Hannah Yeoh AP | |
|---|---|
| 杨巧双 حنة[1]يوه تسيو سوان | |
| Menteri Belia dan Sukan | |
| Menyandang jawatan 3 Disember 2022 | |
| Raja | Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (2022-2024) Sultan Ibrahim Ismail (2024-kini) |
| Perdana Menteri | |
| Timbalan | |
| Didahului oleh | |
| AhliParlimen Malaysia bagi P117Segambut Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur | |
| Menyandang jawatan 16 Julai 2018 | |
| Didahului oleh | |
| Majoriti | 59,684 (PRU-15) 45,702 (PRU-14) |
| Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat | |
| Dalam jawatan 2 Julai 2018 – 24 Februari 2020 | |
| Raja | Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah |
| Perdana Menteri | |
| Menteri | |
| Didahului oleh | |
| Digantikan oleh | |
| Yang di-Pertua Dewan Negeri Selangor | |
| Dalam jawatan 21 Jun 2013 – 25 Jun 2018 | |
| Didahului oleh | |
| Digantikan oleh | |
| AhliDewan Negeri Selangor untuk N31Subang Jaya | |
| Dalam jawatan 08 Mac 2008 – 9 Mei 2018 | |
| Didahului oleh | |
| Digantikan oleh | |
| Majoriti | 28,069 (PRU-13) 13,851 (PRU-12) |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | Yeoh Tseow Suan (1979-01-09)9 Januari 1979 (umur 46) |
| Parti politik | |
| Pasangan | Ramanchandran Muniandy (k. 2008) |
| Anak | 2 |
| Tempat belajar | |
| Pekerjaan | Ahli politik |
| Bidang pengkhususan | Peguam |
| Laman web | Hannah Yeoh's Personal Blog |
PuanHannah Yeoh Tseow Suan (lahir 9 Januari 1979) ialah ahli politik wanitaMalaysia berketurunanCina. Beliau kini berkhidmat sebagaiMenteri Belia dan Sukan Malaysia dan Ahli ParlimenSegambut.
Dilahirkan diSubang Jaya, Yeoh pernah belajar di SK Seri Subang Jaya, SK SS19 dan SMK Subang Utama, selepas itu beliau menyambung pelajarannya di University of Tasmania,Australia pada tahun 1998 dan memperoleh ijazahundang-undangnya pada tahun 2001. Beliau diiktiraf menjadipeguam olehBadan Peguam Malaysia pada bulan Januari 2003, dan kemudian mendapat pengiktirafan oleh Mahkamah Agung Tasmania selepas memperolehCertificate of Legal Practice (Sijil Praktik Guaman) diTasmania. Yeoh kemudian bertugas sebagai peguam diPetaling Jaya selama tiga tahun sebelum berpindah ke syarikat pengurusan upacara pada tahun 2006.[2]
Didorong oleh Edward Ling, rakan sekolahnya, supaya menyertai duniapolitik, kedua-dua Yeoh dan Ling menyertaiParti Tindakan Demokratik (DAP) CawanganDamansara pada akhir tahun 2006. Yeoh memilih untuk menyertai DAP walaupun parti itu merupakan sebuah parti pembangkang kerana beliau berasa bahawa pendirian parti politik itu adalah yang paling tekal, walaupun pemimpinnya sering diugut olehAkta Keselamatan Dalam Negeri yang membenarkan penahanan tanpa sebarang perbicaraan.

Diilhamkan olehTony Pua, Pengerusi Cawangan Damansara, yang meletakkan jawatan untuk menyertai DAP sepenuh masa, Yeoh mengikut jejak Pua dan meletakkan jawatannya sejurus sebelumpilihan raya umum pada bulan Mac 2008 untuk menumpukan sepenuh masanya sebagai seorangahli politik.
Dalam pilihan raya tersebut, Yeoh bertanding untuk kerusiAhli Dewan Undangan Negeri di kawasan pilihan rayaSubang Jaya, sebuah kubuBarisan Nasional, dan memenangi dengan majoriti sebanyak 13,851. Justeru itu, Ling yang merupakan pengurus kempennya dilantik sebagai setiausaha politik kepada Yeoh.
| Tahun | DUN | Undian diperolehi | Majoriti | Undian keseluruhan | Lawan |
|---|---|---|---|---|---|
| 2008 | N31 Subang Jaya | 23,459 | 13,851 | 33,067 | Ong Chong Swen (BN - MCA) |
Yeoh mengendalikan sebuah pusat perkhidmatan dan operasi yang ditempatkan di sebuah kedai yang terletak di 24, Jalan SS14/1A, Subang Jaya untuk memudahkan pertemuan dengan penduduk kawasannya serta untuk mengatasi masalah mereka. Beliau terperanjat apabila dibanjiri oleh masalah-masalah remeh-temeh daritikus sehinggalampu jalan yang sepatutnya ditangani oleh anggota majlis tempatan.[3] Memahami bahawa peranannya adalah untuk "mewakili para pengundinya dengan berkesan dari segi dasar pada peringkatDewan Undangan Negeri" dan bukan untuk mengatasi "masalah longkang", strategi Yeoh adalah untuk menggalakkan pengambilan anggota Majlis Perbandaran yang bermutu dari kalangan wakil penduduk.
Pada 4 Ogos 2010,Malaysiakini melaporkan bahawa terdapat satu surat pekeliling berhubung pemimpin-pemimpin BN yang boleh dijemput bagi menghadiri majlis yang dianjurkan oleh sekolah-sekolah di Selangor tetapi membelakangkan pemimpin daripada Pakatan Rakyat dilabelkan sebagai contoh sifat 'pilih kasih' kerajaan persekutuan.Menurut surat yang bertarikh 16 Feb 2009 itu,Menteri Pelajaran Malaysia telah meluluskan senarai 57 pemimpin dariUMNO,MCA,MIC danGerakan diSelangor yang boleh mewakiliTan Sri Muhyiddin Yassin di negeri itu. Yeoh dalam laman tweet pernah mempersoalkan kandungan pekeliling itu dan berkata beliau mempunyai senarai pemimpin BN yang diluluskan itu.“Saya tidak dibenarkan menghadiri sebarang majlis di sekolah-sekolah di kawasan saya. Ini tidak betul kerana ia menghantar isyarat yang salah kepada kanak-kanak bahawa seseorang terpaksa menerima apa yang diberikan. Mereka tidak dibenarkan memilih pemimpin sendiri,” katanya.
Namun, katanya, dia dibenarkan ke sekolah lamanya - SMK Subang Utama - selepas campur tangan Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru.[4]
Seorang yang memelukagama Kristian dan berkahwin dengan bangsa yang lain, pendirian Yeoh terhadaprasuah dan masyarakat pelbagai bangsa adalah nyata sekali. Sejurus selepas beliau menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri, beliau terkejut apabila mendapati bahawa meskipun rakyat selalu merungut tentang rasuah dan amat sangat ingin perubahan, masih terdapat orang yang rela menawarkannya wang untuk memudahkan dan mempercepat kelulusan projek. Bagi seorang yang menyertai dunia politik, bukan untuk kuasa atau keuntungan peribadi tetapi sebaliknya, untuk memastikan sebuahkerajaan yang bersih atas kepentingan generasi-generasi yang akan datang, Yeoh jelasnya merupakan suatu contoh unggul dalam kalangan ahli politik muda yang baharu yang muncul untuk memberikan pengertian baharu kepada apa yang dimaksudkan dengan ungkapan "perkhidmatan kepada negara."