Pandangan udara bandaraya Guayaquil ditepi Sungai Guayas
Santiago de Guayaquil,atau cuma Guayaquil (disebut [waʝaˈkil]), merupakan bandar paling besar dan paling ramai penduduk diEcuador. Bandar ini merupakan pintu masuk atau pelabuhan utama bagi negara ini. Kedudukan bandar ini terletak di baratSungai Guayas, yang mengalir hingga keTeluk Guayaquil diLautan Pasifik.
Guayaquil dibangunkan pada25 Julai,1538 dengan diberi namaMuy Noble y Muy Leal Ciudad de Santiago de Guayaquil oleh penjajah Sepanyol, Francisco de Orellana. Dipercayai, sebelum ia dibangunkan, bandar ini merupakan satu kawasan perkampungan penduduk asli.