Nama Hungary serta akarLatinnyaHungaria (sebutanbahasa Latin: [hʊŋˈɡäriä]) dipercayai dipetik daripada nama perikatanBulgarabad ke-7 bernamaOn-Ogur, iaitu istilah bahasaserumpun Turki bagi "sepuluh anak puak".[7][8][9][10] Nama ini juga pernah tercatat diejaأُنكَلِيUnkalī oleh Ibrahim ibnu Yaakub al-Tartusyi, seorang pengembaraSephardiAndalus semasa zamanRaja Al-Hakam II sedangkan pemeta-pemeta sezaman seperti Ahmad ibnu Rustah dan Tahir al-Marwazī menggunakan namaمَجْغَرِيَّةMajgharīyah[11][8][12] yang seterusnya melahirkan namaArab:مَجَر,rumi: Majar atauTurki Uthmaniyah:مجارMacar.
Kawasan yang kini dikenali sebagai Hungary ini pernah bernaung di bawahEmpayar Rom dengan namaPannonia. Setelah jatuhnya empayar tersebut, maka datanglah berbagai-bagai puak yang bertelagah untuk mendapatkan wilayah di Pannonia.
Pada abad ke-9, datangnya kaumMagyar yang diketuaiÁrpád ke tanah Pannonia untuk menduduki Pannonia. Pada tahun 1000 M,Raja István I menubuhkanKerajaan Hungary dan menyebarkan agamaKristian di seluruh wilayahnya. Kerajaan Hungary mengalami konflik bersenjata dengan orangMongol pimpinanBatu Khan pada abad ke-13[13], lalu kehilangan banyak nyawa rakyatnya sehingga terpaksa menjemput kaum dari rantau lain untuk mengisi semula kawasan yang dikosongkan oleh perang.
Sungguhpun begitu, Kerajaan Hungary tetap mampu menguatkan pengaruhnya di Eropah sebagai pusat kebudayaan dan kesenian di bawah pemerintahanRaja Mátyás (1458–90) ketikaZaman Pembaharuan. Begitu juga,budaya Hungary mempengaruhi budaya-budaya lain—contohnya,Komanwel Poland-Lithuania.
Pada masa yang sama, Kerajaan Hungary sekali lagi menghadapi ancaman daripada kuasa asing, kali ini balatenteraUthmaniyah yang berjaya menakluki wilayah Hungary dari tahun 1526 hingga 1686 kerana perpecahan di kalangan para pembesar Hungary, sebelum ditumbangkan oleh pihakAustria dan sekutu-sekutunya.
Austria dan Hungary bergabung membentukEmpayar Austria-Hungary di bawah pemerintahan keluarga Habsburg. Namun begitu, gabungan itu tidak berkekalan setelah menghadapi tentangan daripada orang Magyar, kekalahan dalam peperangan dengan kuasa-kuasa lain dan akhirnya kejatuhan selepasPerang Dunia I.
Peta daerah-daerah di Tanah Jajahan St. Stephen (taklukan sebenar Kerajaan Hungary dan Croatia-Slavonia), 1886-1918
Pada bulan Mac1919, tampuk pemerintahan Hungary diambil alih oleh pihakKomunis untuk tempoh yang singkat sebelum negara ini diduduki oleh pihakRomania sehingga bulan November tahun yang sama. Pada Februari tahun berikutnya,Kerajaan Hungary kembali di tangan orang tempatan dengan pemulihan sistem beraja yang menjadikan LaksamanaMiklós Horthy sebagai Pemangku Raja.
Zaman antara berakhirnya Perang Dunia I dan bermulanya Perang Dunia II menyaksikan ketidakstabilan hebat dalam ekonomi dan politikKerajaan Hungary. ApabilaPerang Dunia II meletus,Hungary bersekutu denganKuasa Paksi yang dipimpinJerman Nazi danItaliFasis sebelum mengakui kekalahan pada tahun1945.
Selepas perang, Hungary kuat dipengaruhi fahaman Komunis yang dibawa masuk oleh pendudukanSoviet. Hungary menjadi sebuahnegara komunis di bawah kepimpinanMátyás Rákosi yang didapati rakyatnya sebagai kejam lalu tercetusnyaRevolusi Hungary 1956 yang kurang berjaya. Kerajaan Komunis ini tumbang pada tahun 1989 seiringan dengan kejatuhan Kesatuan Soviet, maka Hungary memelukekonomi pasaran dandemokrasi pelbagai calon. Hungary menjadi ahliKumpulan Visegrad pada tahun 1991, menyertaiNATO pada tahun 1999, dan menjadi ahliKesatuan Eropah pada1 Mei2004.
Presiden Republik yang dipilih olehparlimen setiap lima tahun, berperanan lebih kepada keupacaraaan, seperti memilih tarikh pilihanraya parlimen.
Perdana Menteri dipilih oleh parlimen dan hanya boleh dilucutkan jawatan jika penggantinya dipilih serentak (undi tidak percaya yang membina). Perdana Menteri ini memilih akan menteri-menterikabinet serta memeganghak eksklusif untuk melucutkan jawatan mereka. Setiap calon kabinet hendaklah tampil di hadapan sebuah atau lebih jawatankuasa parlimen dalam perbicaraan terbuka dan hendaklah menerima restu rasmi daripada Presiden.
SebuahDewan Undangan (Országgyűlés) yang tunggal dengan seramai 386 ahli merupakan badan berkuasa negeri yang tertinggi, meluluskan dan melaksanakan perundangan yang ditaja oleh Perdana Menteri. Pilihanraya parlimen kebangsaan diadakan setiap empat tahun.
SebuahMahkamah Perlembagaan dengan 11 ahli berkuasa untuk mencabar perundangan atas dasar berlawanan dengan perlembagaan.
Secara pentadbiran, Hungary dibahagi kepada 19daerah. Tambahan pula, ibu negaranya (főváros),Budapest, bebas daripada mana-mana pentadbiran daerah. Daerah-daerah dan ibu negara ini merupakan 20 unit peringkat ketigaNUTS Hungary.
Daerah-daerah ini dibahagi lagi kepada 167subkawasan (kistérségek), dan Budapest terdiri daripada subkawasan sendirinya. Sejak tahun 1996, daerah-daerah ini serta Bandaraya Budapest dikelompokkan kepada 7kawasan untuk tujuan statistik dan pembangunan. Tujuh rantau ini membentuk unit peringkat kedua NUTS Hungary.
Terdapat juga 23 bandar dengan hak kedaerahan (megyei jogú város) atau "daerah perbandaran." Pihak berkuasa bandar-bandar ini diluaskan lagi kuasanya, namun bandar-bandar ini tetap tergolong dalam wilayah daerah masing-masing dan bukannya merupakan unit yang berasingan.
Kira-kira separuh landskap Hungary terdiri daripada dataran tanah rata atau beralun diLembangan Karpatos: kawasan padang yang terpenting termasukDataran Hungary Kecil di barat, danDataran Hungary Besar di tenggara. Altitud tertinggi dari paras laut pada Dataran Hungary Besar cuma 183 meter.
Transdanubia ialah sebidang rantau yang berbukit dengan muka tanah yang pelbagai ketinggiannya kerana gunung-ganang yang rendah. Ini termasuklah bentangan timur banjaranAlps,Alpokalja, di barat negara,Gunung Sederhana Transdanubia di rantau tengah Transdanubia, dan pergununganMecsek danVillány di selatan. Puncak tertinggi kawasan ini ialahÍrott-kő di banjaran Alps, iaitu 882 meter.
Hungary terbahagi dua oleh jalan air utamanya, iaituSungai Danube (Duna); sungai-sungai besar yang lain termasukTisza danDráva, manakala di Transdanubia adaTasik Balaton, sebuah isian air yang besar. Tasik terma terbesar di dunia,Tasik Hévíz (Hévíz Spa), terletak di Hungary. Tasik kedua terbesar dalamLembangan Karpatos ialahTasik Tisza (Tisza-tó) buatan manusia.
Hungary mengalamiiklim benua, iaitu dengan musim sejuk yang dingin, mendung dan lembap serta musim panas yang agak panas. Suhu purata tahunan adalah pada 9.7 °C (49.5 °F). Suhu terpanas adalah pada 42 °C (110 °F) manakala suhu tersejuk pada −29 °C (−20 °F). Suhu purata musim panas ialah 27 hingga 35 °C (81 hingga 95 °F), manakala suhu purata musim sejuk ialah 0 hingga −15 °C (32 hingga 5 °F). Curahan hujan purata tahunan adalah kira-kira 600 milimeter (24 in). Sebuah rantau kecil di bahagian selatan negara berdekatanPécs menikmati reputasi sebagai kawasan beriklim Mediterranean, tatapi sebenarnya hanya lebih panas sedikit berbanding tempat-tempat lain di negara dan juga bersalji pada msuim sejuk.
