Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Havana

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kolaj Havana

Nama penuh bandarHavana (Jawi: هاۏانا;bahasa Sepanyol ialahCiudad de La Habana . Biasanya dipanggilLa Habana atau rasminyaSan Cristóbal de la Habana.

Jumlah penduduk 2.2 juta, bandar terbesar diCuba dan di KepulauanCaribbean. Kedudukannya 144km tenggaraFlorida. Havana satu daripada 14wilayahCuba.

Ia terletak di Timur Laut Semenanjung Cuba, menghadapSelat Florida .

Sejarah

[sunting |sunting sumber]

Havana mula dijelajah oleh orang Eropah ketikaSebastián de Ocampo pada 1509.

PenjelajahDiego Velázquez de Cuéllar menjumpai Havana pada 25 Ogos1515 di bahagian pantai Selatan pulau ini yang dikenali dengan namaSurgidero de Batabanó.

Bandar Havana yang asal bukan lokasi sekarang. Havana dipindahkan ke lokasi sekarang yang dikenali sebagaiPuerto de Carenas pada 1519.

Lanun

[sunting |sunting sumber]

Sebenarnya Havana adalah pelabuhan perdagangan yang membekalkan bekalan makan dan minuman kepada ahli pelayaran dan pedagang. Pelabuhan ini sering diserang oleh lanun yang bermaharaja lela di laut Carribean. Ini termasuklah orang Peranchis bernama Jacques de Sores. Berlaku perebutan antara Peranchis dan Sepanyol untuk memonopoli perdagangan di sini.

Antara barang dagangan ketika itu ialah emas, gangsa, alpaca, bulu dari Andes, emerald dariColombia, kayumahogani dariCuba danGuatemala, kulit dariGuajira,rempah-ratus,pewarna dariCampeche,jagung, dankoko.

Beribu-ribu kapal dari seluruh dunia bertemu dan memunggah barangan di pelabuhan Havana lalu dihantar ke Sepanyol.

Pada1563, pejabat Ketua Gabenor Cuba pindah dari Santiago ke Havana. Pada 20 Disember1592,Raja Philip II dariSepanyol menetapkan Havana sebagai sebuah bandar raya.

Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Havana&oldid=5392655"
Kategori:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp