Henry Alfred Kissinger ([kis-sin-jer], nama lahir:Heinz Alfred Kissinger [haɪnts ˈalfʁɛt ˈkɪsɪŋɐ], 27 Mei 1923 – 29 November 2023) ialah seorangdiplomat danahli sains politik Amerika Syarikat yang berkhidmat sebagaiSetiausaha Negara dan Penasihat Keselamatan negara tersebut di bawah pemerintahan kedua presidenRichard Nixon danGerald Ford.
Keluarga beliau merupakan keturunan Yahudi yang melarikan diri daripada pemerintahanJerman Nazi pada tahun 1938. Beliau menjadi Penasihat Keselamatan Negara pada tahun 1969 dan kemudiannya serentakSetiausaha Negara Amerika Syarikat pada tahun 1973. Kissinger dianugerahkanHadiah Keamanan Nobel pada tahun 1973 untuk tindakan penuh kontroversinya merundingkan gencatan senjata diVietnam,[1] dengan dua anggota komiti mengundurkan diri sebagai tanda protes. Beliau kemudiannya cuba untuk mengembalikan hadiah itu selepasgencatan senjata tersebut gagal namun tidak berjaya membuat demikian.[2][3]
Kissinger memainkan peranan penting didasar luar negeri Amerika Syarikat antara tahun 1969 dan 1977 dengan pengamalanRealpolitiknya. Dalam tempoh ini, dia mempelopori dasardétente denganKesatuan Soviet dan merundingkan Perjanjian Damai Paris yang mengakhiri penglibatan Amerika Syarikat dalamPerang Vietnam. Beliau turut dikaitkan dengan dasar-dasar yang penuh kontroversi seperti penglibatan Amerika Syarikat dalam kudeta di Chile serta sokongan negara tersebut kepada Pakistan dalamPerang Kemerdekaan Bangladesh meskipun ia melibatkan pembunuhan beramai-ramai.[4] Setelah meninggalkan jawatannya dalam pemerintah, beliau membentuk sebuah firma perunding antarabangsa iaitu Kissinger Associates. Beliau turut menulis sebanyak satu dozen buku sejarah diplomatik sejarah danhubungan antarabangsa.
Pendapat umum mengenai Henry Kissinger sangat dipertelingkahkan. Beberapa wartawan, aktivis dan peguam hak asasi manusia peguam telah mengutuk beliau sebagai seorang penjenayah perang,[5][6][7] manakala beberapa ilmuwan pula menganggapnya sebagai Setiausaha Negara A.S yang paling berkesan sejak tahun 1965.[8] Sejak memegang jawatannya yang terkenal itu, nasihatnya sangat dikehendaki para pemimpin dunia, termasuklah Presiden-Presiden Amerika Syarikat yang berikutnya.
^Feldman, Burton (2001).The Nobel Prize: A History Of Genius, Controversy, and Prestige. Arcade Publishing. m/s. 16.ISBN978-1-55970-537-0.
^Dommen, Arthur (2002).The Indochinese Experience of the French and the Americans: Nationalism and Communism in Cambodia, Laos, and Vietnam. Indiana University Press. m/s. 878.ISBN9780253109255.
^Nevius, James (13 Februari 2016)."Does Hillary Clinton see that invoking Henry Kissinger harms her campaign?". The Guardian. Dicapai pada23 Oktober 2016.[…] many consider Kissinger a war criminal, most famously Christopher Hitchens, who, in a lengthy two-part article for Harper’s in 2001 (later expanded into the book and documentary, The Trial of Henry Kissinger), laid out his case that Kissinger should be brought up on charges 'for war crimes, for crimes against humanity, and for offenses against common or customary or international law, including conspiracy to commit murder, kidnap, and torture'.Cite has empty unknown parameter:|dead-url= (bantuan);Italic or bold markup not allowed in:|publisher= (bantuan)