Memori Idola. Turut muncul dalam rancangan tersebut ialah kumpulanA to Z danElite.
  • Bad berkahwin dengan penyanyiAshira Aziz pada awal tahun 2021, mereka berdua saling mengenali semasa menyertaiGegar Vaganza 2020. Namun perkahwinan ini hanya bertahan selama setahun apabila mereka mengumumkan perceraian pada bulan Jun 2022.
  • Bad meninggal dunia pada 26 Oktober 2023 kira-kira jam 7 malam dipercayai akibat hipo gula ketika berada di bengkel tempatnya berkerja di ampang.

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^'Istimewa' persembahan terbaru Indigo
  2. ^"Berkorban untuk Marsya". Diarkibkan daripadayang asal pada 2018-09-02. Dicapai pada2018-09-02.

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Indigo_(kumpulan)&oldid=6191222"
Kategori:
Kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp