Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Guinea

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Republik Guinea
République de Guinée
Republik ku Gine 𞤈𞤫𞤨𞤵𞤦𞤤𞤭𞤳 𞤦𞤵 𞤘𞤭𞤲𞤫
Jine ߖߌ߬ߣߍ߫
Bendera Guinea
Jata Guinea
BenderaJata
Cogan kata"Travail, Justice, Solidarité"  (Perancis)
"Kerja, Keadilan, Perpaduan"
Lagu kebangsaan"Liberté"
Lokasi Guinea
Ibu negara
dan bandar terbesar
Conakry
Bahasa rasmiBahasa Perancis
Bahasa
vernakular
KerajaanRepublik
Mamady Doumbouya
Bah Oury
Badan perundanganAssemblée Nationale
Kemerdekaan
• DariPerancis
2 Oktober 1958
Keluasan
• Jumlah
245,857 km2 (94,926 bt2) (ke-77)
• Perairan (%)
negligible
Populasi
• Perkiraan 2021
13,531,906[1][2] (ke-77)
• Bancian Penduduk 2014
11,523,261 orang[3]
40.9/km2 (105.9/sq mi)
KDNK (PPP)2020
• Jumlah
$26.451 bilion[4]
$2,390[4]
KDNK (nominal)2020
•  Jumlah
$9.183 bilion[4]
$818[4]
Gini (2012)33.7[5]
sederhana
HDI (2018) 0.466[6]
rendah · ke-174
Mata wangFranc Guinea
(GNF)
Zon waktuGMT
Kod panggilan224
Kod ISO 3166GN
DPT internet.gn

Guinea, secara rasmiRepublik Guinea (Perancis:République de Guinée), ialah sebuah negara diAfrika Barat yang dahulunya dikenali sebagaiGuinea Perancis. Bentuk wilayah Guinea melengkung. Dengan pangkal diLautan Atlantik, wilayah ini melengkung ke timur di kawasan pedalaman and berpaling ke selatan. Pangkalnya menyempadaniGuinea-Bissau sertaSenegal di utara, danMali di utara dan timur laut, manakala kawasan pedalamannya menyempadaniCôte d'Ivoire di tenggara,Liberia di selatan, danSierra Leone di barat hujung selatannya. Guinea merangkumi sungai-sungaiNiger, Senegal, danGambia.

NamaGuinea digunakan untuk kawasan yang merangkumi kebanyakan pantai barat Afrika di selatanGurun Sahara dan di utaraTeluk Guinea. Nama ini berasal daripadabahasa Berber yang lebih kurang membawa pengertian 'tanah orang hitam'.Guinea bermakna "wanita/isteri" dalambahasa Susu, salah satu bahasa yang paling banyak dituturkan di negara ini. Guinea kekadang dipanggilGuinea-Conakry untuk membezakannya denganGuinea-Bissau yang berjiran (yang mempunyai ibu negara diBissau).

Sejarah

[sunting |sunting sumber]

Kawasan yang kini dipanggil Guinea merupakan sebahagian daripada sebuah siri empayar yang bermula dengan "Empayar Ghana" pada sekitar tahun900 Masihi. Ini disusuli oleh kemaharajaanSosso padaabad ke-12 danke-13.Empayar Mali bangkit untuk berkuasa di kawasan ini selepasPertempuran Kirina pada tahun1235, dan menjadi makmur sehingga dilemahkan oleh masalah-masalah dalaman. Akhirnya, negeri-negerinya merampas kuasa padaabad ke-15. Salah sebuah negerinya yang utama, Songhai, kemudian menjadiEmpayar Songhai, dan mengatasi pendahulu-pendahulunya dari segi kawasan dan kekayaan, tetapi ia juga menjadi mangsa kepada pertengkaran dalaman danperang saudara, dan akhirnya digulingkan dalamPertempuran Tondibi pada tahun1591.

Kemudian, kawasan Guinea berpecah-belah sehingga sebuah negaraIslam yang diasaskan padaabad ke-18 membawa sedikit kestabilan kepada kawasan ini. Lagi satu peristiwa yang penting ialah ketibaan orang-orang MuslimFulani di kawasan tanah tinggi Fuuta Jalloo pada awal abad ke-18.

Orang-orangEropah yang pertama datang ke kawasan ini pada zamanPenemuan-penemuan Portugis yang memulakanperdagangan abdi sejak dariabad ke-15. Guinea masa kini dicipta sebagai sebuahtanah jajahan olehPerancis pada tahun1890, dengan Noël Balley sebagai gabenor pertama danPulau Tombo sebagai ibu negaranya. Pada tahun1895, negara ini digabungkan ke dalamAfrika Barat Perancis.

Pada28 September1958, di bawah arahanCharles de Gaulle, Perancis mengadakan sebuahpungutan suara tentangperlembagaan baru serta penubuhan Republik Kelima. Semua tanah jajahan (Algeria secara rasminya merupakan sebahagian Perancis dan bukannya sebuah tanah jajahan) diberikan pilihan antara kemerdekaan segera atau perlembagaan baru. Semua tanah jajahan kecuali Guinea mengundi untuk memilih perlembagaan baru. Oleh itu, Guinea menjadi tanah jajahan Afrika Perancis yang pertama untuk mencapai kemerdekaan pada kos kehilangan semua bantuan Perancis dengan serta-merta.

Selepas kemerdekaan, Guinea diperintah oleh diktatorAhmed Sékou Touré. Touré pada umumnya mengejar dasar-dasar ekonomisosialisme dan menumpaskan tentangan-tentangan sertakebebasan bercakap, tanpa banyak mengambil berat tentanghak asasi manusia. Selepas kematiannya pada tahun1984,Lansana Conté mengambil alih kuasa dan dengan segara, mengubah dasar-dasar ekonomi tetapi mengekalkan cengkaman kuasa yang ketat.Pilihan raya pertama diadakan pada tahun 1993, tetapi keputusannya serta keputusan pilihan-pilihan raya yang berikut dipertikaikan. Conté sering dikritik untuk keadaan ekonomi negara serta pendekatannya yang menindas terhadap penentang-penentang politiknya.

Menjelang tahun 2005, Guinea masih menghadapi banyak masalah, dan menurutKumpulan Krisis Antarabangsa, Guinea mungkin akan menjadi sebuahnegara gagal. Pada tahun 2006, duamogok dimulakan oleh pekerja-pekerja bandar raya, tetapi kedua-duanya diselesaikan dengan pantas melalui pemberian gaji yang lebih lumayan. 10 orang pelajar dibunuh untuk mematahkan sebuah tunjuk perasaan dan mengakhiri pemberontakan kecil itu. Bagaimanpun, menjelang permulaan tahun 2007, persatuan-persatuan sekerja menyeru mogok-mogok baru untuk menentangkos sara hidup yang semakin meningkat,rasuah kerajaan, serta salah urusan ekonomi. Selepas lebih kurang dua minggu, mogok-mogok itu mengakibatkan sesetengah tunjuk perasaan yang terbesar dalam tempoh pemerintahan Conte.

Politik

[sunting |sunting sumber]

Pada 10 Januari 2007, mogok ketiga terjadi dan merangkumi pekerja-pekerjalombong serta pekerja-pekerja yang lain di seluruh negara. Walaupun kerajaan Conte menawarkan gaji yang lebih baik dan lain-lain, mogok berlanjutan kerana rakyatnya menghendaki lebih daripada cuma janji. Pada atau sekitar 18 Januari 2007, sekurang-kurang tiga orang ditembak mati oleh kakitangan kerajaan/tentera dan dengan itu, mengapi-apikan lagi pemberontakan. Dengan kesihatan Presiden Conte kini semakin merosot, keadaan kelihatan merupakan keakhiran rejimnya. Pengampunan yang diberi olehnya kepada dua orang jutawan Guinea yang telah dipenjarakan atas tuduhan rasuah juga mengapi-apikan pemberontakan. Adakah Guinea berupaya memerintah diri di dalam dunia moden ini masih diragui.

Semasa minggu kedua mogok yang memperlihatkan berdozen-dozen orang dibunuh atau dicederakan dalam tunjuk-tunjuk perasaan di setiap kawasan di negara, Presiden Conte banyak kali bertemu dengan ketua-ketua buruh. Dalam salah satu perjumpaan itu, beliau mengugut akan membunuh mereka. Pada hari Isnin, 22 Januari 2007, askar-askar beret merah di bawah kuasa pemerintahan Ousmane, anak lelaki Conte, menggeledah ibu pejabat mogok dan membelasah ketua-ketua persatuan sekerja (termasuk Setiausaha Agung CNTG, Hadja Rabiatou Serah Diallo). Selepas menangkap mereka, mereka ditahan selama 5 jam. Pada hari yang sama, melebihi sepuluh ribu orang berarak di jalan-jalan raya Conakry, dan sekurang-kurangnya 17 orang dibunuh dan 100 orang dicederakan oleh pihak polis.

Guinea hanya mempunyai dua presiden sejak kemerdekaan diisytiharkan pad2 Oktober1958. Lansana Conte menguasai negara ini pada tahun1984 selepas kematianSekou Toure. Conte dipilih secara rasmi pada tahun 1993, dan dipilih semula pada tahun 1998 dan 2003. Tetapi kesahan pilihan-pilihan raya itu telah dipertikaikan, kerana Conte mengawal kedudukannya dan tidak bertoleransi terhadap ahli-ahli politik yang berpotensi melawannya.

Daerah

[sunting |sunting sumber]
Peta Guinea
Imej satelit untuk Guinea yang dijanakan oleh datagrafik raster yang dibekalkan olehKoleksi Peta.

Guinea dibahagikan kepada tujuh kawasan pentadbiran yang dibahagikan lagi kepada 33 buahprefektur. Kawasan-kawasan pentadbirannya ialahBoké,Faranah,Kankan,Kindia,Labé,Mamou,Nzérékoré danConakry. Ibu negara Conakry merupakan zon khas.

Geografi

[sunting |sunting sumber]

Dengan 94,919 batu persegi (245,857 km²), Guinea adalah lebih kurang sama saiznya denganUnited Kingdom, dan kecil sedikit daripada negeriMichigan atauOregon di Amerika Syarikat. Guinea mempunyai 200 batu (320 km) garis pinggir laut, dan 2,112 batu (3,399 km) sempadan darat. Negara-negara yang menyempadani Guinea termasukCôte d'Ivoire (Pantai Ivory),Guinea-Bissau,Liberia,Mali,Senegal, danSierra Leone. Guinea dibahagikan kepada tiga kawasan utama:

  • tanah pamah pada sepanjang pantai di timur;
  • gunung-ganang yang terbentang lebih kurang pada arah utara-selatan di sepanjang negara; dan
  • kawasan-kawasan hutan di selatan dan timur.

Gunung-ganang Guinea merupakan sumber untuk sungai-sungaiNiger,Gambia, danSenegal, serta banyak sungai yang mengalir ke laut di sebelah barat banjaran di Sierra Leone dan Pantai Ivory.

Titik tertinggi di Guinea ialahMont Nimba pada 5,748 kaki (1,752 meter) tingginya. Walaupun bahagian-bahagianNimba Massif di Guinea dan Pantai Ivory merupakan Simpanan Semula Jadi Tegas UNESCO, bahagian yang kononnya dipanggil Tulang Belakang Guinea terbentang masuk ke Liberia yang telah menjalankan pelombongan buat berdekad-dekad; kerosakan yang diakibatkan boleh dinampak di Bumi Google di 7.32.17 U dan 8.29.50 B.

Ekonomi

[sunting |sunting sumber]

Guinea mempunyai sumber-sumbergalian,hidrokuasa, danpertanian yang utama, tetapi masih merupakan sebuahnegara belum membangun. Negara ini memiliki melebihi 30% daripada simpananbauksit di dunia dan merupakan pengeluar bauksit yang kedua terbesar di dunia. Sektorpelombongan merupakan kira-kira 75% daripadaeksportnya pada tahun 1999.

Pemajuan-pemajuan jangka panjang dalam penyusunan fiskal kerajaan,kenal huruf, serta rangka undang-undang diperlukan jika negara ini hendak keluar daripada kemiskinan. Pertempuran di sepanjang sempadanSierra Leone danLiberia serta pergerakan pelarian telah mengakibatkan gangguan ekonomi yang utama, dan memburukkan lagi keyakinan pelabur, dengan syarikat-syarikat pelombongan asing mengurangkan kakitanganekspatriatnya.Pembelian cemas telah mengakibatkan kekurangan makanan daninflasi, serta juga rusuhan-rusuhan di pasar-pasar tempatan.

Guinea tidak menerima sebarang bantuan berbilang hala.IMF danBank Dunia menghentikan kebanyakan bantuannya pada tahun 2003. Pertumbuhan naik sedikit pada tahun 2004, disebabkan sebahagian besar oleh permintaan sejagat dan harga-harga komoditi di pasaran-pasaran dunia. Sukarelawan-sukarelawanPasukan Khidmat BaktiAmerika Syarikat terus bergiat di dalam negara miskin ini.

Pada September 2006, kerajaan Guinea memeterai sebuahkontrak kongsi pengeluaran (PSC) dengan sebuah syarikat cari gali Amerika Syarikat untuk menjelajah sumber-sumberpetroleum luar pesisir. Penjelajahan selanjutnya terhadap ekaran penjelajahan dara masih dalam peringkat-peringkat perancangan yang amat awal. Tidak adanya sebarang kegiatan penjelajahan dilakukan sejak lewat tahun 2003.

Pada November 2006,Transparency Internasional, sebuahNGO Jerman, menempatkan Guinea sebagai negara yang dianggap paling korup diAfrika, serta salah satu negara yang paling korup di dunia, selepasMyanmar,Iraq danHaiti. Di dalam sebuah persidangan mencegah rasuah diGuatemala,Réné Alsény Gomez, Menteri Kehakiman Guinea, mengisytiharkan bahawa Guinea telah mengambil tindakan kehakiman terhadap penyalahgunaan wang awam. Beliau juga memberitahu bahawaFodé Soumah, bekas gabenor Bank Negara Guinea, telah didakwa atas tuduhan-tuduhan rasuah pada16 November2006.Huguette Labelle, presidenTransparency Internasional, memberikan tepukan kepada langkah-langkah ini.

Demografi

[sunting |sunting sumber]

Budaya

[sunting |sunting sumber]

Serupa dengan negara-negaraAfrika Barat yang lain, Guinea mempunyai tradisimuzik yang kaya. KumpulanBembeya Jazz menjadi popular pada dekad1960-an selepas kemerdekaan Guinea.Alpha Yaya Diallo,pemain gitar diVancouver, berasal dari Guinea. Beliau menggabungkanirama danmelodi tradisional ke dalam gubahan-gubahannya dan dengan itu, telah memenangi duaAnugerah Juno.

Galerie

[sunting |sunting sumber]

Bahasa-bahasa

[sunting |sunting sumber]

Lihat juga

[sunting |sunting sumber]

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^"World Population Prospects 2022". Jabatan Hal Ehwal Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Divisyen Populasi. Dicapai pada17 Julai 2022.
  2. ^"World Population Prospects 2022: Demographic indicators by region, subregion and country, annually for 1950-2100"(XSLX) ("Total Population, as of 1 July (thousands)"). Jabatan Hal Ehwal Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Divisyen Populasi. Dicapai pada17 Julai 2022.
  3. ^"Etat et Structure de la Population Recensement General de la Population et de l'habitation 2014"(PDF).Direction Nationale de la Statistique de Guinée. Diarkibkan daripadayang asal(PDF) pada 24 November 2019. Dicapai pada27 March 2020.
  4. ^abcd"Guinea". Tabung Kewangan Antarabangsa. Dicapai pada18 April 2012.
  5. ^"GINI index (World Bank estimate)". World Bank.Diarkibkan daripada yang asal pada 10 January 2019. Dicapai pada10 January 2019.
  6. ^"Human Development Report 2019" (dalam bahasa Inggeris).United Nations Development Programme. 10 December 2019. Diarkibkan daripadayang asal(PDF) pada 2020-04-30. Dicapai pada10 December 2019.

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
Ketahui lebih lanjut tentangGuinea diWikipedia:
d:Maklumat dari Wikidata
Takrifan dari Wikikamus
Imej dan media dari Commons
Sumber pembelajaran dari Wikiversity
Berita dari Wikiberita
Petikan dari Wikipetikan
Teks sumber dari Wikisumber
Buku teks dari Wikibuku
Wiktionary
Wiktionary
CarilahGuinea dalamWiktionary, kamus bebas.
Bahasa
  • Bahasa Wolof – tapak pendidikan mengenai bahasa Wolof, sebuah bahasa Senegal dan Guinea.
Berita Dalam Talian
Direktori
Gambaran keseluruhan
Kerajaan
Kesusasteraan
Muzik
Pelancongan
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Guinea&oldid=6404501"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2026 Movatter.jp