Hyperloop ialah konsep sistem pengangkutan berkelajuan tinggi diajukan oleh usahawanElon Musk melalui pasukan kerjasamaTesla danSpaceX.[1][2] Sistem ini terdiri daripada suatu rangkaian gelungan tiub yang direndahkantekanan udara secara ketara membolehkan kapsul bergerak dengan kelajuan yang amat tinggi tanpa sebarangdaya geseran.[3][4]
Garis besar konsep hyperloop diumumkan pada Ogos 2013, yang mencakupi cadangan laluan dariLos Angeles keSan Francisco. Analisis awal menunjukkan bahawa laluan tersebut dapat ditempuh dalam tempoh 35 mniit, yang menunjukkan bahawa penumpang dapat menempuh jarak 350-batu (560 km) dengan rata-rata kepentasan 600 mph (970 km/j), dengan kepantasan penuh 760 mph (1.200 km/h). Anggaran pembiayaan awal untuk laluan ini dianggarkan sebanyakAS$7.5 bilion[2]—walaupun analisis pengangkutan meragukan bahawa sistem ini dapat dibangunkan dengan dana tersebut.[5][6][7]
Teknologi Hyperloop telah dibuatsumber terbuka oleh Musk dan SpaceX,[2] dan masyarakat dipelawa untuk mengambil gagasan tersebut dan mengembangkannya lebih lanjut. Untuk itu, beberapa syarikat telah dibentuk, dan paling tidak sepuluh pasukan mahasiswa antaradisiplin mencuba mewujudkan gagasan ini. Rancangan jalur dan kapsul ujian percubaan kini dikembangkan dengan pembangunan prototaip jalur sepanjang 5-batu (8 km) dimulakan pada tahun 2016.[8] Syarikat Virgin Hyperloop di bawahVirgin Group melakukan pemanduan ujian pertamanya yang memuatkan penumpang manusia pada November 2020 diLas Vegas.[9][10]
Lakaran 3 dimensi laluan Hyperloop infrastructure. The steel tubes are rendered transparent in this image.
Konsep awal dikembangkan Musk terdiri daripada laluan berisihampagas separa di mana suatu lapisan antara 0.5 hingga 1.3 milimeter udara menjadi medium apungan.
Gambaran konsep peringkat alfa membutirkan kapsul penumpang dengan ukuran berdiameter 2.23 meter[2] serta dijangka mencapai kelajuan setinggi 1220 kilometer sejam agar dapat mengekalkan kecekapanaerodinamik.[2](Bahagian 4.4)
Dalam tahun yang sama, pertubuhan penyelidikan mandiri ScandinaviaSINTEF mengumumkan pihak mereka mempertimbangkan suatu makmal ujian teknologi ini di Norway.[13] Suatu perjanjian dimeterai pemerintah Korea Selatan dengansyarikat rintisan Hyperloop Transportation Technologies pada bulan Jun 2017 untuk membangunkan suatu laluanhyperloop antaraSeoul danBusan.[14][15]
^"Sintef vil teste hyperloop for laks" [Sintef will test the hyperloop for salmon].Dagens Næringsliv AS (dalam bahasa Norway). Norway. 18 December 2017. Dicapai pada23 January 2018.