Harrison Ford (lahir 13 Julai 1942) ialah seorang pelakon dan penerbitfilemAmerika Syarikat. Beliau terkenal kerana peranan beliau sebagai Han Solo dalam trilogi asalStar Wars dan watak tajuk dalam siri filemIndiana Jones. Beliau memenangi Anugerah Saturn pada tahun 1981 dan Anugerah Bambi pada tahun 1997.
Ford dilahirkan pada 13 Julai 1942 diChicago,Illinois,USA. Keluarganya mempunyai keturunanIreland,Jerman,Rusia danYahudi.[1] Beliau belajar di Sekolah Tinggi Timur Maine di Park Ridge, Illinois dan di Kolej Ripon yang terletak diWisconsin.
Sebelum beliau menjadi pelakon, beliau bekerja sebagai seorang tukang kayu semasa tahun 1970-an.[2] Beliau ialah salah seorang pelakon yang paling berjaya di dunia. Dalam tahun-tahun awal, dia pergi berjumpa denganHarrison J. Ford untuk menghentikan kekeliruan antara beliau dan pelakon filem senyapHarrison Ford.[3][4] Filemnya mendapat keuntungan di seluruh dunia sebanyak $5.65 bilion USD. Beliau paling dikenali untuk peranan sebagai Han Solo dari Star Wars dan sebagai Indiana Jones dalam keempat-empat filem Indiana Jones. Sejak itu beliau membentuk hubungan dengan kedua-dua kerjaya bersama denganSteven Spielberg danGeorge Lucas.
Ford telah berkahwin dengan Mary Marquardt dari tahun 1964 sehingga mereka bercerai pada tahun 1979. Kemudian beliau berkahwin dengan Melissa Mathison dari 1983 sehingga mereka bercerai pada tahun 2004. Kemudian beliau berkahwin dengan Calista Flockhart pada tahun 2010. Beliau mempunyai dua anak lelaki, Benjamin dan Willard dengan Marquardt dan seorang anak lelaki, Malcolm dan seorang anak perempuan, Georgia dengan Mathison. Ford kini menetap diLos Angeles,California.
Ford menerima pencalonan diAnugerah Akademi bagi Pelakon Lelaki Terbaik menerusiWitness, yang mana beliau juga dianugerahkan "Pelakon Terbaik" BAFTA dan pencalonanAnugerah Golden Globe. Beliau menerima pencalonan di Anugerah Cecil B. DeMille di Anugerah Golden Globe 2002 dan pada 2 Jun 2003, beliau menerima bintangHollywood Walk of Fame. Beliau telah menerima pencalonan anugerah tambahan "Best Actor" untukThe Mosquito Coast,The Fugitive danSabrina.
Beliau menerima Hero Award yang pertama bagi kebanyakan peranan ikoniknya, termasuk Indiana Jones dan Han Solo, di Anugerah Scream 2007 dan pada 2008, Spike TV's Guy's Choice Award untuk Brass Balls.[5][6] Kedua-dua peranan tersebut melayakkannya menerima dua Anugerah Saturn bagi Pelakon Terbaik pada 1981 dan 2015.
Ford telah diberi penghargaan beberapa kali atas penglibatannya dalam penerbangan awam, menerima Anugerah Living Legends of Aviation dan Anugerah EAA Freedom of Flight pada 2009,[7][8] Trofi Peringatan Wright Bersaudara pada 2010,[9] dan Anugerah Kemanusiaan Al Ueltschi pada 2013.[10] Pada 2013,Flying Magazine menyenaraikannya nombor 48 dalam senarai 51 Heroes of Aviation.[11]
Harrison Ford menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat AFI pada 2000.[12]