IRC (Internet Relay Chat, harfiahSembang Trimantar Internet) ialah sebuah bentukprotokolsembang maya diInternet yang mana penghuninya boleh berbual dengan menaip padapapan kekunci secara masa nyata. IRC mendapat sambutan pada suatu ketika dahulu. Ia direka untukkomunikasi kumpulan dalam forum perbincangan, dipanggilsaluran.[1] Pada hari ini, pelbagai khidmatpemesejan segera yang merupakan pilihan kepada IRC lebih diminati oleh pengguna baru.
Terdapat beribu-ribu saluran IRC yang meliputi pelbagai tajuk. Seseorang itu dapat menyertai kumpulan perbincangan di salah satu daripada ribuan saluran IRC, di salah satu daripada ratusan jaringan IRC, atau sekadar berbual secara peribadi bersama keluarga atau kawan, di mana saja mereka berada. Terdapat pelbagai ragam dan minat manusia, idea, dan isu di dalam IRC.
Untuk menyertai IRC, seseorang perlu menggunakan atur cara pelanggan IRC. Kesemua pelanggan adalah bersambung antara satu sama lain dan menghantar mesej dari pengguna kepada pengguna yang lain di dalam jaringan IRC. Antara pelanggan IRC yang paling popular dalamWindows ialahmIRC.