Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Hangul

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hangul (한글)
Chosŏn'gŭl (조선글)[1]
Jenis tulisan
PenciptaRajaSejong
Tempoh masa
~1443 hingga kini
Arah tulisanLeft-to-right, vertical right-to-left Sunting ini di Wikidata
Bahasa-bahasaBahasa Korea
Bahasa Cia-Cia (mulai 2009)[2][3][4]
ISO 15924
ISO 15924Hang(), ​Templat:ISO 15924 name
Unikod
Alias Unikod
Hangul
 Laman ini mengandungitranskripsi fonetik daripadaAbjad Fonetik Antarabangsa (AFA). Untuk panduan pengenalan simbol-simbol AFA, sila lihatBantuan:AFA. Untuk membezakan simbol[ ],/ / dan ⟨ ⟩, sila lihatIPA § Tanda-tanda kurung dan pembatas-pembatas transkripsi.

Hangul (Mengenai audio inidengar (bantuan·maklumat)) ialahabjad untukBahasa Korea yang berbeza dari sistem logographicSino-Koreanhanja.[5] Hangul merupakanskrip untukKorea Utara,Korea Selatan sertaWilayah Autonomi Korea Yanbian diChina, dan kini juga dijadikan sistem tulisanbahasa Cia-Cia yang ditutur diPulau Buton,Sulawesi,Indonesia.

Hangul ialah sistem abjadfonemik yang disusun mengikut blok-bloksuku kata. Setiap blok mengandungi sekurang-kurangnya 24 aksara Hangul(jamo): sekurang-kurangnya satu dari setiap 14konsonan dan 10vokal. Asalnya, abjad ini mempunyai beberapa aksara tambahan(lihatjamo usang). Untuk penerangan fonologi sila lihatfonologi bahasa Korea.

Penamaan

[sunting |sunting sumber]
Perkataanhangeul (Perumian semakan)
ditulis dalam Hangul

Nama rasmi

[sunting |sunting sumber]

Sejarah

[sunting |sunting sumber]
Sehelai mukasuratHunmin Jeong-eum. Jalur Hangul sahaja, keempat dari kiri, (나랏말ᄊᆞ미), menampakkan diakritik tekanan nada di kiri blok suku kata.
Sejarah Huruf

Zaman Gangsa Pertengahan 19–15 SM

Maruwi 3 SM
Salasilah lengkap

Hangul disebarkan oleh raja keempatDinasti Joseon,Sejong Agung.Jiphyeonjeon (Dewan Orang-orang Besar) sering diiktiraf kerana hasil ini, tetapi catatan menunjukkan bahawa kakitangan cendekiawan baginda mengecam raja kerana baginda tidak berunding. Raja Sejong barangkalinya mengerjakannya secara rahsia, mungkin sekali dengan ahli-ahli kerabat diraja yang lain, kerana ditentang golongan elit berpendidikan.

Projek ini siap pada akhir tahun 1443 atau awal tahun 1444, lalu diterbitkan dalam satu dokumen bertajukHunminjeongeum ("Bunyi-bunyi yang Tepat untuk Pendidikan Rakyat") pada tahun 1446 yang turut memberi namanya kepada abjad ini. Tarikh penerbitanHunmin Jeongeum, 9 Oktober 9, dijadikanHari Hangul diKorea Selatan. Peristiwa yang seumpamanya disambut diKorea Utara pada 15 Januari.

Pelbagai spekulasi mengenai proses penciptaan hangul dileraikan oleh penemuanHunmin Jeong-eum Haerye (Penjelasan dan Contoh "Hunmin Jeong-eum") keluaran tahun 1446 pada tahun 1940. Dokumen ini menerangkan rekaan huruf konsonan menurutfonetik artikulasi dan huruf vokalnya menurut prinsipyin danyang dankeselarasan vokal.

Raja Sejong menerangkan bahawa baginda mencipta tulisan baru ini kerana bahasa Korea berbeza daripada bahasa Cina; penulisan aksara Cina (yang dikenali sebagaiHanja) sukar sekali untuk digunakan rakyat biasa dan hanya golongan aristokrat lelaki(yangban) yang fasih membaca dan menulis Hanja. (Sebilangan kecil ahli kerabat diraja perempuan juga boleh memahaminya ke suatu takat). Kebanyakan orang Korea semestinya buta huruf sebelum terciptanya Hangul.

Hangul direka agar orang biasa boleh belajar membaca dan menulis;Haerye menyatakan "Yang bijaksana boleh memaklumkan diri dengannya (hangul) sebelum pagi berlalu; yang bodoh boleh mempelajarinya dalam ruang sepuluh hari."[6]

Hangul menghadapai tentangan hebat oleh golongan elit celik huruf, sepertiChoe Manri dan cendekiawanConfucian yang lain pada 1440-an, yang percaya bahawa hanja satu-satunya sistem tulisan yang sah. Pemerintah-pemerintah seterusnya turut memandang dingin Hangul.Yeonsangun, raja ke-10, melarang kajian atau penggunaan Hangul dan mengharamkan catatan Hangul pada tahun 1504, manakalaKing Jungjong membubarkan KementerianEonmun pada tahun 1506. Sebelum tindakan rasmi ini dijalankan pun, Hangul sudah digunakan secara meluas oleh kaum wanita dan tidak berpendidikan.

Abad ke-16 memperlihatkan kebangkitan semula Hangul, dengan kesusasteraangasa diikuti semaraksijo. Pada abad ke-17, novel Hangul menjadi genre utama.[7]

Berikutan kebangkitankebangsaan Korea pada abad ke-19, cubaan Jepun untuk memutuskan Korea darikawasan pengaruh Cina, serta tekanan penyokongPembaharuan Gabo, Hangul akhirnya diterima dalam dokumen rasmi buat julung kalinya pada tahun 1894. Buku teks sekolah rendah mula menggunakan Hangul pada tahun 1895, manakalaDongnip Sinmun yang ditubuhkan pada 1896, adalah antara akhbar-akhbar terawal yang dicetak hanya dalam Hangul.[8]

Selepas Koreadiilhak oleh Jepun pada tahun 1910, Hangul mula-mulanya diajar dalam sekolah yang diasaskan pihak Jepun,[9] manakala bahasa Korea ditulis dalam campuran Hanja dan Hangul, yang mana kebanyakan kata akar leksikal ditulis dalam Hanja dan bentuk-bentuk tatabahasa dalam Hangul. Bagaimanapun, bahasa Korea dilarang dalam sekolah pada tahun 1938 sebagai sebahagian dasarasimilasi budaya,[10] dan semua penerbitan bahasa Korea diharamkan pada tahun 1941.[11]

Ejaan Hangul diselaraskan oleh sekumpulan akademik pimpinanJu Sigyeong dalam hasil penerbitan sepertiSistem Hangul yang Diselaras pada tahun1933, dan juga satu sistem untuk mentransliterasi ortografi bahasa asing diterbitkan pada tahun 1940.

Sejak meraih kemerdekaan dari Jepun pada tahun 1945, orang-orang Korea menggunakan Hangul atau Hangul campuran sebagai sistem tulisan tunggal, manakala penggunaan Hanja kian merosot. Sejak 1950-an, adalah agak sukar untuk mendapati hanja dalam tulisan perniagaan atau tidak rasmi di Korea Selatan, dengan beberapa akhbar di negara ini hanya menggunakan hanja sebagai singkatan atau penyahkaburhomonim.

Jadual huruf

[sunting |sunting sumber]

Konsonan

[sunting |sunting sumber]
Hangul
AwalRumigkkndttrmbppsss'[note 1]jjjch[note 2]h
IPA/k//k͈//n//t//t͈//ɾ//m//p//p͈//s//s͈/[tiada]/tɕ//t͈ɕ//tɕʰ//kʰ//tʰ//pʰ//h/
AkhirRumikkntlmpttngttktpt
IPA/k̚//n//t̚//ɭ//m//p̚//t̚//ŋ//t̚//t̚//k̚//t̚//p̚//t̚/

ㅇ dipakai seumpama hurufArab/Jawiاalif untuk menulis suku kata atau perkataan yang bermula dengan hurufvokal, peletakkan ia di hujung perkataan pula sepadan dengan hurufڠnga memberi sebutanng (misalnya dalam "nganga"). Hal ini turut tergambar pada nama aksara ini iaitu이응'i-eung yang boleh dijawikan sebutannya sebagai ⟨اييوڠ‎ ⟩.

Vokal

[sunting |sunting sumber]
Hangul
Rumiaaeyayaeeoeyeoyeowawaeoeyouwowewiyueuui/

yi

i
IPA/a//ɛ//ja//jɛ//ʌ//e//jʌ//je//o//wa//wɛ//ø/ ~ [we]/jo//u//wʌ//we//y/ ~ [ɥi]/ju//ɯ//ɰi//i/

Bahasa Korea Pertengahan pernah menggunakan tanda ㆍ atau아래아arae a mewakilivokal bundar belakang luas (/ɒ/) yang kini masih terpelihara dalam loghat pulauJeju.[12]

Nota

[sunting |sunting sumber]
  1. ^or not written
  2. ^In Revised Romanization, are typically romanized simply ask,t,p, without a bottom dot.

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^LihatNama rasmi danNama-nama Korea.
  2. ^"Indonesian tribe to use Korean alphabet".Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-08-12. Dicapai pada2009-08-12.
  3. ^(LEAD) Indonesian tribe picks Korean alphabet as official writing system
  4. ^Indonesian Tribe Picks 'Hangeul' as Writing System
  5. ^http://www.wdl.org/en/item/4166
  6. ^Hunmin Jeongeum Haerye,postfaceJeong Inji, ms. 27a, diterjemah olehGari K. Ledyard,The Korean Language Reform of 1446, p. 258
  7. ^http://enc.daum.net/dic100/viewContents.do?&m=all&articleID=b24h2804b Korea Britannica article
  8. ^http://enc.daum.net/dic100/viewContents.do?&m=all&articleID=b24h2804b
  9. ^GambarDong-a Ilbo (동아일보)
  10. ^http://enc.daum.net/dic100/viewContents.do?&m=all&articleID=b24h2804b
  11. ^http://lcweb2.loc.gov/frd/cs/krtoc.html, di bawah The Media
  12. ^Yang, Changyong; Yang, Sejung; O'Grady, William (October 2019).Jejueo: The Language of Korea's Jeju Island. Honolulu, Hawaii: University of Hawaiʻi Press. m/s. 18–9.ISBN 9780824874438.

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
Huruf asas
Konsonan tunggal
 · · · · · · · · · · · · ·
Vokal tunggal
 · · · · · · · · ·
Hangul
Huruf berganda
Konsonan glotis
 · · · ·
Diftong
 · · · · · · · · · ·
Kluster
 · · · · · · · · · ·
Huruf lama
 · · · · · · · ·
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Hangul&oldid=6216454"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp