Hans Hube | |
---|---|
![]() Jeneral Hans-Valentin Hube, Ogos 1941 | |
Kelahiran | (1890-10-29)29 Oktober 1890 Naumburg an der Saale,Empayar Jerman |
Meninggal dunia | 21 April 1944(1944-04-21) (umur 53) Salzburg,Jerman Nazi |
Disemadikan | Invalidenfriedhof,Berlin |
Kesetiaan | ![]() ![]() ![]() |
Perkhidmatan | Tentera Darat |
Tahun perkhidmatan | 1909–44 |
Pangkat | ![]() |
Arahan | Divisyen Ke-16 Infantri,Kor XIV Panzer,Tentera Darat Pertama Panzer |
Pertempuran | Lihat pertempuran |
Anugerah | Knight Cross berserta Daun Oak, Pedang dan Berlian |
Hans-Valentin Hube (29 Oktober 1890 – 21 April 1944) adalah seorang panglima perangJerman Nazi semasaPerang Dunia II. Beliau memerintah beberapadivisyen panzer semasapencerobohan Poland,Perancis danSoviet Union. Beliau merupakan salah seorang daripada 27 penerima pingatKnight Cross berserta Daun Oak, Pedang dan Berlian, iaituanugerah ketenteraan tertinggi Jerman Nazi. Hube terkorban dalam satu nahas udara pada 21 April 1944.
Hans-Valentin Hube telah dilahirkan pada 29 Oktober 1890, diNaumburg an der Saale,Empayar Jerman. Hube menawarkan diri untuk berkhidmat dalamTentera Darat Prusia pada tahun 1909, dan bertugas dalamPerang Dunia I dimana beliau terlibat dalam pertempuranPersaingan ke Laut, dan telah dikurniakan pingatIron Cross Kelas 2 dan Knight CrossDarjah Kerabat Diraja Hohenzollern. Pada 1918, susulan berakhirnya perang yang menandakan kekalahan Empayar Jerman dan keruntuhannya, Hube secara ringkas berkhidmat dengan sayap kanan separa tenteraFreikorps semasa zaman ketidakstabilan. Hube menyertaiReichswehr, iaitu pengganti Tentera Imperial Jerman selepas penubuhanRepublik Weimar, dan meneruskan khidmat tenteranya dalamWehrmacht selepas pembentukanJerman Nazi, mencapai pangkatOberst pada tahun 1936.[1]
Hube terlibat dalampencerobohan Poland danpertempuran Perancis sebagai komander rejimen.[2] Beliau dilantik sebagai PanglimaDivisyen Ke-16 Infantri pada Jun 1940. Selaku PanglimaDivisyen Ke-16 Panzer, beliau terlibat dalamOperasi Barbarossa sebagai sebahagian daripadaKumpulan Tentera Darat Selatan Fil MarsyalGerd von Rundstedt. Untuk aksi dalam kempen ini, Hube menerima pingatKnight Cross of the Iron Cross. Pada 16 Januari 1942, beliau dikurniakan darjah Daun Oak untuk pingat Knight Crossnya semasa dalamPertempuran Kiev. Hube kemudian memimpin divisyen ini dalamFall Blau danPertempuran Stalingrad. Pada September 1942, Hube diberi memerintahKor XIV Panzer, iaitu formasi induk Divisyen Ke-16 Panzer.
