Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Hebron

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hebron
חֶבְרוֹן
الخليل
al-Khalil
al-Halil
Bandar Hebron
Bandar Hebron
Mohor rasmi Hebron
Mohor
TerritoryTebing Barat
Pentadbiran
 • MayorMustafa Abdel Nabi
Aras
930 m (3,050 ft)
Penduduk
 (2006)
 • Jumlah166,000
Zon waktuUTC+2 (IST)
 • Musim panas (DST)UTC+3 (IDT)
Laman sesawanghebron-city.ps

Hebron (Arab:الخليل,al Khalīl;Ibrani:חֶבְרוֹןḤevron) merupakan sebuah bandar di kawasanTebing Barat,Palestin yang dicerobohiIsrael. Di sinilah terletaknyaBukit Hebron.

Hebron didiami oleh 166,000 penduduk Palestin dan seramai 700 penduduk Israel. Ia dianggap bandar kedua paling suci oleh penganutagama Yahudi selepasBaitulmaqdis.

Nama "Hebron" berasal daripada perkataan bahasa IbraniHaver, yang bermaksud "rakan". Dalam bahasa Arab pula, nama "al-Khalil" berasal daripada إبراهيم الخليل (Ibrahim al-Khalil) yang merujuk kepadaAllah memilihNabi Ibrahim a.s. sebagai rakan-Nya menurut agamaIslam.

Hebron terkenal kerana merupakan lokasiAl-Haram Al-Ibrahimi (bahara Arab: الحرم الإبراهيمي, bahasa Ibrani: מערת המכפלה,Me'arat HaMachpela,bahasa Inggeris:Cave of the Patriarchs), sebuah tempat suci bagi agamaagama Yahudi,Kristian danIslam. Al-Haram Al-Ibrahimi merupakan makamNabi Adam a.s. danHawa (Adam danEve),Nabi Ibrahim a.s. dan Sara (Abraham danSarah),Nabi Ishak a.s. (Isaac danRebekah) danNabi Ya'akub a.s. (Jacob danLeah).

Terletak 30 km selatan dari Baitulmaqdis, hasil Hebron terkenal termasuklah anggur, batu kapur, tembikar dan barang kaca hiasan. Di sini juga terdapat dua universiti, iaitu Universiti Hebron dan Universiti Politeknik Palestin.

Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Hebron&oldid=6042709"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2026 Movatter.jp