Hippokrates: Imej lazim dalam arca "potret" Rom (turisan abad ke-19)
Hippokrates dari Koos (Ἱπποκράτης ὁ ΚῷοςHippokrátēs ho Kṓos,bahasa Inggeris:Hippocrates,Arab:بُقرَاط,rumi: Buqrāṭ[1]dimelayukan sebagaiBukrat;[a] k.k. 460 SM – k.k. 377 SM) yang telah digelarkan "Bapa Perubatan" ialah salah seorang pakarperubatanYunani yang paling terkenal pada zamannya. Menurut tradisibiografi, beliau dilatih di sebuahkuil perbomohan diKos, dan mungkin merupakan pelajarHerodicus. Karya-karya yang dikatakan ditulisnya (Corpus hippocraticum, atau "Karya-karya Hippokrates") menolakkepercayaan karut dankuasa ajaib "ubat" primitif dan mengasaskan perubatan sebagai satu cabangsains. Tidak banyak diketahui terhadap kehidupan peribadi Hippokrates, tetapi sebilangan daripada pencapaian perubatanannya telah didokumenkan oleh ahli-ahli sejarah sepertiPlato (Aflatun) danArstoteles (Arsatalis).
Karya-karya Hippokrates memperkenalkan kerahsiaan penyakit, satu amalan yang masih dikekalkan pada hari ini. Ini diperihalkan di bawahSumpah Hippokrates dan karya-karyanya yang lain. Hippokrates menyarankan bahawa pakar-pakar perubatan mencatatkan dapatan dan kaedah perubatan mereka supaya rekod-rekod itu boleh disampaikan dan digunakan oleh pakar-pakar perubatan yang lain.
Hippocratic Corpus merupakan satu himpunan yang terdiri daripada hampir 60 buah karya yang ditulis antara tahun430 SM dan200 Masihi. Himpunan ini sebenarnya merupakan sekumpulan teks yang ditulis oleh banyak orang yang mempunyai sudut pandangan yang berbeza dan yang telah salah digolongkan di bawah nama Hippokrates, mungkin olehPerpustakaan Alexandria. Tiada sebarang teks yang termasuk dalamCorpus boleh dianggap sebagai ditulis oleh Hippokrates sendiri, dan sekurang-kurangnya satu daripada karya itu ditulis oleh Polybus, menantu lelakinya.
Karya Hippokrates yang paling terkenal ialahSumpah Hippokrates; bagaimanapun, teks ini bukan ditulis oleh Hippokrates sendiri. Satu peraturan perubatan terkenal yang tak lapuk dek zaman dan dianggap berasal daripada Hippokrates ialahPrimum non nocere ("pertama, buat yang tiada mudarat"); lagi satu ialahArs longa, vita brevis ("seni adalah panjang, dan hidup pendek sahaja").
Antara karya-karya berikut, tiada sebarang yang boleh membuktikan bahawa ini merupakan karya Hippokrates, tetapi telah dianggap sebagai sebahagianCorpus Hippocraticum:
Ikonografi lazim untuk parapemuisi dan ahlifalsafahYunani dikekalkan dalam "potret" arca (gambar di atas) yang dihasilkan dalam bentuk siri untuk menghiaskan vila-vila kelas beradab Rom. Kerjaya-kerya yang berubah-ubah bagi imej-imej "watak" yang diunggulkan telah dikaji oleh Paul Zanker,The Mask of Socrates: The Image of the Intellectual in Antiquity (Topeng Socrates: Imej Ahli Intelektual pada Zaman Purba) yang telah diterjemahkan oleh Alan Shapiro. Berkeley: Percetakan Universiti California, 1996.ISBN 0-520-20105-1. Sila lihatUlasan Klasik Bryn Mawr.