Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Harry Potter

Rencana pilihan
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Rencana inimemerlukanpetikan danrujukan tambahan untukpengesahan. Sila bantumemperbaiki rencana ini dengan menambahkan petikan kesumber-sumber yang boleh dipercayai. Bahan yang tidak disahkan mungkin akan dipertikai dandipadam.
Cari sumber: "Harry Potter" – berita ·akhbar ·buku ·sarjana ·JSTOR
(November 2018) (Ketahui cara dan masa untuk membuang pesanan templat ini)
Tolong bantu menterjemahkan sebahagian rencana ini.
Rencana ini memerlukan kemaskini dalam Bahasa Melayu piawaiDewan Bahasa dan Pustaka. Silamembantu, bahan-bahan boleh didapati diHarry Potter(Inggeris).
Jika anda ingin menilai rencana ini, anda mungkin mahu menyemak diterjemahan Google. Walau bagaimanapun,jangan menambah terjemahan automatik kepada rencana, kerana ini biasanya mempunyai kualiti yang sangat teruk.
Sumber-sumber bantuan:Pusat Rujukan Persuratan Melayu.
Rencana ini membincangkan novel Harry Potter. Untuk watak Harry Potter, sila keHarry Potter (watak).

Harry Potter
Kejayaan francais Harry Poter telah membawa ke suatu set setem yang telah diedarkan olehRoyal Mail, yang mencirikan kulit ketujuh-tujuh buku Harry Potter.[1]
Umum
PengarangJ. K. Rowling
NegaraUnited Kingdom
BahasaInggeris
GenreDongeng,Thriller,Bildungsroman
Penerbitan
PenerbitUnited KingdomBloomsbury Publishing
Amerika SyarikatScholastic Publishing
KanadaRaincoast Books
AustraliaNew ZealandAllen & Unwin
Tarikh penerbitan
26 Jun199721 Julai2007
Jenis media
Keluaran Kulit Keras & Kulit Lembut dan
Buku Audio
HalamanUnited Kingdom 3407 (dalam jumlah)
Amerika Syarikat 4100 (dalam jumlah)

Harry Potter (Jawi: هاري ڤوتر) merupakan nama watak yang menjadi tajuk utama dalam tujuh-sirinovel fantasi ciptaanJ. K. Rowling dan filem yang berdasarkan kepada siri novel ini. Novel pertamanya,Harry Potter and the Philosopher's Stone, diedarkan pada1997, namun ceritanya berkisarkan pada hujung abad ke-20.

Di sebalik Harry Potter

[sunting |sunting sumber]

Idea Harry Potter tercetus di fikiranJ. K. Rowling atau nama sebenar beliau,Joanne Kathleen Rowling ketika menaiki kereta api dariManchester keLondon pada tahun 1990. Pada waktu itu, beliau baru berpisah dengan bekas suaminya dan mengambil inisiatif untuk menjadikan Harry Potter sebagai inspirasi hidupnya. Beliau telah mengisi masa di dalam perjalanannya itu dengan memikirkan sebaik-baiknya plot yang lengkap untuk cerita tersebut.

Sebelum wujudnya Harry Potter, hidup beliau amat susah, ibarat kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang. Hidupnya sebagai penulis tidak tentu arah lebih-lebih lagi setelah bercerai dengan bekas suaminya. Beliau kembali ke London untuk meneruskan penulisannya. Karyanya ini telah banyak kali ditolak oleh syarikat penerbitan kerana penerbitnya yang kurang berminat dan disertakan dengan bermacam-macam alasan. Akhirnya, syarikatBloomsbury memberi peluang kepadanya lalu tanpa disedari, telah mengubah hidup J. K. Rowling yang miskin dan susah kepada seorang penulis selebriti antara yang terkaya dan berpengaruh di dunia.

Kini, siri Harry Potter telah menjadi salah satu siri novel terlaris di dunia yang turut dialihbahasa kepada lebih 50 buah bahasa.

Joanne Kathleen Rowling, orang yang menjadi titik tolak kepada Harry Potter

Ringkasan

[sunting |sunting sumber]

Kisahnya mengenai seorang remaja lelaki yang bernamaHarry Potter yang mengetahui bahawa kedua ibu bapanya adalah ahlisihir pada ulang tahunnya ke-11. Dia kemudian dihantar untuk bersekolah di Sekolah SihirHogwarts. Di sana dia bertemu dengan dua orang pelajar yang kemudian menjadi rakan karibnya, Hermione Granger dan Ron Weasley. Dari situ, kehidupan Harry Potter sebagai murid sekolah sihir tersebut diceritakan sepanjang tujuh buku, yang masing-masing mencakup masa waktu satu tahun.

Hingga kini sudah ada tujuh buku yang diterbitkan. Buku keenam,Harry Potter and the Half-Blood Prince diterbitkan pada16 Julai2005. Dijadualkan kisah Harry akan berakhir pada jilid ke-7 iaituHarry Potter and The Deathly Hallows yang diterbitkan pada tahun 2007.

Siri ini juga telah dibawa ke layar filem oleh Warner Bros. Sehingga kini, semua buku telah berjaya difilemkan dan ditayangkan kepada awam.

Watak-watak

[sunting |sunting sumber]
Sampul buku pertama siri Harry Potter,Harry Potter dengan Batu Hikmat terbitan Pelangi)
Rencana utama:Senarai Watak siri Harry Potter

Anugerah

[sunting |sunting sumber]

J.K. Rowling dan siri Harry Potter telah menerima pelbagai anugerah sejak penerbitan pertamanya iaituPhilosopher's Stone termasuk empat Anugerah "Whitaker Platinum Book" (semuanya dianugerahkan pada 2001), tiga "Nestlé Smarties Book Prize" (1997-1999), dua Anugerah Buku Majlis Seni Scotland (1999 dan 2001), satu Anugerah buku kanak-kanak tahunan Whitbread, (1999), Buku WHSmith bagi tahun 2006, dan lain lagi. Pada 2000Harry Potter and the Prisoner of Azkaban telah dicalonkan bagi Novel Terbaik untuk Anugerah Hugo manakala pada tahun 2001,Harry Potter and the Goblet of Fire memenanginya pula. Penghormatan yang diterima termasuklan pujian bagi Pingat Carnegie (1997), disenarai pendek bagi AnugerahGuardian Children (1998), dan beberapa buku pilihan, pilihan penyunting dan senarai buku terbaik di Persatuan Perpustakaan Amerika, Chicago Public Library, dan Publishers Weekly.[2]

Kejayaan komersil

[sunting |sunting sumber]

PopularitiHarry Potter telah diterjemahkan kepada kejayaan kewangan Rowling, penerbitnya serta mana-mana pemegang lesen yang berkaitan denganHarry Potter. Bukunya telah terjual melebihi 325 juta naskhah seluruh dunia dan juga membawakan lonjakan kepada filem adaptasi popular yang diterbitkan olehWarner Bros, dan semuanya berjaya dengan hasil yang tersendiri sejak yang pertama lagi iaitu,Harry Potter and the Philosopher's Stone, yang menduduki senarai keempat senarai keuntungan filem tertinggi sepanjang masa dan tiga lagi filemHarry Potter menguasai 20 tempat teratas.[3] Filemnya pula telah ditukarkan menjadi lima permainan video dan dengan itu memulakan perlesenan lebih 400 produk tambahan Harry Potter (termasukiPod) yang, hingga Julai 2005, membuatkan jenama Harry Potter bernilai lebih 4 bilion dolar dan J.K. Rowling merupakanjutawandolar AS, membuatkannya, menurut sesetengah laporan, lebih kaya daripadaRatu Elizabeth II.[4][5]

Pada12 April2007,Barnes & Noble mengumumkan yangDeathly Hallows memecah rekod tempahan melebihi 500,000 salinan ditempah melalui lamannya.[6]

Penceritaan

[sunting |sunting sumber]

Novel ini lebih kepada genre sastera khayalan. Walau bagaimanapun, dalam banyak perkara, ia juga adalah Bildungsroman, novel pendidikan, yang berkisar diSekolah Sihir Hogwarts, sebuah sekolah berasrama penuh British bagi ahli sihir, yang kurikulumnya merangkumi sihir dan kuasa ajaib. Dalam hal ini, ia seolah-olah mengikut caraTom Brown's School Days oleh Thomas Hughes dan novel lain dari era Victorian dan Edwardian berkenaan kehidupan di sekolah awam British.

Ia juga, seperti yang dikatakanStephen King, "sebuah kisah misteri yang bijak", dan setiap buku dikarang seperti gaya misteriSherlock Holmes; iaitu buku-buku meninggalkan pembayang yang tersembunyi dalam setiap karangan manakala watak-watak mengecam beberapa suspek di pelbagai lokasi yang membawa kepada penamatan yang berlawanan dari apa yang difikirkan watak. Cerita tersebut diceritakan dari sudut pandangan orang ketiga yang terhad pengetahuannya; dengan beberapa pengecualian, seperti bab pembukaanHarry Potter dalam Piala Api, pembaca mengetahui rahsia cerita pada masa yang sama dengan Harry. Pemikiran dan rancangan watak lain, walaupun menonjol seperti Hermione dan Ron, adalah tersembunyi hinggalah terdedah dan diketahui oleh Harry sendiri.

Templat:SpoilerBuku siri ini cenderung mengikut rumus berikut yang ditetapkan berlaku sepanjang tahun dan berturutan. Ia boleh dibahagi kepada 6 bahagian:

1. Musim panas di rumahKeluarga Dursley: Harry menghabiskan kebanyakan masa cuti sekolah musim panasnya dengan keluarga Dursley, dalam duniaMuggle, menahan siksaan yang diterima. Bahagian ini berakhir dengan Harry pergi ke lokasi lain.

2. Penghujung musim panas - Sebelum sekolah bermula padamusim luruh: Harry akan keDiagon Alley,The Burrow atauNombor Dua Belas,Grimmauld Place. Ia berakhir dengan bertolaknya Harry ke sekolah dengan menaikikereta api sekolah di Platform 9 3/4.

3. Sesi persekolahan baru: Watak baru atau watak yang ditampilkan semula mengambil tempat, dan Harry melalui hal-hal persekolahan baru seperti esei yang menyukarkan, pertemuan yang kekok dan guru yang tidak bertimbang rasa; perkara ini lazimnya tamat sekitarHalloween.

4. Konflik timbul: Harry dan rakannya mula merasakan sesuatu yang pelik dan tidak betul berlaku dan mula bertindak balas.

5. Kemuncak atau klimaks: Harry dan rakannya menemui seuatu yang penting, dan mula meluru ke tempat-tempat tertentu bagi konflik yang besar, melibatkan pertarungan melawan watak jahat. Hal ini sering berlaku berhampiran atau selepas peperiksaan akhir.

6. Kesan peristiwa: Harry mula pulih setelah tamat pertarungan dan mendapati pengajaran yang tertentu melalui pendedahan dan penjelasan olehAlbus Dumbledore. Ia berakhir dengan Harry menaikiEkspres Hogwarts dan mula menuju ke rumah dengan keluarga Dursley.

Siri

[sunting |sunting sumber]

Buku Harry Potter

[sunting |sunting sumber]

Berikut adalah judul versibahasa Inggeris dan judulbahasa Melayu dalam kurungan.

  1. Harry Potter and the Philosopher's Stone (Harry Potter dengan Batu Hikmat;ISBN 979-655-851-3)
  2. Harry Potter and the Chamber of Secrets (Harry Potter dan Bilik Rahsia;ISBN 979-655-852-1)
  3. Harry Potter and the Prisoner of Azkaban (Harry Potter dengan Banduan Azkaban;ISBN 979-655-853-x)
  4. Harry Potter and the Goblet of Fire (Harry Potter dalam Piala Api;ISBN 979-655-854-8)
  5. Harry Potter and the Order of the Phoenix (Harry Potter dalam Kumpulan Phoenix;ISBN 979-22-0652-3)
  6. Harry Potter and the Half-Blood Prince (Harry Potter dengan Putera Berdarah Kacukan;ISBN 983-00-2594-2)
  7. Harry Potter and the Deathly Hallows (Harry Potter dengan Azimat Maut;ISBN 983-00-3303-1 )

Di Malaysia, buku-buku ini diterbitkan oleh syarikatPenerbitan Pelangi [Diarkibkan 2005-12-26 diWayback Machine].

Filem-filem

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Harry Potter (filem)
  1. Harry Potter and the Sorcerer's Stone (2001)
  2. Harry Potter and the Chamber of Secrets (2002)
  3. Harry Potter and the Prisoner of Azkaban (2004)
  4. Harry Potter and the Goblet of Fire (2005)
  5. Harry Potter and the Order of the Phoenix (2007)
  6. Harry Potter and the Half-Blood Prince (2008)
  7. Harry Potter and the Deathly Hallows(2010)

Taman Tema

[sunting |sunting sumber]

Pada 31 Mei 2007,Warner Brothers,Universal Studios danLeavesden Studios mengumumkan yang satu kawasan Harry Potter akan dibina diOrlando,Florida diUniversal Orlando's Islands of Adventure.[7] Pengumuman tersebut menyatakan "The Wizarding World of Harry Potter" sebagai "persekitaran bertemakan Harry Potter yang pertama di dunia". Menurut sidang akhbar Warner Bros., bahagian tersebut "Dijangka siap penghujung 2009. Persekitaran tersebut akan mengandungi pelbagai tarikan menarik begitu juga kedai dan restoran yang memberikan pengunjung menikmati keadaan di dunia sihir Harry Potter. Juga turut menghiasi tarikan tersebut adalah keajaiban, watak dan cerita Harry Potter akan dihidupkan dalam keadaan yang tidak pernah dirasakan pengunjung."[8] Dalam pengumuman internet dinyatakan yang rancangan tersebut telahpun mengambil masa setahun setengah dengan sumbangan daripadaJ.K. Rowling danStuart Craig[7]

SiriHarry Potter rekaanJ. K. Rowling

The Sorcerer's/Philosopher's Stonebukufilem
The Chamber of Secretsbukufilem
The Prisoner of Azkabanbukufilem
The Goblet of Firebukufilem
Order of the Phoenixbukufilem 
The Half-Blood Princebukufilem 
The Deathly Hallowsbukufilem pertama dankedua 

WatakTempatSihirSubjek -Objek -Makhluk -Buku

Kritikan, pujian dan kontroversi

[sunting |sunting sumber]

Kontroversi

[sunting |sunting sumber]

Artikel penuh:Perdebatan agama mengenai Harry Potter

Buku-buku Harry Potter telah menjadi sasaran sejumlah tindakan undang-undang, sebahagian besarnya berpunca daripada dakwaan-dakwaan oleh kumpulan-kumpulan keagamaan Amerika bahawa sihir dalam buku-buku tersebut menggalakkan amalan ilmu hitam di kalangan kanak-kanak, atau berasal daripada pelbagai konflik mengenai pelanggaran hakcipta dan cap perdagangan.

Populariti meluas dan nilai pasaran tinggi buku-buku tersebut telah menyebabkan Rowling, pihak penerbit dan pengedar filem Warner Bros. mengambil langkah-langkah perundangan untuk melindungi hakcipta mereka yang membabitkan larangan menjual barangan tiruan Harry Potter, pantauan terhadap pemilik-pemilik laman web mengenai nama domain "Harry Potter", dan pemfailan tindakan undang-undang terhadap Nancy Stouffer bagi menghadapi tuduhan beliau bahawa Rowling telah menciplak hasil karyanya.

Banyak pihak konservatif agama mendakwa bahawa buku-buku tersebut menggalakkan amalan ilmu hitam dan oleh sebab itu tidak sesuai untuk kanak-kanak, manakala sebilangan kritikan telah mengecam buku-buku tersebut kerana mempromosikan agenda-agenda politik.

Lihat juga

[sunting |sunting sumber]

Rujukan

[sunting |sunting sumber]

Nota kaki

[sunting |sunting sumber]
  1. ^"Special stamps to mark Potter book release".Australian Broadcasting Corporation. 22 Mei 2007. Dicapai pada2007-06-06.
  2. ^Arthur, Levine."Awards". Arthur A. Levine Books. Diarkibkan daripadayang asal pada 2006-04-29. Dicapai pada2006-05-21.
  3. ^"Potter book sales top 325 million". USA Today. 4 Februari 2007.
  4. ^"J.K. Rowling Richer than the Queen". BBC. 27 April 2003.
  5. ^"Harry Potter Brand Wizard". Business Week. 21 Julai 2005.
  6. ^"New Harry Potter breaks pre-order record". RTÉ.ie Entertainment. 13 April 2007. Dicapai pada2007-04-23.
  7. ^abThe Wizarding World of Harry Potter – Universal Orlando Resort
  8. ^Majendie, Paul (2007-05-31)."All aboard for the Harry Potter rollercoaster". Reuters.Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-06-02. Dicapai pada2007-05-31.

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan:Harry Potter.
Perpustakaan negara
Lain-lain
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Harry_Potter&oldid=6205379"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp