Hollywood adalah sebuah kawasan di daerahLos Angeles,California,Amerika Syarikat. Hollywood terkenal dengan industriperfilemannya di seluruh dunia. Disebabkan sejarahnya, perkataan "Hollywood" sering digunakan untuk mewakili industri perfileman Amerika. Kini, sebahagian industri wayang di sini telah berpindah ke kawasan berhampiran sepertiBurbank danWestside, namun kebanyakan industri sampingan (seperti suntingan, kesan khas, alatan, lepas-penerbitan dan pencahayaan) kekal di Hollywood.
Walaupun bukan merupakan sesuatu yang biasa di peringkat sub-daerah, Hollywood mempunyai sempadan yang jelas sejak 2005. Mengikut banci pada 2000, jumlah penduduk di Hollywood ialah 208,237 orang[1]Diarkibkan 2006-09-05 diWayback Machine.