Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Hanjin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sebuahkapal kontena Hanjin,Hanjin Athens.

Hanjin Group (한진 그룹) ialah sebuahkonglomeratKorea Selatan, atau "Chaebol". Kumpulan ini memiliki syarikat perkapalanHanjin Shipping (termasukHanjin Logistics) dan syarikat penerbangan,Korean Air (KAL) yang diambil alih pada tahun 1969. Dengan pegangan majoritinya dalamSenator Lines,Hanjin-Senator ialah syarikat pengangkutan dan perkapalankontena yang kelapan terbesar di dunia.

Sejarah

[sunting |sunting sumber]

Sejarah Hanjin bermula selepas berakhirnyaPerang Dunia Kedua pada 1November1945. Di awal penubuhannya, pelanggan terbesar Hanjin ialahTentera Darat Amerika Syarikat, yang menjadi pengguna utama khidmat pengangkutan barangan ke Korea danVietnam. Syarikat ini menandatangani kontrak utama dengan Tentera Darat ke-8 Amerika Syarikat pada bulan November 1956, dan satu lagi kontrak dengan keseluruhanAngkatan Tentera Amerika Syarikat di Vietnam, termasukTentera Laut Amerika Syarikat danTentera Udara Amerika Syarikat. Pada bulan November 1969, Hanjin memasuki perniagaan perkapalan kontena selepas menandatangani perjanjian denganSea-Land Service,Inc. Ia membukalaman kontena pertamanya kurang daripada setahun kemudiannya , pada bulan September 1970, diPelabuhan Pusan.

Pada penghujung tahun 70-an, syarikat ini mula memasuki pasaranTimur Tengah selepas menandatangani kontrak dengan kerajaanKuwait di pelabuhanShuwaik (September 1977), denganArab Saudi di pelabuhanDammam (Mac 1979) dan di pelabuhanJeddah (Mei 1980).

Pada bulan Mac 1990, syarikat ini mula menerokai pasaran trak dan gudang dengan pembelianKorea Freight Transport Company. Dua tahun kemudian, pada bulan Jun 1992, ia menubuhkanHanjin Express, yang menyediakan perkhidmatan kurier.

Subsidiari tersenarai di bursa saham

[sunting |sunting sumber]
  • Hanjin Heavy Industries & Construction
  • Hanjin Shipping
  • Hanjin Transportation
  • Korea Airport Service
  • Korean Air
  • Meritz Investment Bank

Subsidiari yang lain

[sunting |sunting sumber]
  • Meritz Fire & Marine Insurance
  • Hanil Country Club/Hanil Leisure
  • Hanjin Information System & Telecommunication
  • Hanjin Travel Service
  • Hankuk Aviation University
  • Inha University
  • Inha University Hospital
  • Jeongseok Education Foundation
  • Jeongseok Enterprise
  • Jin Air
  • KAL Catering
  • Keoyang Shipping
  • Korea Engineering Consultant
  • Korean French Banking
  • Senator Lines
  • TOPAS-Total Passenger Service System
  • TRAXON-Global Logistics System Korea

Lihat juga

[sunting |sunting sumber]

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Hanjin&oldid=5230106"
Kategori:
Kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp