Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

IUPAC

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
IUPAC logo

Kesatuan Kimia Tulen dan Gunaan Antarabangsa (IUPAC) (bahasa Inggeris:International Union of Pure and Applied Chemistry) merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang menerajui bidangkimia sedunia. IUPAC merupakan ahli gabunganMajlis Sains Antarabangsa (ICSU)[1]. Ibu pejabat antarabangsa IUPAC terletak diZurich,Switzerland manakala pejabat pentadbirannya yang juga dikenali sebagai seketrarit IUPAC terletak diResearch Triangle Park,Carolina Utara,Amerika Syarikat. Pejabat pentadbirannya diketuai pengarah eksekutif IUPAC.[2]

IUPAC ditubuhkan pada1919. Antara tugas utamanya adalahpemiawaian nama-namaunsur dan bahan kimia melaluitatanama IUPAC. Terbitan-terbitannya seperti "Kuantiti, Unit dan Simbol dalam Kimia Fizik" (Buku Hijau) menjadi rujukan ahli kimia di seluruh dunia.

Pembentukan dan Sejarah

[sunting |sunting sumber]
A black and white image of a bald man in a dark outfit, with a bushy white beard and moustache
Friedrich August Kekulé von Stradonitz

Keperluan untuk piawaian antarabangsa pertama kali diutarakan pada tahun 1860 oleh saintis JermanFriedrich August Kekulé von Stradonitz. Jawatankuasa ini merupakan persidangan antarabangsa yang pertama untuk megasaskan satu sistem penamaan bagisebatian organik.[3] Idea-idea yang telah diformulasikan di dalam persidangan berevolusi menjadiTatanama kimia organik IUPAC.[3] IUPAC menjadi satu warisan bagi pertemuan ini, menjadikan salah satu kolaberasimasyarakat kimia antarabangsa paling bersejarah.[3].

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^IUPAC National Adhering Organizations
  2. ^"IUPAC Council Agenda Book 2009"(PDF). IUPAC. 2009. Dicapai pada2010-04-17.
  3. ^abcFennel, R.W. (1994).History of IUPAC, 1919-1987. Blackwell Science.ISBN 0-86542-8786(94) Check|isbn= value: invalid character (bantuan).
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=IUPAC&oldid=3601987"
Kategori:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp