Nama India berasal dari perkataanSindhu, nama tempatansungai Indus. Kitab-kitabWeda tidak memberikan nama tertentu kepada tanah India. Pelbagai parti politik mempunyai nama tersendiri bagi India sesetengahnya adalah Hindustan, Hindu Rashtra dan Bharath. India juga dikenali sebagai Hindustan (tanahHindu), tetapi nama ini diketepikan selepas kemerdekaan pada 1947 disebabkan India memilih untuk menjadi negara sekular.
Perteduhan batu-batuZaman Batu yang dihiasi lukisan diBhimbetka,Madhya Pradesh merupakan kesan kewujudan manusia yang terawal diketahui di India. Pendudukan tetap terawal yang dikenali muncul lebih 9,000 tahun dahulu dan lambat launnya berkembang menjadiTamadun Lembah Indus,[17] sejak 3300 SM di India barat, diikuti olehTamadun Veda yang memberi asas kepada penubuhanagama Hindu dan aspek-aspek budaya yang lain dalam masyarakat India purba. Sejak sekitar 550 SM, banyak kerajaan dan republik berdaulat yang dikenali sebagaiMahajanapada ditubuhkan di seluruh negara.[18]
Berikutan serangan dariAsia Tengah antara abad ke-10 dan ke-12, kebanyakan India utara tertakluk di bawah pemerintahanKesultanan Delhi, dan kemudiannyadinasti Mughal. Maharaja-maharaja Mughal beransur-ansur mengembangkan kerajaan mereka untuk meliputi bahagian besar subbenua. Bagaimanapun, beberapa negara pribumi sepertiEmpayar Vijayanagara berkembang maju, terutamanya di selatan. Pada abad ke-17 dan ke-18, keagungan Mughal merosot dan giliranEmpayar Maratha untuk mendominasi. Sejak abad ke-16, beberapa negaraEropah, termasukPortugal,Belanda,Perancis, danUnited Kingdom, mula tiba sebagai pedagang yang kemudiannya mengambil kesempatan terhadap ketegangan hubungan antara kerajaan-kerajaan tempatan untuk menubuhkanjajahan di India. Menjelang tahun 1856, kebanyakan India tetakluk di bawah kawalanSyarikat Hindia Timur Inggeris.[23] Setahun kemudian, satu pemberontakan oleh unit-unit tentera dan kerajaan-kerajaan di seluruh negara, yang bergelarPerang Kemerdekaan India Pertama atau Pemberontakan Sipahi mencabar pemerintah British dengan serius tetapi akhirnya gagal. Akibatnya, India tertakluk di bawah kawalan langsungMahkota British sebagai sebuah jajahanEmpayar British.
Pada separuh pertama abad ke-20, satu perjuangan kemerdekaan peringkat kebangsaan dilancarkan olehKongres Kebangsaan India dan pertubuhan politik yang lain. Berjuta-juta penunjuk perasaan di bawah pimpinanMahatma Gandhi dan menunjukkan komitmen kepadaahimsa atau tiada keganasan, terlibat dalam kempenkeingkaran awam beramai-ramai.[24] Akhirnya, pada15 Ogos1947, India mencapai kemerdekaan dari cengkaman British, namun kemudiannya dipecahkan untuk memenuhi hasrat Liga Muslim, sepanjang sempadan keagamaan untuk menghasilkan negara-bangsaIslam iaituPakistan.[25] Tiga tahun kemudian, pada26 Januari1950, India menjadi sebuah republik, dan satuperlembagaan baru dikuatkuasakan.[7]
Sejak mencapai kemerdekaan, India telah mengalami keganasan dan pemberontakan sektarian di merata negara, namun masih mampu mengekalkan perpaduan dan demokrasinya. India masih menghadapi pertikaian wilayah yang belum diselesaikan dengan China yang mencetuskanPerang China-India yang singkat pada tahun 1962; dan juga dengan Pakistan, yang mengakibatkan peperangan pada tahun 1947, 1965,1971 dan1999. India ialah sebuah negara ahli pengasasPergerakan Negara-negara Berkecuali danPertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (sebagai sebahagian India British). Pada tahun 1974, India menjalankan ujian nuklear bawah tanah.[26] Ini disusuli pula dengan lima lagi ujian pada tahun 1998, menjadikan India sebuahnegara nuklear.[26] Mulai tahun 1991, pembaharuan ekonomi penting[27] telah mengubah wajah India sebagaisalah sebuah ekonomi yang paling pesat berkembang di dunia, menambahkan pengaruhnya di peringkat serantau dan antarabangsa.[28]
Perundangan India berbentukParlimen dwidewan yang terdiri daripada Dewan Pertuanan yang bergelarRajya Sabha (Majlis Negeri-negeri) dan Dewan Rakyat yang bergelarLok Sabha (Dewan Rakyat).[30] Rajya Sabha, sebuah perbadanan yang kekal, mempunyai seramai 250 ahli yang berkhidmat dalam penggal enam tahun.[34] Kebanyakan ahli-ahli ini dilantik secara tidak langsung oleh perundangan peringkatnegeri dan wilayah seimbang kepada populasi negeri.[34] 545 ahli Lok Sabha dilantik secara terus oleh undian popular untuk mewakili kawasan pengundian masing-masing selama lima tahun.[34]
Cabang eksekutif terdiri daripada Presiden, Naib Presiden, dan Majlis Menteri-menteri (Kabinet selaku jawatankuasa eksekutifnya) yang diketuai Perdana Menteri. Mana-mana menteri yang memegang portfolio mestilah merupakan seotang ahli mana-mana dewan atau parliment. Dalam sistem parlimen India, cabang eksekutif ialah pihak bawahan kepada perundangan, dengan Perdana Menteri dan Majlis beliau bertanggungjawab secara langsung kepada Dewan Rakyat.[35]
Kehakiman bebas India terdiri daripadaMahkamah Agung yang diketuaiKetua Hakim India. Mahkamah Agung memegang bidang kuasa asal terhadap perselisihan antara negeri-negeri dan Pusat, bidang kuasa pendengaran rayuan terhadap 21 Mahkamah Tinggi India, dan kuasa untuk mengisytiharkan mana-mana undang-undang kesatuan dan negeri sebagai batal dan tidak sah jika didapati bertentangan dengan struktur asasPerlembagaan India.[35]
India ialah sebuah kesatuan yang terdiri daripada 28negeri dan tujuhwilayah kesatuan yang ditadbir kerajaan persekutuan. Warga dalam kesemua negeri, wilayah kesatuan Puducherry, dan Wilayah Ibu Negara Delhi boleh mengundi kerajaan masing-masing. Lima wilayah kesatuan yang lain pula mempunyai pentadbir yang dilantik oleh kerajaan pusat.
Kesemua negeri dan wilayah kesatuan dibahagikan lagi kepada daerah. Dalam negeri-negeri yang lebih besar, daerah-daerah boleh diguguskan untuk membentuk bahagian.
Himalaya, yang memanjang dariJammu dan Kashmir di utara hinggaArunachal Pradesh di timur jauh, membentuk hampir seluruh perbatasan India di timurPantai di India selatan
India yang merangkumi sebahagian terbesarbenua kecil India, terletak di atas plat tektonik India, iaitu di bahagian barat laut Plat Indo-Australia.[36]Proses pembentukan geologinya bermula 75 juta tahun dahulu, apabila benua kecil India yang ketika itu merupakan sebahagian benua besar selatanGondwana, mulaberalir ke arah timur laut selama 50 juta tahun, merentasiLautan Hindi yang ketika itu belum terbentuk lagi.[37] Ini disusuli pertembungan benua kecil ini denghan Plat Eurasia dan subdukt di bawahnya yang melahirkanbanjaran Himalaya, pergunungan tertinggi di dunia yang kini bercamtum dengan India diutara dan timur laut.[37] Pergerakan plat ini juga melahirkan sebuah palung yang luas di bekas dasar laut yang teletak berhampiran selatan Himalaya dan seterusnya diisi endapan sungai,[38] lalu membentuk Dataran Indo-Ganges.[39] Pada barat dataran ini, dan terpisah darinya oleh Bukit-bukit Aravalli, terletaknyaGurun Thar.[40] Plat India yang asal kini tinggal Semenanjung India, aitu bahagian yang tertua dan paling stabil dari segi geologi di India, mencapai sejauh banjaran Satpura dan banjaran Vindhya di India tengah; banjaran-banjaran selari ini terbentang dari pantai Laut Arab diGujarat ke Penara Chota Nagpur yang kaya denganarang diJharkhand.[41] Di selatannya, daratan semenanjung yang selebihnya, iaitu penara Deccan, diapit pada kiri dan kanannya oleh banjaran pesisiran, iaitu masing-masing Ghat Barat dan Ghat Timur,[42] mengandungi pembentukan batu tertua di India pada usia kira-kira sebilion tahun. India terletak pada utara khatulistiwa antara 6°44' dan 35°30' latitud utara[43] dan 68°7' dan 97°25' longitud timur.[44]
Pesisiran India berukuran 7,517 kilometer (4,671 batu) panjangnya; 5,423 kilometer (3,370 batu) darinya terletak di semenanjung India, dan 2,094 kilometer (1,301 batu) di pulau-pulau Andaman, Nicobar, dan Lakshadweep. Menurut carta-carta hidrografi tentera laut Indian, pesisiran tanah besar terdiri daripada: 43% pantai pasir, 11% pesisiran batu termasuk tebing, dan 46% tanah lumpur atau pantai becak.
Sungai-sungai utama yang mengalir dari pergunungan Himalaya lalu merentasi India termasuklahSungai Ganges danBrahmaputra, kedua-duanya mengalir hinggaTeluk Benggala.[45] Cawang-cawang sungai Ganges yang utama termasuklahYamuna dan Kosi yang bergelar "Nestapa Bihar" kerana cerunnya yang amat rendah mengakibatkan banjir yang dahsyat setiap tahun. Sungai-sungai semenanjung utama–di mana cerun yang lebih curam menghalang perairannya daripada melimpah–termasuklah Sungai Godavari, Sungai Mahanadi, Sungai Kaveri, dan Sungai Krishna, yang juga mengalir hingga Teluk Benggala,[46] serta Sungai Narmada dan Sungai Tapti yang mengalir hinggaLaut Arab.[47] Antara ciri-ciri pesisiran India yang penting termasuk Rann Kutch yang berawang di India barat, dan di bahagian barat daya deltaSundarban lanar yang dikongsi India danBangladesh.[48] India mempunyai dua gugusan pulau-pulau, iaitu:Lakshadweep, atol-atol perkarangan di luar pesisiran barat daya India, danKepulauan Andaman dan Nicobar, selingkaran gunung berapi diLaut Andaman.[49]
Iklim India kuat dipengaruhi banjaran Himalaya dan Gurun Thar, kedua-duanya memacu dinamikmonsun.[50] Banjaran Himalaya menghalang angin katabatik Asia Tengah yang dingin daripada meniup masuk, maka memastikan kebanyakan kawasna benua kecil India lebih panas berbanding tempat-tempat yang berkongsilatitudnya.[51] Serentak dengan itu, Gurun Thar memainkan peranan dalam menarik angin monsun musim panas barat daya yang sarat dengan kelembapan, antara bulan Jun dan Oktober, maka membawa kebanyakan curahan hujan di India.[50] Terdapat empat kelompok iklim utama utama di India: lembap tropika, kering tropika, lembap subtropika, dan pergunungan.[52]
Sepanjang kebanyakan sejarah selepas merdeka, India berpegang teguh pada pendekatansosialisme separa dengan kawalan ketat terhadap penyertaansektor swasta, perdagangan asing, danpelaburan langsung asing. Namun, sejak tahun 1991, India membuka pasarannya secara beransur-ansur melalui pembaharuan ekonomi dan mengurangan kawalan kerajaan terhadap perdagangan dan pelaburan asing. Rizab pertukaran asing telah naik dari AS$5.8 bilion pada Mac 1991 kepada AS$247 bilion pada September 2007,[53] while federal and state budget deficits have decreased.[54]Penswastaan syarikat-syarikat milikan awam serta pembukaan sektor-sektor tertentu kepada penyertaan swasta dan asing masih berterusan meskipun menghadapi perdebatan politik.[55]Dengan kadar peningkatanKDNK sebanyak 9.4% sepanjang tahun 2006-07, ekonomi India menjadi antara yang paling berkembang pesat di dunia.[56] KDNK India dari segikadar pertukarandolar AS ialah AS$1.103 trilion, menjadikannya ekonomike-12 terbesar di dunia.[57] Jika diukur dari segipariti kuasa beli (PPP), India mempunyai KDNKkeempat terbesar di dunia pada AS$4.156 trilion.[7]Pendapatan per kapita (nominal) India adalah pada $820, iaitu di tanggake-128 di dunia, manakala pendapatan per kapita (PPP) pada US$3,700 pula adalah di tanggake-118.
