iOS (sebelum iniiPhone OS) adalah sistem operasi peranti mudah alih yang dibangun dan diedarkan oleh Apple Inc. Pertama kali dikeluarkan pada tahun 2007 untuk iPhone dan iPod Touch, penggunaannya diperluaskan kepada iPad dan juga Apple TV. Tidak seperti sistem pengendalian peranti bergerak yang lain, Apple tidak memberi lesen kepada entiti lain untuk menggunakan iOS selain perantinya sendiri.
iOS berasal dari OS X, di mana ia juga berkongsi dengan asas Darwin, dan kerana ini boleh dikatakan sebagai sistem pengendalian Unix. iOS juga boleh dikatakan sebagai OS X versi peranti bergerak Apple.
Ia mempunyai 4 lapisan pengabstrakan. Lapisan sistem pengoperasian Core, lapisan Core Services, lapisan media dan lapisan Cocoa Touch.
Sistem pengendalian ini ditunjuk kepada umum semasa pengumuman iPhone yang pertama pada 9 Januari 2007. Pada waktu ini, Apple tidak memberi nama kepada sistem operasi ini sebaliknya hanya menyatakan "iPhone yang dilengkapi dengan OS X".[1] Pada mulanya, perisian pihak ketiga tidak dibenarkan untuk dijalankan secara terus dari perisian iPhone, sebaliknya perisian pihak ketiga akan dijalankan melalui pelayar web Safari membuatkan perisian-perisian ini dipanggil webapps[2].Pada Pertengahan Oktober 2007, Apple mengumumkan bahawa Kit Pembangunan Perisian (SDK) akan dikeluarkan bagi pembangun perisian membangunkan perisian untuk iPhone.[3] Pada 6 Mac 2008, Apple mengeluarkan beta yang pertama bersama dengan nama yang baru "iPhone OS".[4]
Apple memperluaskan lagi senarai peranti yang disokong dengan memperkenalkan iPod Touch pada September 2007[5] dan iPad pada 2010.[6]
Pada Jun 2010, Apple menamakan semula iPhone OS kepada "iOS".[7]Cisco Systems adalah pemegangtanda dagangan "iOS". Untuk mengelakkan tuntutan mahkamah, Apple memperoleh tanda dagangan ini daripada Cisco.[8]
Menu utama memaparkan ikon-ikon aplikasi dan terdapat tempat di bahagian bawah skrin yang dipanggil "dok". Pengguna akan dibawa ke menu utama apabila menekan butang utama. Terdapat bar status di bahagian atas yang memaparkan masa, tahap bateri dan kekuatan isyarat selular.
iOS 3 memperkenalkan fungsi Carian Spotlight dan berapa di "mukasurat" di bahagian paling kiri. Pengguna menggunakan fungsi ini untuk mencari fail media, aplikasi, e-mel, kenalan, mesej, peringatan dan kalendar.[9]
iOS 4, pengguna boleh memilih gambar untuk digunakan sebagai latar belakang menu utama. Walau bagaimanapun, bukan semua peranti disokong terutamanya model-model sebelum iDevice generasi ketiga (iPhone 3GS, iPod Touch Generasi ketiga). iPad pula mempunyai fungsi ini sejak iOS 3.2.[9]
Ciri folder diperkenalkan dalam iOS 4. Apabila satu aplikasi lain diheretkan ke atas aplikasi yang lain, ia akan membentuk satu folder yang baru. Menambah aplikasi ke dalam folder juga sama caranya dengan bilangan tertinggi aplikasi untuk satu folder ialah 12 untuk iPhone 4S, iPhone sebelumnya dan juga iPod Touch, 16 untuk iPhone 5 dan 20 untuk iPad. Nama folder akan dipilih secara automatik mengikut kategori aplikasi, tetapi pengguna juga boleh menamakan sendiri folder tersebut.
Pusat Pemberitahuan (notification center) diperkenalkan dalam iOS 5. Pemberitahuan boleh dilihat dengan meleret turun dari bahagian atas skrin. Jika pengguna menyentuh salah satu pemberitahuan, aplikasi yang berkenaan akan dibuka.
Sebelum iOS 4, penugasan berbilang (multitasking) terhad kepada beberapa aplikasi Apple sahaja. Bermula dengan iOS 4 (peranti generasi ketiga dan terbaru sahaja), penugasan berbilang disokong melalui tujuh API di latarbelakang.[9][10]
Audio latarbelakang - membenarkan aplikasi terus berfungsi selagi ia memainkan audio atau video
Suara melalui Protokol Internet - Aplikasi dihentikan semasa tiada panggilan.
Lokasi latarbelakang - Aplikasi diberitahui mengenai pertukaran lokasi.
Pemberitahuan tolak - Server akan menolak pemberitahuan ke peranti pengguna setiap masa
Pemberitahuan tempatan - aplikasi akan menghantar pemberitahuan secara berjadual
Penyelesaian tugasan - aplikasi akanmeminta sistem untuk memberikan sedikit masa untuk menyiapkan tugasan.
Pertukaran aplikasi dengan pantas - aplikasi tidak menjalankan apa-apa kod dan boleh dibuang dari ingatan bila-bila masa
Tiga lagi API baru diperkenalkan dalam iOS 5
Newsstand - aplikasi boleh memuat turun kandungan dan sedia untuk digunakan[11]
Aksesori luaran - Aplikasi berhubung dengan aksesori luaran dengan selang waktu tertentu[11]
Aksesori bluetooh - Aplikasi berhubung dengan aksesori bluetooth dengan selang waktu tertentu[11]
Siri adalah pembantu peribadi pintar dan navigasi pengetahuan yang berfungsi sebagai aplikasi dalam peranti yang disokong. Siri, boleh diarah untuk melakukan tugas melalui input suara. Tugasan siri termasuklah membuat panggilan, membuka aplikasi, menghantar mesej, membuka laman sesawang, mencari maklumat sukan, memandu arah dan mencari lokasi serta menjawab soalan pengetahuan am.[12]
Siri hanya disediakan pada peranti iPhone 4S, iPod Touch generasi ke-5, iPad Mini, iPad generasi ketiga (dengan sokongan iOS 6[13]) dan peranti generasi selepasnya. Buat ketika ini, tiada sokongan Bahasa Melayu.
iPhone 2.0 dikeluarkan bersama dengan iPhone 3G. Pengguna peranti yang menggunakan iPhone OS 1.X boleh meningkatkan sistem pengendalian mereka ke versi ini. Dalam versi ini App Store diperkenalkan, dan aplikasi dari pihak ketiga boleh didapati.
Versi
Tarikh dikeluarkan
Nota
2.0
11 Julai 2008
Keluaran pertama untuk iPhone 3G
Bayaran $9.95 untuk peningkatan peranti iPod Touch
Penambahan bahasa sokongan
Penambahbaikan sokongan video untuk iPod
2.0.1
4 Ogos 2008
2.0.2
18 Ogos 2008
2.1
9 September 2008 (iPod Touch) 12 September 2008 (iPhone)
Percuma untuk ipod Touch dengan iOS 2.0
Keluaran pertama untuk iPod Touch (Generasi kedua) (sebagai 2.1.1)
3.0 datang bersama iPhone 3GS. Keluaran ini juga menyaksikan sokongan untuk peranti generasi pertama iPhone dan iPod Touch (generasi pertama) menerima sokongan yang terhad.
Versi
Tarikh dikeluarkan
Nota
3.0
17 Jun 2009
Keluaran pertama untuk iPhone 3GS
Tidak semua ciri disokong untuk peranti iPhone dan iPod Touch (generasi pertama)
$4.95 untuk peningkaan sistem pengendalian iPod Touch
Keupayaan bluetooth dibenarkan untuk iPod Touch (generasi kedua)
Penambahan bahasa sokongan
3.0.1
31 Julai 2009
3.1
9 September 2009
Keluaran pertama untuk iPod Touch (generasi kedua) (model 8GB)
Keluaran pertama untuk iPod Touch (generasi ketiga) (sebagai versi 3.1.1)
Peningkatan percuma untuk iPod Touch yang menggunakan 3.0
$4.95 untuk peningkaan sistem pengendalian iPod Touch
3.1.2
8 Oktober 2009
3.1.3
2 Februari 2010
Keluaran terakhir untuk iPhone dan iPod Touch (generasi pertama)
iOS 4.0 adalah iOS yang pertama yang tidak menyokong beberapa peranti. iOS ini juga adalah iOS yang pertama dimana pengguna iPod Touch tidak perlu membayar untuk peningkatan ke iOS ini. iOS 4.2.1 menyokong iPad. Ia juga adalah yang terakhir buat iPhone 3G dan iPod Touch (generasi kedua). iOS 4.2 tidak dikeluarkan kerana mempunyai masalah Wi-Fi, dan diganti dengan iOS 4.2.1.[14]
Versi
Tarikh dikeluarkan
Nota
iPhone dan iPod Touch sahaja
4.0
21 Jun 2010
Keluaran pertama untuk iPhone 4
Sokongan terhad untuk iPhone 3G dan iPod Touch (generasi kedua)
4.0.1
15 Julai 2010
Untuk iPhone sahaja
4.0.2
11 Ogos 2010
4.1
8 September 2010
Keluaran pertama untuk iPod Touch (generasi keempat)
iPhone, iPod Touch dan iPad
4.2
Tiada
iPad
Sokongan 4.x untuk iPad
Tukaran fungsi suis kunci putaran kepada senyap
4.2.1
22 November 2010
menggantikan iOS 4.2
Keluaran terakhir untuk iPhone 3G dan iPod Touch (generasi kedua)
iOS 5 dikeluarkan pada 12 Oktober 2011.Apple telah mengesahkan bahawa beberapa pepijat hayat bateri telah memberi kesan negatif terhadap hayat bateri dalam iOS 5[15]. Pepijat ini dikatakan telah dibaiki dalam 5.0.1 tetapi ia dikatakan masih wujud.[16]
Versi
Tarikh dikeluarkan
Nota
5.0
12 Oktober 2011
Keluaran pertama untuk iPhone 4S
5.0.1
10 November 2011
5.1
7 Mac 2012
Keluaran pertama untuk iPad (generasi ketiga)
5.1.1
7 Mei 2012
Keluaran terakhir untuk iPad (generasi pertama) dan iPod Touch (generasi ketiga)
iOS 6 tidak menyokong peranti sebelum iPod Touch (generasi keempat), iPhone 3GS, dan iPad 2. iOS 6 memperkenalkan aplikasi peta yang baru,Maps oleh Apple. Walau bagaimanapun, terdapat banyak pepijat didalam aplikasi ini yang membuatkan aplikasi ini tidak memaparkan peta dengan betul.
Versi
Tarikh dikeluarkan
Nota
6.0
19 September 2012
Keluaran pertama untuk iPhone 5, iPod Touch (generasi kelima), iPad (generasi keempat) dan iPad Mini.
Tidak semua ciri disokong untuk iPhone 3GS, iPhone 4, iPod Touch (generasi keempat) dan iPad 2.