Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Semenanjung Iberia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripadaIberia)
Gambar satelit Semenanjung Iberia

Semenanjung Iberia atau lebih dikenali sebagaiIberia sahaja merupakan sebuahsemenanjung yang terletak di barat dayaEropah dan ia merangkumi kawasannegara berdaulat pada hari ini iaituSepanyol,Portugal,Andorra danWilayah Luar Negeri BritishGibraltar. Semenanjung ini adalah salah satu daripada tiga semenanjung Eropah selatan (dua yang lain ialahSemenanjung Itali danSemenanjung Balkan). Di selatan dan timur, ia bersempadan denganLaut Mediterranean, dan di utara dan barat denganLautan Atlantik.Pergunungan Pyrene membentuk pinggir semenanjung ini, menjadikan ia bersambung dengan bahagian Eropah yang lain.Di selatan, ia mendekati pantai utaraAfrika. Semenanjung ini adalah semenanjung kedua terbesar di Eropah dengan keluasan 582 860 km². Nama "Iberia" juga telah digunakan sejak zamanYunani danRom Purba untuk sebuah wilayah lain di sudut bertentangan dengan Eropah,Iberia Caucasian, dalam negaraGeorgia sekarang.

Geografi

[sunting |sunting sumber]

Pembahagian kawasan

[sunting |sunting sumber]

Pembahagian siasah Semenanjung Iberia yang diisih mengikut keluasan

Negara/
kawasan
Jumlah penduduk[1]km2batu persegi% batu persegiPerkongsian
SepanyolSepanyol43,500,000505,519195,18285%menduduki kebanyakkan kawasan semenanjung
PortugalPortugal10,000,00089,26134,46415%menduduki kebanyakkan kawasan barat semenanjung
PerancisPerancis12,035540210<1%Cerdagne Perancis adalah sisi selatanbanjaran Pyrene di antara Sepanyol dan Perancis, maka ia teknikalnya berada dalam semenanjung Iberia[2]
AndorraAndorra84,082468181<1%terletak di sebelah utara semenanjung di selatanpergunungan Pyrene di antara Sepanyol dan Perancis
GibraltarGibraltar29,43173<1%sebuahwilayah luar negeri British di penghujung paling selatan semenanjung

Bandar-bandar utama

[sunting |sunting sumber]
Laman utama:Bandar raya di Sepanyol danBandar raya di Portugal
Senarai bandar raya di semenanjung Iberia mengikut jumlah penduduk
Bandar raya/bandarKawasan dan negaraJumlah penduduk (2011–12)Bandar raya/bandarKawasan dan negaraJumlah penduduk (2011–12)
1MadridMadrid,Sepanyol3,233,527 11CórdobaAndalusia,Sepanyol328,841
2BarcelonaCatalonia,Sepanyol1,620,943 12ValladolidCastile dan León,Sepanyol311,501
3ValenciaValencia,Sepanyol797,028 13VigoGalicia,Sepanyol297,733
4SevilleAndalusia,Sepanyol702,355 14Vila Nova de GaiaNorte,Portugal288,749
5ZaragozaAragon,Spain679,624 15GijónAsturias,Sepanyol277,554
6MálagaAndalusia,Sepanyol567,433 16L'HospitaletCatalonia,Sepanyol257,057
7LisbonLisboa,Portugal547,631 17A CoruñaGalicia,Spain246,146
8MurciaMurcia,Sepanyol441,354 18Vitoria-GasteizNegara Basque,Sepanyol242,223
9BilbaoNegara Basque,Sepanyol351,629 19PortoNorte,Portugal237,559
10AlicanteValencia,Sepanyol334,678 20GranadaAndalusia,Spain239,017

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^Populasi hanya termasuk di kawasan tanah besar Sepanyol (tidak termasuk Kepulauan Balearic, Kepulauan Canary, Ceuta dan Melilla), tanah besar Portugal (tidak termasuk Madeira dan Azores), Andorra dan Wilayah Luar Negeri British Gibraltar.
  2. ^Contohnya, sungaiSegre, yang mengalir ke barat dan kemudiannya ke selatan, bertemu di sungaiEbro yang sumbernya dari sebelah Perancis.

Lihat juga

[sunting |sunting sumber]
Umum
Perpustakaan negara
Lain-lain
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Semenanjung_Iberia&oldid=4873547"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp