Pertubuhan Pemiawaian Antarabangsa (bahasa Inggeris:International Organization for Standardization,ISO) merupakan gabungan antarabangsa badan pemiawaian negara-negara di dunia. Pertubuhan ini mengeluarkanpiawai yang dipakai dalam pelbagai bidang industri dan komersial.
Tiga bahasa rasmi ISO ialahbahasa Inggeris,bahasa perancis danbahasa Rusia.[2]Logo pertubuhan ini dalam dua bahasa rasminya, iaitu bahasa Inggeris dan Perancis, termasuk perkataanISO. Pertubuhan ini biasanya dirujukkan mengikut nama pendeknya.
Logo serta namaISO ialah cap dagang berdaftar, dan kegunaannya adalah terbatas.[4]
ISO dibiayai oleh gabungan:[5][6]
- Pertubuhan yang mengurus projek tertentu atau pakar pinjaman untuk turut serta dalam karya teknikal tertentu.
- Langganan daripada badan-badan ahli ("badan kerajaan kebanyakannya wakil pemiawaian di negaranya").[7] Langganan-langganan ini adalah sebahagian daripadakeluaran negara kasar dan jumlah dagangan negara masing-masing.
- Jualan piawaian.
Dokumen-dokumen ISO adalah berhak cipta dan kebanyakannya dikenakan bayaran untuk salinannya oleh ISO. Namun, ISO tidak mengenakan bayaran untuk kebanyakan salinan draf bagi dokumen dalam format elektronik. Walaupun berguna, draf-draf ini perlu digunakan dengan cermat kerana berkemungkinan ada perubahan penting sebelum ia dijadikan piawai. Sesetengah piawai oleh ISO dan wakilA.S rasminya (danSuruhanjaya Elektroteknik Antarabangsa melalui Jawatankuasa Kebangsaan A.S) tersedia secara percuma.[8][9]