Cyprinidae ialah keluarga ikan terbesar; ia juga merupakan keluarga haiwan vertebrata terbesar, dengan kira-kira 3000 spesies yang dikenali. Hanya kira-kira 1300 daripada ini masih wujud, dibahagikan kepada kira-kira 200 genus yang sah.[1]
Keluarga ini termasuk banyak ikan yang diketahui oleh manusia. Beberapa spesies telah lama menjadi sumber makanan penting bagi manusia. Yang lain juga terkenal sebagai ikan hias, seperti pelbagai jenisikan emas danikan koi. Akibatnya, ada banyak ikan yang telah dilepaskan di pelbagai tempat, sungguhpun dengan pelbagai hasil.
Nama "Cyprinidae" berasal Bahasa Yunani "κυπρῖνος" (AFA /ciˈpri.nos/), yang maksud "ikan kap".
Sesetengah orang menganggap kesemua ikan Cyprinidae sebagai "kap", tetapi bagi kegunaan harian, "kap" biasanya merujuk kepada hanya beberapa spesies besar, seperti:
Ikan Cyrprinidae yang terbesar ialahikan kerahoCatlocarpio siamensis yang boleh mencapai panjang 3 m[2], dan yang terkecil ialahikan bekut kerdilPaedocypris progenetica yang boleh mencapai panjang 10.3 mm sahaja.[3]
Semua ikan dalam keluarga ini bertelur, tetapi kebanyakan tidak kekal untuk menjaga telurnya. Bagaimanapun, ada beberapa spesies yang membina sarang dan beberapa spesies yang bertelur dalam kerang, untuk membolehkan anaknya bertumbuh dalam cangkerang yang selamat.[4]
Kesemua ikan Cyprinidae adalahagastrik, iaitu mereka tidak ada perut. Selain itu, rahang mereka tidak mengandungi gigi. Namun begitu, mereka boleh mengunyah dengan menggunakan tulang insang dan bumbung mulut yang telah diubah suai untuk tujuan ini. Bentuk mulut khusus ini berbeza-beza antara spesies, dan ini membolehkan penyelidik untuk membezakan spesies yang berbeza. Spesies besar macamikan kap biasa mempunyai "gigi" yang cukup kuat untuk menghancurkan cangkerang keras macam yang dipunyai oleh siput.
Kebanyakan ikan Cyprinidae memakan cacing, krustasea kecil dan tumbuhan air, tetapi ada species yang besar yang boleh menjadi pemangsa ikan kecil[5].
Ikan Cyprinidae ialah ikan makanan penting di seluruhEurasia. Terutamanya di kawasan yang terkurung darat, ikan Cyprinidae menjadi ikan yang paling biasa dimakan kerana mereka banyak terdapat di sungai dan tasik air tawar.[6]
Ikan keluarga Cyprinidae boleh menjadi perosak, dan juga boleh digunakan untuk membasmi perosak yang lain. DiAmerika Syarikat,Ctenopharyngodon idella telah dilepaskan di tasikPennsylvania untuk memakan tumbuhan perosak macamElodea. Ikan ini umumnya dikebiri, untuk halangnya membiak secara berlebihan. Bagaimanapun, di kawasan lain di Amerika,C. idella menjadi perosak, bila mereka kacau lumpur dasar sungai membuat air keruh, dan juga bersaing dengan ikan asli untuk mendapatkan makanan.[7][8]
Ikan Cyprinidae yang paling diketahui oleh ramai orang ialahikan emas danikan koi. Ikan kap PrusiaCarassius gibelio mula dibiakkan diCina sebelum tahun 1150 untuk menjadi ikan emas hias yang terkenal kini. Ikan kap biasa juga dibiakkan diJepun untuk menjadi ikan koi yang terkenal kini; diBahasa Jepun, kata "koi" merujuk hanya kepada kap biasa, semasa ikan koi hias dipanggil "nishikigoi", yang maksud "kap berbroked".
Banyak spesies Cyprinidae sudah dipupuskan oleh aktiviti manusia. Kebanyakan itu ialah spesies dari Amerika Syarikat barat daya dan Mexico utara yang dipupusakan oleh pencemaran dan pengaliran air untuk kegunaan manusia, dan spesies Asia Tenggara juga diancam oleh penangkapan ikan yang berlebihan dan kemusnahan habitatnya.[9][10]