Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Ikaros

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
The Flight of Icarus (1635–1637) karyaJacob Peter Gowy

Ikaros (Bahasa Yunani Kuno:ἼκαροςÍkaros,bahasa Latin danbahasa Inggeris:Icarus) ialah seorang tokoh dalam mitologi Yunani yang merupakan anak kepadaDaedalus, seorang pakar tukang.

Kedua anak-beranak ini melarikan diri daripada penahananTheseus di pulauKriti dengan menerbang bersayapbulu. Daedalus menasihati anaknya tidak terbang terlalu tinggi atau terlalu rendah kerana haba dari matahari mahupunlaut akan mencairkanlilin yang melekatkan bulu-bulu pelepah sayap mereka. Namun, Ikaros berdegil lalu berani mengepak sayapnya meninggi. Lilin yang melekatkan semua bulu-bulunya cair lalu Ikaros jatuh lemas ke dalam laut.

Para penulis sezaman kuno melihat penceritaan ini sebagai kiasan di mana anak-beranak tersebut sebenarnya menaiki kapal pemberian Pasiphaë manakala Daedalus membina layar untuk kapal-kapal ini; Ikaros dalam catatan ini pula dikatakan dihumbang ke laut dalam perjalanan keSicilia dan lemas di sana.Herakles dikatakan telah membina sebuah makam memperingatinya.[1][2]

Sebuah pulau berdekatanAsia Kecil di pinggir barat dayaTurki di sebelah barat daya pulauSamos diberi namaIkaria memperingati tempat di mana kemalangan tersebut kononnya berlaku.[3][4][5]

Lihat juga

[sunting |sunting sumber]

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^Smith, William (penyunting).A Dictionary of Greek and Roman Biography and Mythology.
  2. ^Pinsent, J. (1982).Greek Mythology. New York: Peter Bedrick Books.ISBN 0-600-55023-0.
  3. ^Graves, Robert (1955). "92 – Daedalus and Talus".The Greek Myths.ISBN 0-14-007602-6.
  4. ^Thomas Bullfinch - The Age of Fable Stories of Gods and HeroesKundaliniAwakeningSystem.com & The Internet Classics Archive by Daniel C. Stevenson : Ovid -Metamorphoses - Book VIII + Translated byRolfe Humphries -KET Distance LearningDiarkibkan 2012-06-14 diWayback Machine 2012-01-24.
  5. ^Translated byA. S. Kline -University of Virginia Library.edu Retrieved 2005-07-03.
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Ikaros&oldid=5315125"
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp