Yang Berbahagia Dato' Haji Hasan Adli Mohd Arshad DPCM (Perak); JSM | |
|---|---|
| Menteri Kerajaan Tempatan dan Wilayah Persekutuan | |
| Dalam jawatan 5 Mac 1976 – 8 Julai 1978 | |
| Timbalan Menteri Buruh dan Tenaga Rakyat | |
| Dalam jawatan 5 September 1974 – 4 Mac 1976 | |
| AhliParlimen Malaysia bagiBagan Datok,Perak | |
| Dalam jawatan 1974–1982 | |
| Didahului oleh | Sulaiman Bulon |
| Digantikan oleh | Yahya Zakaria |
| Dalam jawatan 1959–1964 | |
| Didahului oleh | Konstituensi baharu |
| Digantikan oleh | Wan Abdul Kadir Ismail |
| Kawasan pilihan raya | Kuala Terengganu Utara |
| Timbalan PresidenParti Islam Se-Malaysia | |
| Dalam jawatan 1969–1977 | |
| Presiden | Mohd Asri Haji Muda |
| Didahului oleh | Mohd Asri Haji Muda |
| Digantikan oleh | Abu Bakar Umar |
| Duta Besar Malaysia Ke Republik Arab Mesir | |
| Dalam jawatan November 1978 – Oktober 1981 | |
| Raja | Sultan Haji Ahmad Shah |
| Didahului oleh | Shahuddin Mohd Taib |
| Digantikan oleh | Abdullah Zawawi Mohamed |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | (1929-04-17)17 April 1929 |
| Meninggal dunia | 1 Oktober 1987(1987-10-01) (umur 58) |
| Parti politik | |
| Anak | Ata Abdul Munim |
Dato' HajiHasan Adli bin Mohd Arshad (Pak Aji) (17 April 1929 – 1 Oktober 1987) merupakan ahli politik diMalaysia. Beliau merupakanMenteri Wilayah Persekutuan pertama di Malaysia (dahulunya Menteri Kerajaan Tempatan dan Wilayah Persekutuan), dan bekas Timbalan PresidenParti Islam Se-Malaysia (PAS) dari 1962 hingga 1972. Beliau merupakan salah satu dari 12 orang ahliJawatankuasa Rukun Negara yang dilantikTun Abdul Razak, Perdana Menteri Kedua Malaysia pada tahun 1970 yang menggubal Rukun Negara Malaysia bersama tokoh-tokoh negara seperti bekas Menteri KewanganTun Tan Siew Sin,Profesor Dr. Syed Hussein Alatas danTan Sri Muhammad Ghazali bin Shafie. Beliau juga telah mewakili Malaysia ke Perhimpunan AgungBangsa-Bangsa Bersatu (United Nations General Assembly) di New York pada tahun 1975. Beliau menang bertanding dalamPilihan raya umum Malaysia 1974 dan1978 bagi kawasanBagan Datoh,Perak.
Hasan Adli bersekolah diSekolah Melayu Bagan Pasir dan diMadrasah Al Ulum Al Syariah diBagan Datoh. Madrasah ini diasaskan oleh bapanya. 1941, belajar pula di Madrasah Al-Akhlak Al Islamiah,Masjid Tinggi,Bagan Serai. Mudir sekolah itu ialah Haji Abdul Rahman Arshad, sepupu kepada ayah beliau.
1954-1955 menjadi guru di madrasah bapanya diBagan Pasir . Beliau menubuhkan Persatuan Guru-guru Sekolah Agama Rakyat Perak bersama-sama Haji Abdul Samad Noh. Beliau banyak membaca dan mengkaji pemikiranMuhammad Abduh,Hassan al Banna ,Mustafa Al-Ghalayin,Sheikh Abdullah Fahim,Sheikh Tahir Jalaluddin,Sheikh Fadhlullah Shuhaimi, Dr.Burhanuddin Al Helmi , UstazAbu Bakar Baqir, Prof.Hamka,Muhammad Natsir,Hassan Bandong danAbdul Qahar Muzakkar.
Beliau juga meminati pidato PresidenSukarno dan penyairAngkatan 45,Indonesia,Khairil Anwar. Oleh itu beliau berkebolehan menulisrencana,sajak dancerpen berunsur Islam.
Hasan Adli telah lahir di Mekah dan berketurunanBanjar dariBanjarmasin. Kedua-dua ibubapanya adalah dari keturunan Banjar dari Banjarmasin, walaupun ibu kepada ayahnya adalah keturunan bangsawan Pulau Kei, Sulawesi Tenggara. Bapanya, Haji Arshad bin Haji Muhammad Salleh seorang ulama besar yang berasal dari sebuah perkampungan kecil diKei, DaerahTual, ProvinsiMaluku Tenggara di kepulauan Indonesia. Pada tahun 1918 Haji Muhammad belayar dariBanjarmasin dan menetap di Tanah Melayu. Pada 1953, Bapanya mengasaskan dan menjadi guru besar Madrasah al-Ulum as-Syar'iyyah, Batu 20Bagan Datoh,Perak. Bapanya adalah ulama yang sangat dihormati dan mendapat pendidikan dari Mekah.
Bapanya, Haji Arshad berkahwin dengan Saiyah Ujal dari Kampung Parit Dayang,Bagan Datoh dan semasa mengerjakanhaji diMekah , Hassan Adli dilahirkan.
Anak lelaki tunggal beliau, Ustaz Ata Abdul Munim merupakan calon PAS untuk parlimen Bagan Datuk pada pilihanraya umum ke-14 (PRU-14).[1]
Beliau tewas ketika bertanding dalamPilihan raya umum Malaysia 1955 di kawasanTelok Anson menentang calonPerikatan,Bahaman Samsudin. Ketika ituBagan Datoh termasuk dalam kawasan Teluk Intan/ Hilir Perak.
Beliau menang dalamPilihan raya umum Malaysia 1959 diKuala Terengganu Utara. Tapi tewas semula dalamPilihan raya umum Malaysia 1964 diHilir Perak. Beliau juga tewas di DUN Rungkup, Perak kepada Lope Hashim Ketong
Pada 1953 beliau menjadi ahliPAS pada usia 24 tahun. Pada 1954 menjadi Ketua Dewan Pemuda PAS.
Pada 1962, Hasan Adli menjadi Timbalan Yang Dipertua Agung PAS sementara Dr.Burhanuddin Al Helmi sebagai Yang Dipertua. Semasa Tan SriAsri Haji Muda menjadi Yang Dipertua PAS pada tahun 1965, Hassan Adli kekal sebagai Timbalan Yang Dipertua sehingga tahun 1972.
Beliau juga Setiausaha PAS Hilir Perak . PAS Hilir Perak yang ketika dipimpin oleh Dato'Othman Abdullah. PAS Bagan Datoh melahirkan ramai pemimpin seperti Haji Ahmad Ali, Ustazah Zaharah Othman, Dato' Hassan Adli dan Ustaz Jaiz Anwar. Dato'Mohd Ghazali Abdullah,ayah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Lo'lo', Mufti Perak dan Timbalan Yang Dipertua Agung PAS pernah mengajar di madrasah ini.
Ustaz Hassan Adli adalah SetiausahaPersatuan Guru-guru Madrasah Agama Rakyat Perak (PGMR). Ulama seperti Tuan Guru Abdul Samad Noh sering melawat madrasah ini.
Pada 1974, ketika PAS bergabung denganBarisan Nasional, beliau menganjurkan Persidangan Pengerusi-pengerusi Sekolah Agama Rakyat di Al Ulum ,Bagan Pasir ,Bagan Datoh bagi mengesyorkan dan merangka sukatan pelajaran sekolah agama rakyat. Persidangan ini dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pelajaran, Dato’Abdul Rahman Talib.
Pada Ogos 1974 beliau menangPilihan raya umum Malaysia 1974 kawasan Bagan Datoh atas tiketBarisan Nasional. Lalu Perdana Menteri,Tun Abdul Razak Hussein melantik beliau sebagai Timbalan Menteri Buruh dan Tenaga Rakyat. Tahun 1975, menjadi perwakilan Malaysia kePerhimpunan Agung Bangsa-bangsa Bersatu diNew York. Tahun 1976, beliau dilantik sebagai Menteri Kerajaan Tempatan dan Wilayah Persekutuan.