Hungary terus menunjukkanpertumbuhan ekonomi sebagai salah sebuah negara ahli baru Kesatuan Eropah (sejak 2004). Sektor swasta meliputi 80%KDNK. Hungary memperoleh hampir satu pertiga daripada segalapelaburan langsung asing yang mengalir masuk ke Eropah Tengah.Pemilikan dan pelaburan asing berleluasa dalam firma-firma Hungary, dengan pelaburan langsung asing kumulatif mencecah AS$23 billion sejak tahun 1989.Penarafan kredit hutang kedaulatan Hungary ialah BBB+ pada Julai 2006, menjadikan Hungary satu-satunya negara EU yang tidak menikmati skor A selain Poland.Inflasi danpengangguran kian meningkat selama beberapa tahun lalu, dan dijangka terus meningkat lagi. Kepercayaan pelabur asing dalam ekonomi Hungary turut merosot, kerana mereka mendapati bahawa langkah-langkah ketat yang dirancang pada separuh kedua 2006 tidak memuaskan, yang mana tumpuan mereka terutamanya pada menaikkan pendapatan dan bukan menyekat perbelanjaan kerajaan. Langkah-langkah pembaharuan ekonomi sepertipembaharuan kesihatan,pembaharuan cukai, dan pembiayaankerajaan tempatan sedang ditangani kerajaan sekarang.
Kerajaan Hungary telah meluahkan hasratnya untuk memeluk matawangeuro antara tahub 2010 dan 2014[14]. Bagaimanapun, penganalisa asing banyak mengkritik tarikh tersebut (2010) sebagai sangat tidak realistik kerana keadaan semasa ekonomi dibandingkan dengankriteria Maastricht; penilaian mereka mendapati bahawa tarikh 2013-2014 untuk pemelukan Euro lebih realistik.
Hungarian cuisine juga merupakan sifat yang penting dalam budaya Hungary, dengan hidangan-hidangan tradisional sepertigoulash (gulyás ataugulyásleves) yang menjadi sebahagian penting dalamdiet Hungary. Masakan Hungary sering ditambah perisapaprika.Stew sering didapati dengan unsur-unsur tipikal sepertidaging khinzir ataulembu, misalnya seperti yang digunakan dalampörkölt. Terdapat juga pelbagai pencuci mulut yang lazimnya berperisa buah-buahan dan berasaskan pastri (rétes). Makanan ialah sebahagian besar budaya Hungary dan tindakan menolak makanan yang ditawarkan selalunya dianggap tidak sopan.
Kesusasteraan Hungary baru-baru ini meraih perhatian di luar sempadan Hungary (kebanyakannya melalui terjemahan ke bahasa Jerman, Perancis dan Inggeris). Sebilangan pengarang Hungary moden makin popular di Jerman dan Itali terutamanyaSándor Márai,Péter Esterházy,Péter Nádas danImre Kertész. Kertész ialah seorang pengarang kontemporari berketurunan Yahudi yang berjaya merempuhi Holokus dan memenangiHadiah Nobel untuk kesusasteraan pada tahun 2002.
Orang Hungary juga terkenal kerana kekuasaan mereka dalamsukan akuatik, terutamanyasukan renang,polo air danberkanu; mula-mulanya ini agak memeranjatkan kerana Hungary tidak berpantai. Sebaliknya, kehadiran dua batang sungai utama (Duna danTisza) dan sebuah tasik besar (Balaton) memberi peluang baik untuk melatih sukan-sukan ini. Sebilanganpemain pedangsabre terhebat juga berasal dari Hungary.
^abElter, István (1997). "A magyarok elnevezései arab forrásokban [The Names of the Magyars in Arabic Sources]".Honfoglalás és nyelvészet [The Occupation of Our County and Linguistics] (dalam bahasa Hungary). Budapest: Balassi Kiadó. m/s. 266.ISBN963-506-108-0. Diarkibkan daripadayang asal pada 2014-04-13. Dicapai pada2013-10-01.[halaman diperlukan]