Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Hari Hangul

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hari HangulKorea Selatan
Hangul한글날
Perumian SemakanHangeullal
McCune–ReischauerHan'gŭllal
Hari Chosŏn'gŭlKorea Utara
Hangul조선글날
Perumian SemakanJoseongeullal
McCune–ReischauerChosŏn'gŭllal

Hari Hangul, juga dipanggilHari Pengisytiharan Hangul atauHari Abjad Korea, ialah hari istimewa kebangsaan Korea yang memperingati penciptaan dan pengisytiharan penggunaanabjad aslibahasa Korea iaituhangul (한글) olehRaja Sejong. Hari hangul disambut pada9 Oktober diKorea Selatan dan15 Januari diKorea Utara. Di Korea Utara, perayaan ini dipanggilHari Chosŏn'gŭl.

Menurut catatanSejong Sillok (세종실록;世宗實綠), pada tahun 1446, Raja Sejong mengisytiharkan penerbitan buku panduanHunmin Jeongeum (훈민정음;訓民正音) yang memperkenalkan abjad baru kepada rakyat jelata pada bulan kesembilantakwim qamari. Pada tahun 1926,Persatuan Hangul menyambut ulang tahun ke-480 pengisytiharan abjad hangul pada hari terakhir bulan kesembilan takwim qamari, bersamaan4 November ditakwim Gregory. Para ahli Persatuan tersebut mengisytiharkan julung kalinya hari "Gagyanal (가갸날)" disambut, bersempena nama jolokan bagi hangul iaitu "Gagyageul" (가갸글) yang berasaskan pembacaan senang ingat yang bermula dari "gagya geogyeo" (가갸거겨). Nama hari peringatan ini ditukar ke "Hangullal" pada tahun 1928, sebaik sahaja istilah "hangul" yang asalnya dicipta pada tahun 1913 olehJu Si-gyeong, diterima ramai sebagai nama baru abjad Korea. Ketika itu, Hari Hangul disambut mengikut takwim qamari.

Pada tahun 1931, sambutan Hari Hangul dialihkan ke29 Oktober mengikut takwim Gregory. Pada tahun 1934, timbulnya hujah bahawa dianggaptakwim Julius digunakan pada tahun 1446, maka tariknya ditukar ke28 Oktober.

Hunmin Jeongeum Eonhae

Pada tahun 1940, penemuan salinan asalHunmin Jeongeum Haerye, catatan penerangan untukHunmin Jeongeum yang dihasilkan tidak lama selepas terbitnyaHunmin Jeongeum asal, menunjukkan bahawaHunmin Jeongeum diumumkan pada 10 hari terawal bulan sembilan. Hari kesepuluh bulan kesembilan takwim qamari pada tahun 1446 bersamaan dengan9 Oktober dalamtakwim Julius. Selepas penubuhan kerajaanKorea Selatan pada tahun 1945, Hari Hangul diisytiharkan sebagai cuti pelepasan kakitangan kerajaan yang disambut pada 9 Oktober.

Taraf Hari Hangul sebagai cuti ditarik balik pada tahun 1991 atas tekanan darisyarikat besar untuk meningkatkan bilangan hari bekerja, di samping pengenalanHari Bangsa-bangsa Bersatu di Korea. Apapun, Hari Hangul masih mengekalkan taraf sah sebagai hari peringatan. Persatuan Hangul pernah cuba memulihkan taraf asal perayaan ini tetapi tidak berjaya.

Korea Utara menyambut Hari Chosŏn'gŭl Day pada15 Januari sempena apa yang dipercayai adalah tarikh sebenar penciptaanHunmin Jeongeum pada tahun 1444.

Lihat juga

[sunting |sunting sumber]

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Hari_Hangul&oldid=4148164"
Kategori:
Kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp