Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Hari Wesak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Wesak
Perayaan Wesak di candiBorobudur,
Jawa Tengah,Indonesia
Nama rasmiVesākha
Vesak
Wesak
Waisak
Visakah Puja
Vaishaka
Buddha Purnima
Visakha Bucha
Saga Dawa
Juga dikenali sebagai
Trisuci Waisak
Diraikan oleh/di
Semua penganut agama Buddha
JenisAgama Buddha
KepentinganKelahiran, penerangan sempurna dan Parinibana (mangkat)Buddha
UpacaraMeditasi, mengamalkan lapan sila, berdana, "memandikan" patung bayi Putera Siddhartha
TarikhBulan penuhTaurus pertama, bulan Mei(tahun biasa) atau Jun (tahun kabisat)
Tarikh 202511 Mei (Kemboja, Myanmar, Thailand)
12 Mei (Indonesia, Malaysia, Singapura, Sri Lanka)
Tarikh 202630 April (Myanmar)
1 Mei (Kemboja, Sri Lanka, Thailand)
31 Mei (Indonesia, Malaysia, Singapura)
Berkaitan dengan
Hanamatsuri
Hari Bodhi
Suasana yang amat meriah di Tokong Maha Vihara,Kuala Lumpur,Malaysia sempena sambutan Hari Wesak.

Hari Wesak,Waisak atauVesak[1] merupakan hari terpenting diraikan penganutagama Buddha memperingati hidup pengasas ajaran mereka iaituSiddharta Gautama Buddha dalam peringkat-peringkat penting beliau iaitu kelahirannya diLumbini, pencapaiankecerahan agung selepas sekian lama bertapa dan kemangkatannya di Kusinara.[2] Perayaan ini disambut luas serataAsiaSelatan,Tenggara danTimur[3] antara bulan April hingga selewat-lewat bulan Jun, tetapi khususnya pada bulan Mei.[4]

Peristilahan

[sunting |sunting sumber]

Nama-namaWesak,Waisak (Jawi: ويسک) atauVesak (Jawi: ۏيسک) diberikan sempena tempohVaiśakha (Sanskrit:वैशाख) yang jatuh antara bulan-bulan April dan Mei dalam takwim qamari yang pernah digunakan di India suatu ketika dahulu,[2] bahkan masih dikekalkan sebutan sedemikian dalam aliranMahayana. Kata Sangsakertaवैशाख malah terserap dalam banyak batu bersuratMelayu Kuno sepertiKedukan Bukit bertarikh 682 Masihi.[5] NamaVesak rasmi digunakan diSingapura.[1] Perkataan SangsakertaVaiśakha juga turut dipinjamkan kepada bahasa-bahasa berikut:

  • Bahasa Cina:衛塞節 /卫塞节Wèisāi jié
  • Tamil:விசாகத் திருநாள்Vicākat Tirunāḷ
  • Bahasa Thai:วิสาขบูชาWisakhabucha[6]

Ia juga mempunyai beberapa nama setempat:

Sambutan

[sunting |sunting sumber]
Wesak di CandiBorobudur

Lazimnya, penganut ajaran Buddha akan mengunjungi kuil atauvihara Buddha pada waktu pagi untuk memberikan penghormatan kepada Buddha; mereka mengibarkanpanji agama yang melambangkan ajaran pegangan mereka serta mengalunkan nyanyian mengukuhkanTiga Permata yang menjadi tiang rukun anutan mereka yakni Buddha,Dhamma danSangha.[4] Para pengunjung mempersembahkan pemberian ringkas seperti bunga, lilin dancolok dan di kaki patung-patung Guru Agung mereka; barangan bunga yang cepat layu sepertimana cepat terbakarnya lilin dan colok melambangkan pendeknya usia hayat manusia yang mesti diingati.[4]

Para sami membaca kitabSutra. Selepas itu penganut Buddha akan bersembahyang dan melepaskan burung merpati. Hari Wesak juga merupakan hari memberi makan kepada orang miskin dan sedekah kepada para sami.

Tradisi mengikut negara

[sunting |sunting sumber]

Perayaan HariWaisak diIndonesia dilangsungkan secara peringkat nasional di kompleksCandi Borobudur diJawa Tengah ditandakan dengan acara-acara berikut:[7]

  1. Pengambilan air berkat darimata air (umbul) Jumprit diKabupaten Temanggung dan penyalaanobor menggunakan sumberapi abadi Mrapen,Kabupaten Grobogan.
  2. Ritual "Pindapatta", suatu ritual pemberian dana makanan kepada parasami biksu oleh masyarakat (umat) untuk memberikan kesempatan kepada masyarakat untuk melakukan kebajikan.
  3. Samadhi pada detik-detik puncak bulan purnama (yang ditentukan perhitungan falak) sehingga puncak purnama dapat terjadi pada siang hari.

DiMalaysia, umat Buddha memulakan sambutan mereka di fajar hari di mana mereka berpusu-pusu mengunjungi kuil untukbertafakur mengucapkanmanteraastasila sambil menyumbangkan makanan kepada para sami sambil ada yang giat bersembahyang.

DiSingapura, terdapat beberapa tempat yang menjadi tumpuan perayaan Wesak, iaitu kuil Kong Meng San Phor Kark See diBishan dengan upacara penebusan dosa "Tiga Langkah Satu Sembah" (Cina Ringkas:三步一拜;pinyin: sānbù yibài) unik dilakukan para pengikut[8][9] sertaKuil Gigi Buddha diKreta Ayer.[9]

Pentarikhan

[sunting |sunting sumber]

Pada zaman dahulu, banyak tarikh yang ditetapkan mengikut cara tradisi dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Penyambutan ini diseragamkan secara rasmi hasil suatu perjumpaan para anggotaPersaudaraan Buddha Sedunia di Sailan British (kini Sri Lanka moden) tahun 1950 dengan restuMaharaja Gyanendra dariNepal:[4][10]

Sidang Persaudaraan Buddha Sedunia ini merakamkan perhargaan yang sepenuhnya kepada tindakan mulia yang telah diambil oleh Duli Yang Teramat Mulia Maharaja Nepal dalam mengisytiharkan hari bulan purnama Wesak sebagai satu hari cuti umum di Nepal. Pada masa yang sama, persidangan ini dengan ikhlasnya meminta semua ketua kerajaan yang negaranya yang mempunyai penduduk agama Buddha sama ada ramai atau sedikit agar mengambil langkah mengumumkan hari bulan purnama di dalam bulan Mei sebagai Hari Cuti Umum memperingati Buddha yang diakui umum sebagai salah seorang penyumbang bakti yang terbesar kepada umat manusia.[10][4]

Pada 2000,Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengisytiharkan penyambutan Hari Wesak seluruh ibupejabat dan pejabat badan tersebut.[11]

Penghitungan hari

[sunting |sunting sumber]

Perayaan Wesak moden jatuh dengan munculnyabulan purnama. Sekiranya dua purnama yang dicerapkan bakal muncul pada tempoh yang sama, maka pihak sangha akan merayakan pada salah satu daripadanya: ada yang merayakan Wesak pada purnama pertama (termasuk Sri Lanka, Cambodia dan Malaysia) dan ada yang merayakan Wesak pada purnama kedua.[12]

Tarikh-tarikh yang dihitung untuk perayaan hari ini sejak 2001 sehingga kini (dalam kurun ke-26 antara 2500–2599 dalamtakwim Buddha) adalah seperti berikut:

Tahun
(M)
Indonesia[13]Malaysia[14]Singapura[15]Thailand[16]LaosMyanmarSri Lanka[17]Kemboja[18]Nepal, Bangladesh &
India[19][20][21]
ChinaVietnam[22]Bhutan[23]
20207 Mei 25647 Mei7 Mei6 Mei 25636 Mei 25647 Mei 25646 Mei 25647 Mei30 April7 Mei5 Jun
202126 Mei 256526 Mei26 Mei[24]26 Mei 256519 Mei26 Mei
202216 Mei 256616 Mei15 Mei
20234 Mei 25675 Mei2 Jun
202423 Mei 256823 Mei22 Mei22 Mei 256722 Mei 256823 Mei 256822 Mei 256823 Mei23 Mei23 Mei
202512 Mei 256912 Mei12 Mei

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^ab"Tarikh-tarikh cuti umum 2022 dikeluarkan, termasuk 5 cuti panjang hujung minggu".Berita Mediacorp. 6 April 2021.
  2. ^abGwynne, Paul (2017).World Religions in Practice: A Comparative Introduction. John Wiley & Sons. m/s. 240–241.ISBN 978-1-118-97228-1.
  3. ^Fowler, Jeaneane D. (1997).World Religions: An Introduction for Students. Sussex Academic Press.ISBN 1-898723-48-6.it is celebrated to mark the birth, enlightenment and the passing away of the Lord Buddha.
  4. ^abcdeBhante Dr K. Sri Dhammananda (1990).Perayaan Wesak. Buddhist Missionary Society – melalui Pengenalan kepada Buddhisme.
  5. ^Coedes, George (2014).Kedatuan Sriwijaya (ed. kedua).Depok: Komunitas Bambu. m/s. 50–2.ISBN 6029402528.
  6. ^"วิสาขบูชา".Kamus Thai-Melayu Dewan. Dewan Bahasa dan Pustaka. 2008.[halaman diperlukan]
  7. ^"Artikel tentang Upacara Waisak 2007 dari Walubi". Diarkibkan daripadayang asal pada 2007-12-10. Dicapai pada2021-05-26.
  8. ^Lee Wen-Yi (28 Mei 2018)."Devotees gather at monastery for peace and enlightenment to mark Vesak Day".The Straits Times.
  9. ^ab"Vesak Day".Roots. Lembaga Warisan Negara Singapura. Dicapai pada26 Mei 2021.
  10. ^ab"World Fellowship of Buddhists Second Two-Year Plan (B.E. 2544-2545/2001-2002)".Buddha Dhyana Dana Review Online. Buddhist Discussion Centre Australia. Dicapai pada25 Disember 2015.
  11. ^"Resolution Adopted by the General Assembly: 54/115. International recognition of the Day of Vesak at United Nations Headquarters and other United Nations offices"(PDF). United Nations. Dicapai pada6 Februari 2012.
  12. ^"Vesak festival: What is it and how do Buddhists celebrate Buddha Day or Wesak?".BBC.
  13. ^"Waisak Day (Buddha's Anniversary) in Indonesia".timeanddate.com. Dicapai pada1 March 2019.
  14. ^"Wesak Day in Malaysia".timeanddate.com. Dicapai pada1 March 2019.
  15. ^"Vesak Day in Singapore".timeanddate.com. Dicapai pada1 March 2019.select pull-down menu to see more years
  16. ^"International VisakhaBuja Date Collection".เมื่อนานาประเทศ ต่างหันหลังให้ (วันวิสาขบูชา) ไทย. Dicapai pada2 February 2012.
  17. ^"Vesak Full Moon Poya Day in Sri Lanka".timeanddate.com. Dicapai pada1 March 2019.
  18. ^"Visak Bochea Day in Cambodia".timeanddate.com. Dicapai pada1 March 2019.select pull-down menu to see more years
  19. ^"Buddha Jayanti in Nepal".timeanddate.com. Dicapai pada1 March 2019.
  20. ^"Buddha Purnima/Vesak in Bangladesh".timeanddate.com. Dicapai pada1 March 2019.
  21. ^"Buddha Purnima/Vesak in India".timeanddate.com. Dicapai pada1 March 2019.
  22. ^"Âm lịch VN".www.informatik.uni-leipzig.de.
  23. ^"Buddha's Parinibbāna in Bhutan".timeanddate.com. Dicapai pada1 March 2019.
  24. ^"Public holidays".Ministry of Manpower Singapore (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada2021-05-25.

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
CariHari Wesak dalamWikikamus bahasa Melayu, kamus bebas.
Asas
Gautama Buddha
Konsep Utama
Kosmologi
Amalan
Nirwana
Kebiaraan
Tokoh utama
Teks
Cabang
Negara
Sejarah
Falsafah
Budaya
Lain-lain
Agama Buddha dan:
Senarai
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Hari_Wesak&oldid=6549581"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2026 Movatter.jp