Hube memerintah Kor XIV semasa penyerangan balas Soviet,Operasi Uranus. Beliau dinaikkan pangkat keGeneralleutnant dan menerima darjah Pedang untuk pingat Knight Cross berserta Daun Oak dari Adolf Hitler sendiri pada 21 Disember 1942. Ketika berada diMarkas Führer diRastenburg, Hube berhujah dengan kuat, tetapi tidak berhasil, supaya Hitler membenarkan Tentera Darat Ke-6 untuk memecah keluar. Sebaliknya, Hitler berjanji akan membuat serangan bantuan yang baru pada pertengahan bulan Februari. Hube menyampaikan rancangan tersebut kepada Paulus setelah kembali ke kawasan kepungan itu. Namun, Hube telah diarahkan keluar sekali lagi pada 10 Januari untuk "mengatur semula bantuan kepada Tentera Darat Ke-6."[3]
Selepas kemusnahanTentera Darat Ke-6, Hube telah dihantar kebarisan Mediterranean. Beliau mewujudkanGruppe Hube di Sicily, sebuah formasi bersaiz tentera darat medan yang ditugaskan untuk mempertahankan posisi Jerman di pulau itu. Dengan kemunculanOperasi Husky pada 10 Julai, Hube memerintah keseluruhan pertahanan Jerman. Pada 17 Julai 1943 Hube diberi memerintah semua pasukan tentera darat danFlak di pulau itu. Hube mengatur pemindahan ke semenanjungItali. Beliau telah menyediakan garisan defensif yang kuat, iaitu 'Garis Etna' disekitarMessina, yang akan membolehkan pihak Jerman membuat satu pengunduran yang progresif sambil memindahkan sebahagian besar ketumbukannya ke tanah besar.Patton memulakan serangannya ke atas garisan diTroina, tetapi ia adalah tulang belakang pertahanan dan dilindungi dengan kuat. Walaupun berdepan dengan tiga pendaratan amfibia yang 'serentak' pihak Jerman berjaya mengelak sebahagian besar ketumbukan mereka daripada ditawan, dan mengekalkan rancangan pemindahan mereka. Mengundurkan sejumlah besar ketumbukan dari ancaman ditawan di Sicily menunjukkan kejayaan besar bagi pihak Paksi. Hube kemudian terlibat dalam pertempuran mempertahankan posisi-posisi diSalerno semasaOperasi Avalanche pihak Bersekutu.
Hube telah dipindahkan sekejap keFührerreserveOKH. Pada 23 Oktober 1943, Hube dilantik sebagai Pemangku PanglimaTentera Darat Pertama Panzer yang berjumlah 200,000 orang, kemudian berkhidmat denganKumpulan Tentera Darat Selatan dibawah Fil MarsyalErich von Manstein. Pada Februari 1944, Hube secara rasmi disahkan sebagai Panglima Tentera Darat Pertama Panzer. Sejurus selepas itu,III. Panzerkorps, salah satu unit Hube, diperlukan untuk membantu ketumbukan Jerman memecah keluar dariKelompok Korsun-Cherkassy. Tidak lama kemudian, pasukan Hube telah dikepung dalam kelompok berhampiranKamenets-Podolsky. Hube memimpin pelepasan keluar yang mana bermula dari 27 Mac 1944 sehingga 15 April 1944.
Pada 20 April 1944, Hube kembali ke Jerman dimana Adolf Hitler sendiri mengurniakan beliau dengan darjahBerlian untuk pingat Knight Cross dan menaikkan pangkat keGeneraloberst kerana prestasi terbaiknya di Sicily, Salerno dan dalam kelompok Kamenets-Podolsky. Hube terkorban apabila pesawat yang membawanya ke Berlin terhempas selepas berlepas dariSalzburg pada 21 April 1944.
Hube telah diberikanpengebumian negara di Berlin pada 26 April 1944. Kerandanya telah diletakkan diReich Chancellery daneulogi telah disampaikan olehHeinz Guderian.Pengawal kehormat terdiri daripada para jeneralWalther Nehring,Hermann Breith,Heinrich Eberbach danHans Gollnick. Hube dikebumikan diTanah Perkuburan Invalid di Berlin.[4]
Pegawai tentera | ||
---|---|---|
Didahului oleh GeneralleutnantHeinrich Krampf | Panglima16. Infanterie-Division 1 Jun 1940 – 1 November 1940 | Diikuti oleh: General der InfanterieFriedrich-Wilhelm von Chappuis |
Didahului oleh GeneraloberstEberhard von Mackensen | Panglima1. Panzerarmee 29 Oktober 1943 – 21 April 1944 | Diikuti oleh: GeneraloberstErhard Raus |
PageModul:Sister project links/bar/styles.css has no content.