Stesen Angkasa Antarabangsa (bahasa Inggeris:International Space Station,ISS,Rusia:Междунаро́дная косми́ческая ста́нция,МКС) ialah sebuah stesen kemudahan penyelidikan antarabangsa yangsekarang ini masih lagi dipasang di dalam orbit rendahbumi. Stesen Angkasa Antarabangsa berada pada ketinggian 360 km dari permukaan bumi. Stesen ini mengorbit(mengelilingi) Bumi setiap 92 minit dengan kelajuan 27,744 km/j Dalam sehari, Stesen Angkasa Antarabangsa mengelilingi Bumi lebih kurang 15.7 orbit.
Stesen ini telah dilancarkan pada20 November1998. Seramai tiga orang angkasawan bertugas di stesen ini pada satu-satu masa. Angkasawan yang akan dihantar ke angkasa lepas harus menjalani latihan di ISS terlebih dahulu.
Stesen Angkasa Antarabangsa boleh memuatkan tiga orang angkasawan. Buat masa ini, angkasawan yang bertugas di ISS ialah daripada Amerika Syarikat dan Rusia.[9].
Fungsi Stesesn Angkasa Antarabangsa adalah untuk menjalankan uji kaji serta penyelidikan dalam angkasa lepas serta memantau angkasa lepas.
SelepasPerang Dingin, Amerika Syarikat telah bersetuju membina satu stesen angkasa dengan pihakEropah, Rusia, Jepun dan Kanada. Stesen ini menggabungkan Stesen AngkasaFreedom (Amerika Syarikat), Mir-2 (Rusia) danColumbus (Eropah). Namun, pembinaan stesen angkasa ini sering dilambatkan oleh kos yang semakin meningkat. Sehingga hari ini, bahagian-bahagian Stesen Angkasa Antarabangsa masih dibina dan dipasang oleh angkasawan-angkasawan Amerika Syarikat, Rusia dan pihak lain setiap tahun. Pembinaan stesen ini dijangka akan disiapkan pada tahun 2010.
Bahan-bahan pembinaan dihantar ke stesen lalu dipasang oleh angkasawan-angkasawan. Bahan ini dihantar olehKapal Angkasa Amerika Syarikat, kapal-kapal angkasa Soyuz danProgress Rusia, dan lain-lain.