Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Hotmail

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Microsoft Hotmail
Fail:Hotmail logo.png
Fail:Windows Live Hotmail.png
Microsoft Hotmail inbox
Maklumat umum
URLwww.hotmail.com
JenisWebmail
Tersedia dalam36 languages
Ditubuhkan1996Sunting nilai ini di Wikidata
Pengurusan dan pentadbiran
PemilikMicrosoft
PenciptaMicrosoft(mul)TerjemahSunting nilai ini di Wikidata
PengasasSabeer Bhatia andJack Smith
Kandungan dan sokongan
KomersialYes
PendaftaranRequired
Pengguna369 million(March 29, 2011)[1]
Dilancarkan pada4 Julai 1996; 29 tahun yang lalu (1996-07-04)
Status terkiniOnline
LesenProprietary
Pembangun webMicrosoft(mul)TerjemahSunting nilai ini di Wikidata
Perangkaan
Kedudukan Alexa 2,688 (August 2012[kemas kini])[2]
sunting ·sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Microsoft Hotmail, dahulunyaMSN Hotmail danWindows Live Hotmail, ialah sebuah perkhidmatanweb-based email percuma yang dikendali olehMicrosoft dalam kumpulanWindows Livenya.

Hotmail diasaskan olehSabeer Bhatia danJack Smith sebagai salah satu perkhidmatan e-mel percuma berasaskan web yang terawal di dunia[3], pada Julai 1996 dengan nama "HoTMaiL", yang mana huruf-huruf besar dalam namanya menyatakanHTML, iaitu bahasa pengekodan yang digunakan diJaringan Sejagat. Hotmail dibiayai oleh firmamodal terokaDraper Fisher Jurvetson. Pada tahun 1997, Hotmail dibeli oleh Microsoft dengan harga kira-kira $400 juta, lalu dijenamakan semula sebagai "MSN Hotmail". Versi sekarang, "Windows Live Hotmail", diumumkan secara rasmi pada tahun 2005 lalu dikeluarkan ke seluruh dunia pada tahun 2007.

Windows Live Hotmail menampung muatan e-mel sebanyak 5GB tetapi boleh dibesarkan lagi jika perlu,[4]langkah-langkah keselamatan yang berpaten,[5]teknologi Ajax, dan penyepaduan denganWindows Live Messenger,Spaces,Calendar, danContacts[6]. Hotmail digunakan oleh lebih 270 juta pengguna di seluruh dunia pada tahun 2008, dalam 36 bahasa.[7][8]

Kumpulan-kumpulan pembangunan dan operasi Hotmail bertapak diMountain View, California.

Am

[sunting |sunting sumber]

Begitu juga dengan perkhidmatan e-mel sesawang yang lain, Hotmail menggunakan teknik-teknikAjax serta menyokong pelayan internet popular (Internet Explorer,Safari, danMozilla Firefox). Antara ciri-cirinya termasuk kawalanpapan kekunci yang memberikan keupayaan melayari halaman tanpa menggunakantetikus, keupayaanmencari[9] mesej dengan sintaks pertanyaan berstruktur seperti "from:ebay", penapis mesej, penyusunan mesej dalam folder, pelengkapan alamat hubungan secara automatik ketika menulis mesej, pengumpulan rakan-rakan hubungan, mengimport dan mengeksport senarai hubungan dalam fail-failCSV, pemformatanteks kaya, tandatangan teks kaya, penapisanspam dan pengimbasanvirus, sokongan berbilang alamat, dan pelbagai versi bahasa. CapaianPOP3 kini disediakan untuk semua akaun Hotmail.[10]

Ciri-ciri

[sunting |sunting sumber]
  • Pemain audio (Audio player)
Pemain audio bersepadu yang memainkan mel suara atau petikan audioMP3 selepas failnya diimbas untuk mencegahvirus.
  • Persepaduan
Hotmail bersepadu dengan perkhidmatan Windows Live yang lain. Pengguna boleh melihat sama ada rakan-rakan hubungan diWindows Live Messenger berada atas talian, lalu memulakan sembangIM dari Hotmail. Persepaduan denganWindows Live People memberikan keupayaan mengemas kini maklumat rakan-rakan hubungan secara automatik, di samping menyalurkan suapan Terbaru dari pengguna yang terdapat dalamWindows Live Profile.Windows Live Calendar juga boleh dicapai melalui antara muka Hotmail dan apa-apa rancangan yang dijadualkan oleh pengguna lain boleh dimasukkan ke dalam kalendar pengguna.
  • Pasang segera (Quick add)
Membolehkan pengguna membuat carian denganBing lalu menyiratkan hasil carian ke dalam mesej e-mel. Maklumat yang didapati dari pasang tambah segera ini termasuk hasil carianpeta, restoran, waktu tayangan filem, gambar,video dan senarai syarikat.
  • Anak tetingkap bacaan (Reading pane)
Rekaan Hotmail berketengahkan penampilan bergaya Outlook, iaitu terdiri daripada anak tetingkap bacaan untuk melihat peti masuk dan mesej serentak, fungsi tarik dan lepas, kekunci pintas Ctrl atau Shift untuk memilih mesej dan mengklik kanan menu konteks. Begitu juga dengan Outlook, anak tetingkap bacaan boleh dipaparkan di sebelah atau di bawah mesej, atau disorokkan.
  • Keselamatan
Antara ciri-ciri keselamatan yang terpasang dalam Hotmail termasuk imbasan virusWindows Live OneCare,SenderID,Pengesahan SMTP, pengesanan pemancing data secara heuristik, Bonded Sender, pengesanan senarai mel, dan pengesanan penghantaran.[5] Mana-mana mel yang mungkin tidak selamat ditahan oleh Hotmail agar mesejnya tidak dibuka atau pembukaan lampirannya dilarang sehingga dibenarkan oleh penggunanya. Ini bertujuan membanteras kegiatanpemancing data. "Bar keselamatan" (safety bar) terletak di atas setiap mesej sebagai makluman untuk memastikan sama ada pengguna mengenali pengirim dan kandungan melnya selamat atau tidak.
  • Penyemak ejaan (Spell checker)
Seperti perisianMicrosoft Office, Hotmail dilengkapi keupayaan menyemak ejaan kata-kata ketika ditaip. Kata-kata yang tersalah eja ditandakan garis bawah merah, dan apabila diklik kanan menyenaraikan ejaan betul. Jika pelayar web pengguna disertakan penyemak ejaan sendiri, maka ciri-ciri penyemak ejaan Hotmail ditutup untuk memberi laluan kepada penyemak ejaan pelayar web.
  • Tema
Hotmail menawarkan beraneka tema untuk menghiasi antara muka Hotmail. Tema yang dipilih akan turut dipasang di seluruh perkhidmatan Windows Live yang lian.
  • Lampiran (Attachment)
Hotmail membolehkan pengguna menghantar dan menerima lampiran yang bersaiz sehingga 10 MB.

Pendaftaran

[sunting |sunting sumber]

Ketika mendaftar, pengguna baru boleh memilih satu alamatdomain Hotmail (cth. @hotmail.com, @live.com dan @msn.com).

Lihat juga

[sunting |sunting sumber]

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
Section inimemerlukanpetikan danrujukan tambahan untukpengesahan. Sila bantumemperbaiki rencana ini dengan menambahkan petikan kesumber-sumber yang boleh dipercayai. Bahan yang tidak disahkan mungkin akan dipertikai dandipadam.
Cari sumber: "Hotmail" – berita ·akhbar ·buku ·sarjana ·JSTOR
(October 2008) (Ketahui cara dan masa untuk membuang pesanan templat ini)
  1. ^Hachman, Mark (September 9, 2011)."Microsoft to Talk About 'Reinvented' Hotmail Next Month".PC Magazine.
  2. ^"Hotmail.com Site Info".Alexa Internet. Diarkibkan daripadayang asal pada 2014-07-19. Dicapai padaAugust 3, 2012.
  3. ^"The "Hotmail" Evolution".
  4. ^Hotmail Staff."Hotmail will soon bring you more of your requests, better performance".Microsoft. Dicapai pada2007-08-14.
  5. ^abImran Qureshi."Why Kahuna is different (part 2)".Microsoft. Dicapai pada2007-03-30.[pautan mati kekal]
  6. ^"Windows Live Hotmail Fact Sheet".
  7. ^Ralat petik: Tag<ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaitnewsonline.com
  8. ^Hotmail staff."We Heard You Loud and Clear".Microsoft. Dicapai pada2007-03-23.
  9. ^"salinan arkib". Diarkibkan daripadayang asal pada 2009-12-12. Dicapai pada2009-11-23.
  10. ^"POP3 Technology Has Now Rolled Out To Hotmail Customers Worldwide".

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
Servis web
Software applications
Mobile services
Developer services
Discontinued
Perisian meja
Perisian pelayan
Teknologi
Harta-benda web
Permainan
Perkakasan
Pendidikan dan
pengenalan
Pelesenan
Kritikan
Isu undang-undang
Ahli lembaga pengarah
Acquisitions
Berkaitan
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Hotmail&oldid=5664602"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2026 Movatter.jp