Hassan Adli menang di Bagan Datoh dalamPilihan raya umum Malaysia 1978 sebagai calon bebas yang bertanding atas tiketBN kerana telah terpecat dari PAS pada 1977 apabila beliau mengambil keputusan berbeza dari yang diarahkan oleh pucuk pimpinan PAS. Beliau yang tidak menyertai UMNO masih mampu menewaskan calon PAS dengan meraih 14,294 undi.
Seterusnya beliau dilantik sebagai Duta Besar Malaysia keMesir[2],Sudan dan negara-negara berdekatan. Beliau menubuhkan asrama pelajar Perak/Malaysia yang bernilai RM600 ribu ketika bertugas diKaherah. Atas usahanya,Universiti Al Azhar mengiktiraf sijil empat senawi Madrasah A Ulum,Bagan Datoh.
Beliau berjaya mengesan ulama/ penulisKamus Marbawi iaituSheikh Idris Al Marbawi kelahiranLubuk Merbau,Kuala Kangsar,Perak. Idris Marbawi menetap di Mesir selama 55 tahun dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Persuratan ,UKM.
Pada 2 November 1985, Hassan Adli dianugerah Tokoh Sasterawan Islam oleh Persatuan Penulis dan Peminat Sastera Perak (PESAKA) diIpoh .
Atas jasa dan sumbangannya, beliau menerima gelaran Dato’ oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak pada tahun 1974.
Pada November 1977, berlaku krisis kepimpinan PAS di Kelantan apabila PAS mengundi tidak percaya terhadapMenteri Besar Kelantan,Mohamed bin Nasir. Penyokong Muhamad Nasir tidak bersetuju Muhamad Nasir ditumbangkan dan mereka merusuh diKota Bharu. Dato' HajiMohd Asri bin Haji Muda selaku Ketua Whip PAS di Parlimen mengarahkan semua ahli parlimen PAS menentang Rang Undang-Undang Darurat Kelantan jika menyokong undang-undang ini maka automatik dipecat daripada PAS. Walaupun Dato' Hassan Adli memegang jawatan Timbalan Yang DiPertua PAS pada waktu itu, beliau telah memilih untuk menyokong rang undang-undang tersebut dan dengan itu beliau automatik dipecat daripada PAS pada 8 November 1977.[3]
Pada November 1977, kerajaan mengisytiharkan darurat di Kelantan dan akhirnyaPAS disingkirkan dariBarisan Nasional.Pilihan raya kecil Kelantan 1978 diadakan selepas MAGERAN pada 11 Mac 1978. Akibatnya, Kerajaan PAS Kelantan yang telah berkuasa lebih 18 tahun jatuh ke tanganBarisan Nasional danBerjasa. Pada PRK 1978, PAS memperoleh 2 kerusi manakala BN/UMNO berjaya memperoleh 31 kerusi.
| Tahun | Kawasan | Nama | Parti | Undi | Lawan | Parti | Undi | Majoriti |
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 1955 | Telok Anson | Hasan Adli Mohd Arshad | PAS | 3,812 | Bahaman Samsuddin | Perikatan | 10,514 | 6,702 |
| 1959 | Kuala Terengganu Utara | Hasan Adli Mohd Arshad | PAS | 7,262 | Wan Abdul Kadir Ismail | Perikatan | 6,535 | 727 |
| Ibrahim Abdul Kadir | Bebas | 540 | ||||||
| 1964 | Hilir Perak | Hasan Adli Mohd Arshad | PAS | 3,845 | Othman Abdullah | Perikatan | 7,883 | 4,038 |
| Jaafar Sitik Maamor | UDP | 375 | ||||||
| 1964 | Rungkup | Hasan Adli Mohd Arshad | PAS | 2,565 | Lope Hashim Ketong | Perikatan | 6,696 | 4,131 |
| 1974 | Bagan Datoh | Hasan Adli Mohd Arshad | BN (PAS) | 15,781 | Ibrahim Karim | PEKEMAS | 2,208 | 13,573 |
| 1978 | Bagan Datoh | Hasan Adli Mohd Arshad | BN | 16,894 | Abdullah Basiran | PAS | 2,600 | 14,294 |
| Thee Ah Pow @ Thee You Min | DAP | 2,527 |
Pada 1 Oktober 1987 beliau meninggal dunia meninggalkan seorang isteri Datin Hajjah Fatimah Zaharah @ Rokiah binti Haji Nasir. Mereka mempunyai 9 orang anak; lapan perempuan dan seorang lelaki.[4]