Halo: Combat Evolved (lebih dikenali sebagaiHalo danHalo 1) ialah sebuahpermainan videopemain tunggal dibangun oleh Bungie Studios. Permainan video pertama dalam siriHalo, permainan ini dikeluar pada15 November2001 dalam sistem permainanXbox,[1] dan dikenali sebagai platform "aplikasi terhandal."[6] Dengan dijual lebih daripada lima juta salinan pada19 November2005,[7] Microsoft mengeluarkan versi permainan untukMicrosoft Windows (oleh Gearbox Software) danMac OS X pada tahun2003, dan suasana cerita ditulis semula dalam sebuah siri novel. Permainan ini dikeluar semula sebagai sebuahXbox Originals untuk dimuat turun dalam sebuahcakera kerasXbox 360.
Dalam kurun ke-26 dalamHalo, pemain akan memainkan watak "Master Chief", seorangaskar-cekap dipertingkat sibernatik "SPARTAN". Pemain akan ditemankan oleh "Cortana" sebuahkecerdasan buatan. Pemain akan bertarung dengan berjenis-jenis mahkluk asing dan dalam kenderaan apabila mereka cuba untuk membongkarkan rahsia-rahsia Halo, sebuah benda yang berupa bulat. Permainan ini dipanggil "senang untuk belajar",[8] dan dipuji untuk latar belakang dan ceritanya.[9]
Banyak majalah tentang permainan memujiHalo sebagai antara permainan yang terbaik[10] dan permainan yang paling penting[11] seluruh masa. Kemasyhuran permainan ini telah membawa nama-nama seperti "klonHalo"[12] dan "Halo killer" diaplikasi pada permainan yang sama atau permainan yang lebih baik berbanding dengannya.[13][14] Sebagai tambahan, permainan ini disalin balik dan diguna semula dalam siripermainan videoRed vs. Blue, yang diketahui sebagai "kejayaan pertama" olehmachinima.[15]
Fail:Shooterisonhere.jpgMaster Chief menembak raifal tempurnya kepada sekumpulan Grunt di aras "Halo". Paparan senjata, kesihatan dan penderia gerakan dapat dilihat di pepenjuru skrin.
Sebagaipenembak diri pertama,Halo: Combat Evolved mempunyai gaya permainan yang asasnya serupa dengan permainan lain sepertinya, memfokusan pada pertempuran dalam persekitaran 3D, dan berlaku melalui pandangan mata watak hampir keseluruhannya.
^Kritikan KillzoneWill Tuttle: (dalamBahasa Inggeris) "So it was with great disappointment that I finished my review copy of Sony's Killzone, a game that was at one time unfairly labeled a "Halo killer" by some members of the gaming press."