Ekonomi India telah berkembang secara berterusan selama dua dekad yang lalu; namun, pertumbuhan itu nyata tidak sekata apabila kita membandingkan kelompok-kelompok sosial, ekonomi dan rantau geografi yang berbeza, serta kawasan bandar dan luar bandar.[58] Meskipun ketidaksamaan pendapatan di India tidaklah besar sangat (Pekali Gini: 32.5 pada tahun 1999-2000)[59] namun dewasa ini jurangnya makin luas. Sungguhpun ekonomi banyak berkembang maju, namun sesuku penduduk negara memperoleh pendapatan yang kurang daripada ambang kemiskinan yang ditetapkan kerajaan pada $0.40 sehari. Tambahan pula, India mengalami kadarmalpemakanan yang tertinggi di kalangan kanak-kanak bawah umur tiga tahun (46% pada tahun 2007) di dunia.[58][60]
India dilengkapitenaga kerja sebanyak 509.3 juta, 60% daripadanya bekerja dalam bidang pertanian dan industri-industri berkaitan; 28% dalam bidangperkhidmatan dan industri-industri berkaitan; dan 12% dalamperindustrian.[7] Tanaman-tanaman pertanian utama termasuklah beras, gandum, biji minyak, kapas, rami, tah, tebu, dan ubi kentang. Sektor pertanian membentuk 28% KDNK; sektor perkhidmatan dan perindustrian pula masing-masing membentuk 54% dan 18% KDNK. Perindustrian utama termasuk pembuatan kereta, simen, kimia, perkakas elektronik pengguna, pemprosesan makanan, jentera, perlombongan, petroleum, farmaseutikal, keluli, kelengkapan pengangkutan, dan tekstil.[7]
Pada tahun 2006, nilai eksport dianggarkan pada AS$112 bilion dan import pula sekitar AS$187.9 bilion. Tekstil, barang kemas, hasil kejuruteraan dan perisian merupakan komoditi-komoditi eksport yang utama. Minyak mentah, jentera, baja, dan kimia pula merupakan import utama. Rakan dagang India yang paling tuama ialahAmerika Syarikat,Kesatuan Eropah,China, danEmiriah Arab Bersatu.[7]Kebelakangan ini, India telah mengambil kesempatan terhadap sekumpulan besar orang-orang berpendidikan tinggi dan fasih berbahasa Inggeris, serta pakar-pakar terlatih untuk dijadikan destinasi penyumberan penting untuk korporasi multinasional dan juga destinasi popular untuk pelancongan perubatan.[61] India juga telah menjadi pengeksport utama perisian dan juga perkhidmatan kewangan, penyelidikan, dan teknologi. Sumber alam semulajadinya termasuk tanah tanaman,bauksit, kromit, arang, intan, bijih besi, batu kapur,mangan,mika, gas asli, petroleum, dan bijih titanium.
Taj Mahal,Agra. Tanda peringatanShah Jahan tahun 1648 untuk isteri beliauMumtaz Mahal, yang dipuji sebagai "permatakesenian Islam di India" dan salah sebuah karya agung yang dikagumi ramai dalamwarisan dunia pada tahun 1983".[62]Rabindranath Tagore - Penerima Hadiah Nobel dari Asia yang pertama[63][64] dan penggubah lagu kebangsaan India, memainkan peranan penting dalam membangkitkan semula gaya kesenian tertentu seperti tarian Manipuri.[65]
Budaya India dicirikan dengansinkretisme yang tinggi[66] dan kemajmukan budaya.[67] Budaya India mampu memantapkan tradisi lama sambil menyerap adat resam, tradisi dan idea baru dari para penjajah dan pendatang. Kepentingan kepelbagaian budaya telah lama menyatakan sejarah dan tradisi, perlembagaan dan penyusunan politik India.[68]
Monumen-monumen yang penting sepertiTaj Mahal dan contoh seni bina Mughal yang lain serta seni bina India Selatan merupakan kesan tradisi-tradisi yang menggabungkan unsur-unsur dari merata tempat di dalam dan luar negara. Seni bina vernakular India pula menunjukkan perbezaan ketara antara rantau.
Muzik India meliputi beraneka tradisi dan gaya rantauan. Muzik klasiknya terbahagi kepada muzik klasik Hindustan India Utara dansanggita Karnataka dari India Selatan. Bentuk-bentuk muzik popular yang banyak disetempatkan termasuklah muzik filem dan muzik rakyat sepertibhangra. Wujudnya banyak jenis tarian klasik, termasuk bharatanatyam,kathakali, kathak,kuchipudi, manipuri, odissi dan yakshagana; yang sering disertakan bentuk naratif dan disemai dengan unsur-unsur kesalihan dan mitos.
Karya-karya kesusasteraan India terawal disebarkan secara lisan dan hanya lama kemudian didapati dalam bentuk bertulis.[69] Ini termasuklah karya-karya kesusasteraan Sanskrit, seperti epikMahabharata danRamayana, dan drama PengiktirafanŚakuntalā,[69] serta juga karya-karyakesusasteraan Sangam dalambahasa Tamil.[70] Antara pengarang India zaman moden yang giat mengarang dalam bahasa-bahasa India atau Inggeris,Rabindranath Tagorelah yang paling terkenal. Antologi lagu kesalihan beliau,Gitanjali, membantu Tagore meraih Hadiah Nobel pada tahun 1913.
Masakan India disifatkan dengan pelbagai gaya rantauan dan penggunaan herba dan rempah yang canggih. Makanan ruji di kawasan India ialah nasi (khususnya di selatan dan timur) dan gandum (terutamanya di utara).[74]Namun cara penyediaan makanan jalanan India yang kotor dan mengabaikan aspek kebersihan menyebabkan ramai orang maut.(SIAPA EDIT DIA SUKA PANIPURI CELOP KAKI)
Pakaian India tradisional menampakkan perbezaan ketara dari rantau ke serantau dari segi warna dan gaya dan bergantung kepada pelbagai faktor, termasuk iklim. Gaya-gaya pakaian yang popular termasuklahsari untuk wanita danlungi ataudhoti untuk lelaki.
Sungguhpun sukan kebangsaan India ialahhoki, namunkriket ialah sukan paling popular. Di beberapa negeri, terutamanya yang di timur laut dan negeri-negeri Bengal Barat, Goa, dan Kerala,bola sepak juga popular.[75] Dewasa ini,tenis juga kian laris.Catur yang disangka ramai berasal dari India, juga melihat peningkatan popularitinya serentak dengan peningkatan bilangan grandmaster dari India. Sukan tradisi termasuklahkabaddi,kho-kho, dan gilli-danda, yang dimain di seluruh India. India merupakan tampat lahir seniyoga dan seni mempertahankan diri, iaitu Kalarippayattu danVarma Kalai.
Kebanyakan perayaan India berbentuk keagamaan, namun ada yang disambut oleh rakyat tanpa mengira kasta atau kepercayaan. Perayaan yang paling banyak disambut termasukDiwali, Holi,Onam, Dussehra, Bihu, Durga puja, kedua-dua hariEid,Krismas, Ugadi, danVaisakhi. India mempunyai tiga cuti kebangsaan. Setiap negeri juga mempunyai set sembilan hingga dua belas hari cuti yang tersendiri. Amalan keagamaan adalah sebahagian penting dalam kehidupan seharian dan dijadikan perkara awam. Nilai kekeluargaan tradisi Indian masih disanjung tinggi, meskipun keluarga-keluarga di bandar kini lebih menggemari keluarga asas atas sebab kekangan-kekangan sosioekonomi yang dikenakan sistem keluarga bergabung.
^tidak semua yang negeri rasmi terjadual dan begitulah sebaliknya.
^Bahasa Kashmir dan Dogri ialah bahasa rasmi Wilayah Kesatuan Jammu dan Kashmir yang kini bukan lagi negeri Jammu dan Kashmir.
^Sumber yang berbeza memberikan angka yang berbeza secara meluas, terutamanya berdasarkan cara istilah "bahasa" dan "dialek" ditakrifkan dan dikumpulkan. Etnolog menyenaraikan 461 bahasa untuk India (daripada 6,912 di seluruh dunia), 447 daripadanya masih hidup, manakala 14 telah pupus.[5][6]
^"Saiz sebenar negara ini tertakluk kepada perdebatan kerana beberapa sempadan dipertikaikan. Kerajaan India menyenaraikan jumlah kawasan sebagai3,287,260 km2 (1,269,220 bt2) dan jumlah keluasan tanah sebagai3,060,500 km2 (1,181,700 bt2); PBB menyenaraikan jumlah kawasan sebagai3,287,263 km2 (1,269,219 bt2) dan jumlah keluasan tanah sebagai2,973,190 km2 (1,147,960 bt2)."[9]
^"CONSTITUENT ASSEMBLY OF INDIA - VOLUME XII".Constituent Assembly of India: Debates. parliamentofindia.nic.in, National Informatics Centre.24 January1950. Dicapai pada2007-06-29.Gubahan yang terdiri daripada perkataan dan muzik yang dikenali sebagai Jana Gana Mana ialah Lagu Kebangsaan India, tertakluk kepada perubahan dalam perkataan yang dibenarkan oleh Kerajaan apabila timbul; dan lagu Vande Mataram, yang telah memainkan peranan bersejarah dalam perjuangan untuk kebebasan India, akan dihormati sama rata dengan Jana Gana Mana dan akan mempunyai status yang sama dengannya.Check date values in:|date= (bantuan)
^"Election of President".The Constitution Of India. Constitution Society. Dicapai pada2007-09-02.The President shall be elected by the members of an electoral college
^"Tenure of President's office".The Constitution Of India. Constitution Society. Dicapai pada2007-09-02.The President shall hold office for a term of five years from the date on which he enters upon his office
^"Appointment of Prime Minister and Council of Ministers".The Constitution Of India. Constitution Society. Dicapai pada2007-09-02.The Prime Minister shall be appointed by the President and the other Ministers shall be appointed by the President on the advice of the Prime Minister.
^Titik paling utara India ialah kawasanGlasier Siachen iaitu kawasan yang dipertikai diJammu dan Kashmir; bagaimanapun, Kerajaan India mengaku seluruh kawasanJammu dan Kashmir (termasuk Kawasan-kawasan Utara yang kini ditadbir oleh Pakistan) sebagai wilayahnya, dan maka itu menentukan longitud 37° 6' pada titik paling utaranya.
^Das, N.K. (2006)."Cultural Diversity, Religious Syncretism and People of India: An Anthropological Interpretation".Bangladesh e-Journal of Sociology.3 (2nd). ISSN 1819-8465. Dicapai pada2007-09-27.Dimensi ketamadunan pan-India bagi pluralisme dan sinkretisme budaya merangkumi kepelbagaian dan percampuran etnik, kepelbagaian linguistik serta gabungan, dan variasi serta sintesis dalam adat, corak tingkah laku, kepercayaan dan ritual.