Ibu negara merujuk kepada bandar pentadbiran bagi sesuatunegara. Ia biasanya merupakan bandar penting dalam negara tersebut disebabkan kebanyakan pejabat tadbir dan pemimpin negara biasanya tinggal di bandar tersebut. Ia biasanya menampung jabatan-jabatan pentadbiran negara dan sebuah dewan perwakilan rakyat yang sering kali disebutparlimen serta pejabat-pejabat komersil. Selain itu, ibu negara biasanya juga menampung perwakilan daripada negara-negara asing yang biasa dipanggilkedutaan besar.
Terdapat beberapa kekecualian:
- Ibu negaraBelanda ialahAmsterdam, tetapi pusat pemerintahannya ialahDen Haag yang menampung perwakilan daripada negara-negara asing.
- Ibu negaraPalestin (wilayah)Negara Palestin ialahBaitulmaqdis tetapi negara-negara lain menganggapnya sebagai sebuah bandar antarabangsa atau tidak mengiktirafkan Baitulmaqdis Timur sebagai kepunyaan Israel, dan menempatkan kedutaan mereka di Israel di bandar Tel Aviv. (Kecuali beberapa negara)
- Ibu negara Afrika Selatan ialah Pretoria (kerajaan), Cape Town (perundangan) dan Bloemfontein (kehakiman).
- Ibu negara Republik China yang rasmi ialah Nanjing namun kerana kalah di tangan Komunis dalam perang saudara, maka Chiang Kai-shek memindahkan pemerintahannya ke ibu negara sementara di Taipei, Taiwan.
- Ibu negaraMalaysia ialahKuala Lumpur tetapi pusat badan eksekutifnya terletak di Pusat Pentadbiran Kerajaan PersekutuanPutrajaya.Parlimen masih terletak di Kuala Lumpur.
Kadang-kadang beberapa negara memindahkan ibu negara mereka atas alasanpolitik atauekonomi. Beberapa negara yang pernah memindahkan ibu negara mereka ialah:
Sering kali, ibu negara harus dipindahkan kerana diduduki atau dikuasai negara asing, dan ibu negara "tandingan" atau sementara harus diasaskan di bandar lain:
Kadang-kadang ibu negara harus dibahagikan dengan negara lain kerana dikuasai oleh musuh:
Ibu negara berbeza denganibu negeri yang merupakan bandar pentadbiran kepada sesebuahnegeri sahaja. Gabungan beberapa buah negeri akan membentuk negara sepertiMalaysia, danAmerika Syarikat.