ICANN (Internet Corporation for Assigned Names and Numbers) ialah sebuahperbadanan yang diasaskan pada 18 September 1998 dan diperbadankan pada 30 September 1998[1] dengan tujuan menyelia sebilangan tugasan berkaitanInternet yang pernah dilaksanakan secara langsung bagi pihakkerajaan Amerika Syarikat oleh pertubuhan-pertubuhan lain, khususnya Internet Assigned Numbers Authority (IANA). Ibu pejabatnya terletak diMarina Del Rey,California,Amerika Syarikat.
Antara tugas-tugas yang dipikul oleh ICANN termasuk tanggungjawab peruntukan ruangan alamatprotokol Internet (IP), penguntukan pengecam protokol, pengurusan sistemnama domain peringkat tinggi umum (gTLD) dankod negara (ccTLD), dan fungsi-fungsi pengurusan sistem pelayan akar. Secara amnya, ICANN bertanggungjawab menguruskan penguntukannama domain danalamat IP. Kini, kebanyakan tugas ICANN adalah berkenaan pengenalan domain peringkat tinggi baru (TLD). Kerja-kerja teknikal ICANN dipangil fungsiIANA.
Prinsip-prinsip operasi utama ICANN disifatkan sebagai membantu memelihara kestabilan pengendalian Internet; memupuk persaingan; meluaskan masyarakat Internet sedunia; dan membangunkan dasar-dasar yang selaras dengan misinya melalui proses-proses berasaskan kesepakatan dari peringkat bawah ke atas.[2]
Pada 29 September 2006, ICANN menandatangai perjanjian baru denganJabatan Perdagangan Amerika Syarikat (DOC) yang menggerakkan pertubuhan swasta ini ke arah pengurusan sepenuhnya bagi sistem pengecam terselaras pusat di Internet melalui model rundingan pelbagai pihak yang diwakili oleh ICANN.[3]