Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Imam Bukhari

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
rencana inimemerlukan perhatian dari seorang pakar berkenaan Islam. Sila tambah parameterreason atautalk untuk templat ini bagi menjelaskan isu ini dengan rencana.WikiProjek Islam mungkin boleh membantu merekrut seorang pakar.(Ogos 2022)
Rencana initidakmemetik apa-apasumber atau rujukan. Sila bantu dalammemperbaiki rencana ini dengan menambahkan rujukan kesumber-sumber yang boleh dipercayai. Bahan yang tidak disahkan mungkin akan dipertikai dandipadam.
Cari sumber: "Imam Bukhari" – berita ·akhbar ·buku ·sarjana ·JSTOR
(Ogos 2022) (Ketahui cara dan masa untuk membuang pesanan templat ini)
Rencana ini mengenai Muhammad bin Ismail al-Bukhari, bagi kitabnya, lihatSahih Bukhari. Untuk kegunaan lain, lihatBukhari (nama keluarga) danBukhari (nyahkekaburan)
Al-Bukhari
البخاري
Makam Imam Al-Bukhari
GelaranAmir al-Mu'minin fi al-Hadith
Peribadi
Kelahiran21 Julai 810
13Syawal 194 AH
Kematian1 September 870(870-09-01) (umur 60)
1 Syawal 256 AH
Tempat persemadianMasjid Imam Bukhari dektSamarkand,Uzbekistan
AgamaIslam
EraZman kegemilangan Islam
KawasanKhilafah Abbasiyah
Mazhab akidahSunni
AliranMujtahid
Kecenderungan utamaHadis,Aqidah
Karya pentingSahih al-Bukhari
al-Adab al-Mufrad
al-Tarikh al-Kabir
Juz Rafa Ul Yadain
Pemimpin Islam

Abu Abdullah Muhammad bin Ismail al-Bukhari (Arab:أبو عبد الله محمد بن إسماعيل البخاري) (13 Syawal194H -1 Syawal256H) / (20 Julai810 M -1 September870 M), ialah pengarang kumpulan tradisi yang dikumpulkan dalamSahih Bukhari, yang dianggap oleh Ahli Sunah Waljamaah sebagaihadis sahih daripadaNabi Muhammad SAW.Imam Bukhari (810870) dilahirkan diBukhara (Bokharä) (kini diUzbekistan) pada 194 H (810 M).

Kehidupan

[sunting |sunting sumber]

Latar belakang

[sunting |sunting sumber]

Imam al-Bukhari dilahirkan pada 13 Syawal 194 Hijrah di bandar Bokhara, di bahagian timur negeriUzbekistan. Bapanya meninggal dunia semasa beliau masih kanak-kanak, dan ibunya membesarkan beliau bersendirian. Ibunya memelihara dan mendidiknya dengan penuh ihsan serta berkorban untuk memberikan pendidikan yang terbaik kepada beliau.

Semasa kecil lagi, nilai intelek Imam Bukhari telah teserlah. Beliau amat warak dan mempunyai daya ingatan yang luar biasa serta mempunyai kesungguhan dalam pelajarannya. Diriwayatkan bahawa ketika di dalam belasan tahun, beliau sudah menghafal 70,000 hadisRasulullah SAW

Pengajian Hadis

[sunting |sunting sumber]

Ketika berumur 16 tahun, Imam Bukhari pergi keMakkah bersama ibunya untuk menunaikanHaji. Imam Bukhari terlalu seronok berada di Makkah sehinggakan beliau memanjangkan tempoh lawatan diMakkah untuk membolehkan beliau berguru dengan cendekiawan di Makkah. Pada umur 18 tahun, Imam Bukhari menerbitkan bukunya yang pertama mengenai sahabat-sahabatRasulullah SAW, dan selepas itu buku sejarah bertajuk "Al-Tarikh-al-Kabir".

Makam Imam al-Bukhari diSamarkand

Imam Bukhari amat meminati sejarah dan hadis-hadis Rasulullah SAW dan menumpukan banyak tenaga bertemu dan belajar dengan cendekiawan yang terulung untuk mempelajari dan membahaskan hadis Rasulullah. Imam Bukhari melawatDamsyik,Kaherah,Baghdad,Basra,Madinah dan tempat-tempat lain untuk belajar dan membincangkan hadis-hadis yang dipelajari. Semasa di Baghdad, Imam Bukhari selalu berbincang denganImam Ahmed Hanbal, pengasas fahaman (mazhab) Hanbali.

Semasa pengembaraannya, Imam Bukhari hanya mempunyai satu matlamat – mengumpulkan seberapa banyak ilmu yang mungkin boleh dikumpul untuk membolehkan beliau membuat pengumpulan yang terbesar sunah hadisRasulullah SAW. Beliau begitu giat menulis, dan pada satu ketika berkata "Saya sudah menulis mengenai 1800 orang, setiap satunya meriwayatkan hadisRasulullah SAW, dan saya hanya menulis mengenai mereka yang lulus ujian yang ditetapkan."

Imam Bukhari mempunyai ingatan yang mengkagumkan dan sumbangannya terhadap sains pengumpulan hadis tidak dapat ditandingi. Beliau merakamkan hadisRasulullah SAW dalam buku "Al-Jami-al-Sahih”. Dia membuat penyelidikan selama 16 tahun dan meneliti 600,000 buah hadis sebelum memilih 7,525 buah hadis yang beliau berpuas hati menepati takrif kesahihan yang beliau tetapkan.

Diusir dari Bokhara

[sunting |sunting sumber]

KepopularanIman Bukhari menimbulkan perasaan iri hati di kalangan beberapa orang ulama yang akhirnya mengakibatkan beliau diusir dari bumi Bokhara oleh Gabenornya. Beliau meninggal dalam buangan pada malamAidilfitri dalam tahun 256Hijrah di Khartank dekatSamarkand.[1]Diarkibkan 2006-11-05 diWayback Machine MakamIman Bukhari terletak 12 kilometer di utara Samarkand.

Karya

[sunting |sunting sumber]
  • al-Jamik al-Sahih al-Musnad min Hadis Rasulullah Sallallahualaihiwasallam wa Sinatihi wa Iyamihi (Sahih Bukhari)
  • Al Adab Al Mufrad الأدب المفرد
  • al-Tarikh al-Kabir - sejarah besar, lengkap dengan biografi periwayat beserta rating
  • al-Tarikh al-Saghir - sejarah kecil
  • al-Tarikh al-Ausat
  • al-Tafsir al-Kabir
  • Kitab al-Wahdan
  • Kitab al-Mabsut
  • Kitab al-Habah
  • Kitab al-Kuni
  • Kitab al-Fawa'id

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  • F. Wüstenfeld,Shâfi`iten, 78 ff.
  • TerjemahanIbn Khallikan oleh McG. de Slane, i. 594 ff.
  • Ignaz Goldziher,Mohammedanische Studien, ii. 157 ff.
  • Imam Nawawi,Biographical Dictionary 86 ff.
  • Public Domain Rencana ini menggabungkan dan menterjemah teks dari penerbitan sekarang didomain awamChisholm, Hugh, penyunting (1911).Encyclopædia Britannica (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-11). Cambridge University Press.Missing or empty|title= (bantuan)

Lihat juga

[sunting |sunting sumber]

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
  • susunan mengikut kurun (AH /AD)
Imam Mazhab Ahli Sunnah
Ulama Akidah
Ulama Hadis
Ulama Qutub Sittah

Ulama Pengumpul Hadis

Ulama Syarah Hadis

Ulama Tafsir
  • Abu Ishaq al-Shirazi (1003–1083)
  • Al-Mahalli (d. 1460)
  • Al-Suyuti (1445–1505)
  • Abd al-Malik Karim Amrullah (1908–1981)
  • Ulama Usul Fiqh
    Ulama Tasawwuf
    Ulama Tatanegara
    Ulama Bahasa
    Ulama Sirah
    Ulama Mazhab Ahlul Sunnah Wal Jamaah


    Antarabangsa
    Kebangsaan
    Akademik
    Tokoh
    Lain
    1. ^Ibn Rāhwayh, Isḥāq (1990), Balūshī, ʻAbd al-Ghafūr ʻAbd al-Ḥaqq Ḥusayn (penyunting),Musnad Isḥāq ibn Rāhwayh (ed. 1st), Tawzīʻ Maktabat al-Īmān, m/s. 150–165

    Templat:Tokoh Ulama

    Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Imam_Bukhari&oldid=6555349"
    Kategori:
    Kategori-kategori tersembunyi:

    [8]ページ先頭

    ©2009-2026 Movatter.jp