Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Hubei

Koordinat:31°12′N112°18′E / 31.2°N 112.3°E /31.2; 112.3
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jangan terkeliru denganHebei.
Wilayah Hubei
湖北省
Transkripsi Nama
 • Bahasa Cina湖北省 (Húběi Shěng)
 • SingkatanHB / (pinyin:È)
Pemandangan Gaung Xiling
PemandanganGaung Xiling
Peta menunjukkan lokasi Wilayah Hubei
Peta menunjukkan lokasi Wilayah Hubei
Koordinat:31°12′N112°18′E / 31.2°N 112.3°E /31.2; 112.3
Ibu kota
(dan bandar terbesar)
Wuhan
Pembahagian pentadbiran13 prefektur, 102 daerah, 1235 bandar
Pentadbiran
 • Setiausaha (CPC)Ying Yong
 • GabenorWang Xiaodong
Keluasan
 • Jumlah185,900 km2 (71,800 batu persegi)
 • Pemeringkatanke-13
Aras tertinggi
3,105 m (10,187 ft)
Penduduk
 (2015)[3]
 • Jumlah58,500,000
 • Pemeringkatanke-9
 • Kepadatan310/km2 (820/batu persegi)
  • Pemeringkatanke-12
Demografi
 • Kumpulan EtnikHan: 95.6%
Tujia: 3.7%
Miao: 0.4%
 • Bahasa dan dialekMandarin Barat Daya, Mandarin Jianghuai,Gan, Xiang
Kod ISO 3166CN-HB
KDNK(2017)CNY 3.65 trilion
USD 540.94 bilion[4] (ke-7)
 • per kapitaCNY 61,971
USD 9,179 (ke-11)
HDI(2014)0.754[5] (tinggi) (ke-13)
Laman sesawangwww.hubei.gov.cn
(Tulisan Cina Ringkas)

Hubei (Bahasa Cina:湖北;pinyin: Húběi;Ejaan peta pos:Hupeh) ialah sebuahwilayah di kawasan pedalamanRepublik Rakyat China. Singkatannya ialah (pinyin: È), iaitu satu nama kuno yang berkaitan dengan bahagian timur wilayah ini sejakDinasti Qin. NamaHubei bermaksud "utara tasik", iaitu kedudukan Hubei di utaraTasik Dongting. Ibu wilayah Hubei ialahWuhan.

Hubei bersempadan denganHenan di utara,Anhui di timur,Jiangxi di tenggara,Hunan di selatan,Chongqing di barat, danShaanxi di barat laut.Empangan Tiga Gaung yang terkenal terletak diYichang, di bahagian barat Hubei, dan begitu jugaUniversiti Tiga Gaung.

Satu nama tidak rasmi yang popular untuk Hubei ialahChu (Bahasa Cina:;pinyin: Chǔ), bersempenaNegara Chu perkasa yang pernah wujud di sini ketikaDinasti Zhou Timur.

Pembahagian pentadbiran

[sunting |sunting sumber]

Hubei terbahagi kepada 13bahagian peringkat wilayah (iaitu 12bandaraya peringkat prefektur dan satuprefektur autonomi), serta tigabandaraya peringkat daerah yang ditadbir secara langsung dan satu kawasan perhutanan peringkat daerah yang ditadbir secara langsung.

Bandaraya separa peringkat prefektur:

Bandaraya peringkat prefektur:

Prefektur autonomi:

Tiga buah bandaraya peringkat daerah pentadbiran langsung yang lebih tepat dihuraikan sebagaibandaraya peringkat sub-prefektur:

Kawasan perhutanan peringkat daerah:

Ekonomi

[sunting |sunting sumber]

Hubei sering digelar "Tanah Ikan dan Beras" (Bahasa Cina:鱼米之乡;pinyin: yú mǐ zhī xiāng). Keluaran pertanian terpenting di Hubei termasukkapas,beras,gandum, danteh, manakala perindustriannya termasukkereta, metalurgi, jentera, janaan kuasa, tekstil, makanan dan komoditi teknologi tinggi.

Sumbergalian yang banyak didapati di Hubei termasukboraks,hongsyiit,wolastonit,garnet,batu napal,besi,fosforus,tembaga,gipsum,rutil,garam batu, paduanemas,mangan danvanadium. Simpananarang boleh pulih di wilayah ini berada pada 548 juta ton, iaitu dianggap sederhana berbanding wilayah-wilayah lain di China.

Sebaik sahaja disiapkan,Empangan Tiga Gaung di Hubei barat akan menyediakan kuasahidroelektrik yang kuat, dengan penghasilan kuasa tahunan dijangka pada 84,700 Gwh. Stesen hidroelektrik sedia ada termasukGezhouba,Danjiangkou,Geheyan,Hanjiang,Duhe,Huanglongtan,Bailianhe,Lushui danFushui.

Ekonomi Hubei adalah yang ke-12 terbesar di negara dan KDNK nominalnya untuk tahun2006 ialah 749.7 bilion yuan (AS$96.9 bilion) dan per kapita 13,169 yuan (AS$1,709).

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^"Hubei--Survey" (dalam bahasa Inggeris). Ministry Of Commerce - People's Republic Of China. 25 April 2007.Diarkibkan daripada yang asal pada 5 August 2013. Dicapai pada8 April 2018.Hubei {...} an area of 185,900 square km.
  2. ^湖北 [Hubei] (dalam bahasa Cina). The Central People's Government of the People's Republic of China. 26 March 2013.Diarkibkan daripada yang asal pada 8 July 2016. Dicapai pada7 June 2016.全省国土总面积18.59万平方公里
  3. ^"Communiqué of the National Bureau of Statistics of People's Republic of China on Major Figures of the 2010 Population Census [1] (No. 2)" (dalam bahasa Inggeris). National Bureau of Statistics of China. 29 April 2011. Diarkibkan daripadayang asal pada 27 July 2013. Dicapai pada4 August 2013.
  4. ^湖北省2017年国民经济和社会发展统计公报 [Statistical Communiqué of Hubei on the 2017 National Economic and Social Development] (dalam bahasa Cina). Statistical Bureau of Hubei. 2018-02-27.Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-22. Dicapai pada2018-06-22.
  5. ^"China National Human Development Report 2016"(PDF) (dalam bahasa Inggeris).United Nations Development Programme. m/s. 146.Diarkibkan(PDF) daripada yang asal pada 2017-01-07. Dicapai pada2017-12-05.

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]

Koordinat:30°58′04″N,112°13′53″E

Provinsi
Bendera Republik Rakyat China
Kawasan autonomi
Kawasan perbandaran
Kawasan pentadbiran khas
1 Dituntut oleh Republik Rakyat China, tetapi kini ditadbirRepublik China. (Lihat jugaTaraf politik Taiwan)
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Hubei&oldid=5997444"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp