Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Guatemala

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Untuk kegunaan lain, sila lihatGuatemala (nyahkekaburan).
Republik Guatemala
ريڤوبليك ݢواتيمالا
República de Guatemala
Bendera Guatemala
Jata Guatemala
BenderaJata
Cogan kataEl País de la Eterna Primavera
(bahasa Inggeris: "Tanah Musim Bunga Kekal")
Lagu kebangsaanHimno Nacional de Guatemala
Lokasi Guatemala
Ibu negaraBandar Raya Guatemala
Bahasa rasmiBahasa Sepanyol
Kumpulan etnik
(2018[1])
KerajaanRepublik kepresidenan
Bernardo Arévalo
Karin Herrera
Keluasan
• Jumlah
108,889 km2 (42,042 bt2) (ke-105)
• Perairan (%)
0.4
Populasi
• Perkiraan 2018
17,263,239[2] (ke-67)
129/km2 (334.1/sq mi) (85th)
KDNK (PPP)2018
• Jumlah
$145.249 billion[2] (75th)
$8,413[2] (ke-118)
KDNK (nominal)2018
•  Jumlah
$79.109 bilion[2] (ke-68)
$4,582[2] (ke-103)
Gini (2014)48.3[3]
tinggi
HDI (2019) 0.663[4]
sederhana · ke-127
Mata wangQuetzal AS$1= Q 7.60
(GTQ)
Zon waktu()
Kod panggilan502
Kod ISO 3166GT
DPT internet.gt

Guatemala atau secara rasminyaRepublik Guatemala (Sepanyol:República de Guatemala) ialah sebuah negara diAmerika Tengah yang disempadaniMexico di barat laut,Lautan Pasifik di barat laut,Belize danLaut Caribbean di timur laut,Honduras danEl Salvador di tenggara. Negara ini paling banyak kependudukannya di rantau Amerika Tengah dengan jumlah penduduk melebihi 17.2 juta orang,[5][6] ia berperanan utama dari segi sejarah sebagai sebuah pusat utama kebudayaanPra-Columbia, khususnyakebudayaan Maya. Banyak tapak yang mempunyai kepentinganarkeologi utama telah ditemui, termasuk puing-puing kota kuno diTikal. Bilangan tapak yang besar ini menyebabkanBBC menamakan Guatemala sebagai sebuah destinasi kebudayaan yang teratas di dunia, dan membantunya mendapatkan arus pelancong yang sihat (1.4 juta pada tahun 2006). Selain daripadapelancongan,ekonomi Guatemala bergantung terutamanya kepadapertanian, dengankopi dangula merupakan antaraeksport utamanya.

Guatemala ialah sebuahdemokrasi perwakilan, dengan ibu negaranya diBandar Raya Guatemala. Sungguhpun negara ini agak stabil sejak tahun1996, sejarah Guatemala baru-baru ini telah dilanda olehperang saudara danrampasan kuasa ketenteraan yang telah melembapkan proses pembangunan negara. Banyak kawasan dalaman Guatemala masih tidak dibangun sama sekali, termasuk banyakhutan hujan dantanah lembap. Guatemala yang mempunyai banyak ekosistem yang unik dan penting dari segibiologi telah menyumbangkan kepada penentuanMesoamerika sebagai sebuahkawasan biokepelbagaian titik panas yang penting.[7]

Penamaan

[sunting |sunting sumber]

Nama "Guatemala" berasal daripada perkataanCuauhtemallan yang membawa pengertian "tanah banyak pokok". Inilah nama yang diberikan kepada ibu kota puakCakchiquel oleh askar-askar bertuturanbahasa Nahuatl dariTlaxcalla yang tiba dengan orang-orang Sepanyol. Nama itu kemudian dibuat lebih umum oleh orang-orang Sepanyol untuk digunakan sebagai namanegara ini.

Sejarah

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Sejarah Guatemala
"El Tigre Complex", di El Mirador.
Nakbé, puing istana Zaman Praklasik Pertengahan, Lembangan Mirador, Petén, Guatemala

Zaman Pra-Columbia

[sunting |sunting sumber]

Terdapat bukti pertama yang menunjukkan bahawa peneroka di Guatemala telah wujud sejak10,000 SM lagi, walaupun sebilangan bukti yang lain, seperti mata panahobsidian yang ditemui di pelbagai tempat di negara itu, mentarikhkan peristiwa itu sebagai pada tahun 18,000 SM. Terdapat juga buktiarkeologi yang menunjukkan bahawa para peneroka Guatemala yang awal merupakan pemburu dan pengumpul, tetapi sampel-sampeldebunga dariPetén dan pantaiPasifik menunjukkan bahawapenanamanjagung telah dikembangkan menjelang3500 SM. Tapak-tapak kuno telah didokumenkan diQuiché dan diSipacate,Escuintla yang terletak di pantai Pasifik tengah (6500 SM).

Paraahli arkeologi membahagikan sejarahMesoamerikapra-Columbia kepada tiga zaman:

Sehingga baru-baru ini, Zaman Pra-Klasik dianggap sebagai tempoh pembentukan, dengan petani-petani tinggal di desa-desa yang kecil yang tidak mempunyai banyak bangunan tetap. Bagaimanapun, tanggapan ini telah dicabar oleh penemuan-penemuanseni bina yang tersergam dan bersejarah baru-baru ini. Contoh-contohnya termasuk:

El Mirador merupakan kota yang mempunyai paling banyak penduduk di Amerika Pra-Columbia, dan mengandungipiramid yang terbesar di dunia, dengan isi padu sebanyak 2,800,000 meter padu (lebih kurang 200,000 lebih banyak, berbanding denganPiramid Agung Kufu diMesir). Mirador ialah negara pertama di Amerika yang terurus dari segi politik, dan dinamai "Kemaharajaan Kan" dalam teks-teks kuno. Adanya 26 buah kota dengan kesemuanya dikaitkan dengan Sacbeob (lebuh raya) yang banyak kilometer panjangnya, sehingga 40 meter lebarnya, dan 2 - 4 meter tingginya. Lebuh-lebuh raya itu diturap dengan simen halus yang dapat juga dilihat dengan jelas dari udara di antara hutan-hutan hujan dara tropika yang meluas di Mesoamerika.

Zaman Klasik bagi tamadunMesoamerika merupakan kemuncakTamadun Maya, dan dibayangkan oleh tapak-tapak tidak terkira banyaknya di seluruh Guatemala, walaupun tumpuan yang terbesar ialah diPetén. Zaman ini dicirikan oleh pembangunan kota yang bersungguh-sungguh, perkembangan negara-negara kota yang merdeka, serta hubungan dengan kebudayaan-kebudayaan Mesoamerika yang lain. Zaman ini berlangsung sehingga sekitar 900 Masihi ketika, tanpa sebarang alasan yang dapat difahami oleh para ahli arkeologi, tamadun Maya merosot dan meninggalkan banyak daripada kota-kotanya ditanah pamah tengah.

Zaman Pasca Klasik dibayangkan oleh kemaharajaan-kemaharajaan wilayah seperti Itzá dan Ko'woj di kawasan-kawasan tasik di Petén, Mam, Ki'ch'es, Kack'chiquel, Tz'utuh'il, Pokom'chí, Kek'chi, serta Chortí di Tanah Tinggi. Kota-kota ini memeliharakan banyak aspek kebudayaan Maya tetapi tidak pernah berupaya untuk mencapai saiz dan kuasa yang setanding dengan kota-kota klasik.

Zaman penjajahan

[sunting |sunting sumber]
Biara Capuchinas diAntigua Guatemala.

Selepas menemuiDunia Baru,Sepanyol melancarkan banyak ekspedisi yang aman ke Guatemala, mulai dari tahun1518. Tidak lama kemudian, hubungan Sepanyol mengakibatkanwabak yang memusnahkan masyarakat asli (dipercayai sebagaipenyakit Viruela,cacar Sepanyol), berdasarkan huraian dalam buku "Memorial de Sololá".

Hernán Cortés yang mengetuaipenaklukan Mexico memberikan kebenaran kepada KaptenPedro de Alvarado untuk menaklukkan tanah ini. Alvarado pada mula-mulanya bersekutu dengan negaraCakchiquel untuk bertempur melawan negaraQuiché, pesaing tradisionalnya. Alvarado kemudian mengkhianati Cakchiquel, dan membawa seluruh kawasan itu di bawah penguasaan Sepanyol.

Semasa zaman penjajahan, Guatemala merupakan sebuah kawasanKapten Jeneral (Capitanía General de Goathemala)Sepanyol, dan sebahagianSepanyol Baru (Mexico). Wilayah itu terbentang dari kawasanSoconusco - kini di Mexico selatan (negeri-negeriChiapas, danTabasco) - sehinggaCosta Rica. Kawasan ini tidak kaya dengangalian (emas danperak) berbanding dengan Mexico danPeru, dan oleh itu, tidak dianggap penting. Keluaran-keluarannya yang utama termasuktebu,koko, pewarnaañilbiru, pewarnamerah daripada seranggakokineal, serta kayu-kayu berharga yang digunakan untuk kerja seni gereja dan istana di Sepanyol.

Ibu kotanya yang pertama,Tecpan Goatemalan, yang diasaskan pada25 Julai1524 dengan namaVilla de Santiado de Goathemala, terletak berdekatanIximché, ibu kotaKak'chik'el. Ia dipindah keCiudad Vieja pada22 November1527 apabila Kak'chik'el menyerang kota itu. Pada11 September1541, kota itu banjir ketikalagun dikawahGunung Berapi Agua runtuh, akibat hujan lebat sertagempa bumi, dan dipindah 4batu keAntigua Guatemala di Lembah Panchoy, kini salah satuTapak Warisan DuniaUNESCO. Kota ini dimusnahkan oleh beberapa gempa bumi pada tahun-tahun1773-1774, dan Raja Sepanyol memberikan kebenaran untuk memindahkan kawasan Kapten Jeneral itu ke kawasan kini di Virgen de El Carmen yang terletak di Lembah Ermita (dinamai sempena nama sebuah Gereja Katolik). Kawasan yang baru ini diasaskan pada2 Januari1776.

Kemerdekaan

[sunting |sunting sumber]

Pada15 September1821, Guatemala mengisytiharkankemerdekaan daripadaSepanyol. Republik Guatemala yang baru ini merangkumi kawasan Soconusco, kebanyakanBelize, serta apa yang kini merupakan negara-negaraEl Salvador,Honduras,Nicaragua, danCosta Rica. Penduduk-penduduknya sebanyak 1.5 juta orang tertumpu di pusat-pusat bandar.

Pada3 Oktober1821, kawasan Kapten Jeneral Guatemala, (terdiri daripada Chiapas, Guatemala, El Salvador, Nicaragua, Costa Rica, dan Honduras) mengisytiharkan kemerdekaan daripada Sepanyol dan penggabungannya ke dalamEmpayar Mexico. Kawasan tersebut telah ditaklukkan oleh Sepanyol Baru pada sepanjang zaman penjajahan tetapi dari segi praktik, ditadbirkan secara berasingan. Kesemua kawasan ini kecuali Chiapas tidak lama kemudian berpisah daripada Mexico selepas Agustín I dari Mexico dipaksa turun takhta.

Kesemua provinsi Guatemala membentukProvinsi-provinsi Bersatu Amerika Tengah yang juga dikenali sebagai Persekutuan Amerika Tengah (Federacion de Estados Centroamericanos). Ibu negaranya dikekalkan diBandar Raya Guatemala yang masih merupakan bandar raya yang mempunyai paling banyak penduduk diAmerika Tengah pada hari ini.

Sebuah tempoh politik yang tidak stabil menyusul, diburukkan oleh kejatuhan pasaran dunia untuk pewarna añil (nila), keluaran eksport Guatemala yang utama keEropah, disebabkan oleh rekaan pewarna tiruan. Ini mengakibatkan setiap provinsi meninggalkan Persekutuan antara tahun-tahun1838 dan1840, mulai dengan Costa Rica. Oleh itu, Guatemala menjadi sebuah negara merdeka.

Guatemala telah lama menuntut seluruh atau sebahagian kawasanBelize yang berjiran, dahulu sebahagian tanah jajahan Sepanyol dan kemudian diduduki olehUnited Kingdom secara haram. Guatemala mengakui kemerdekaan Belize pada tahun1991, tetapi pertikaian wilayah mereka tidak dapat diatasi. Perundingan-perundingan kini masih diadakan di bawah naunganPertubuhan Negara-negara Amerika untuk menyelesaikannya. Sila lihatlaman-laman web Asil danOAS. (Sumber utama:Historia General de Guatemala.ISBN 84-88622-07-4)

Politik

[sunting |sunting sumber]
Maklumat lanjut mengenai politik dan kerajaan Guatemala boleh didapati diSiri politik dan kerajaan Guatemala.

Politik Guatemala berlaku di dalam rangkarepublikdemokrasi perwakilansistem kepresidenan, denganpresidennya merupakan kedua-duaketua negara sertaketua kerajaan, dan dalam rangka sistem berbilang parti politik.Kuasa eksekutif dipegang oleh kerajaan, manakalakuasa perundangan dipegang oleh kedua-duakerajaan danKongres Republik.Badan kehakiman adalah bebas daripada badan eksekutif dan perundangan.

Bahagian pentadbiran

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Departmen-departmen Guatemala
Departmen-departmen Guatemala

Guatemala dibahagikan kepada 22 buahdepartmen (departamentos) yang dibahagikan pula kepada lebih kurang 332 buah kawasan perbandaran (municipios).

Departmen-departmen Guatemala termasuk:

  1. Alta Verapaz
  2. Baja Verapaz
  3. Chimaltenango
  4. Chiquimula
  5. Petén
  6. El Progreso
  7. El Quiché
  8. Escuintla
  9. Guatemala
  10. Huehuetenango
  11. Izabal
  1. Jalapa
  2. Jutiapa
  3. Quetzaltenango
  4. Retalhuleu
  5. Sacatepéquez
  6. San Marcos
  7. Santa Rosa
  8. Sololá
  9. Suchitepéquez
  10. Totonicapán
  11. Zacapa

Guatemala amat terpusat.Pengangkutan,komunikasi,perniagaan,politik, serta kebanyakan kegiatan bandar yang relevan berlaku diBandar Raya Guatemala, bandar raya yang terbesar di Amerika Tengah.

Bandar Raya Guatemala mempunyai lebih kurang 2 juta orang penduduk di dalam had kawasan bandar rayanya dan melebihi 5 juta orang di kawasan bandar. Ini merupakan peratusan penduduk negara yang agak besar (12 juta orang).

Geografi

[sunting |sunting sumber]

Terletak paling utara di antara negara-negara Amerika Tengah. Luas daratannya sedikit lebih kecil dari Provinsi Kalimantan Barat ini, berjiran dengan Mexico di utara, barat dan timur, Belize, Honduras, dan El Salvador di timur.Kecuali daerah pesisir selatan dan dataran rendah Petern yang luas di utara, daerah Guatemala kebanyakan bergunung, dengan iklim tropika panas - lebih mesra di dataran tinggi, dan lebih kering di jabatan yang paling timur. Seluruh bandar besar terletak di setengah bahagian selatan dari negara tersebut; bandar besarnya adalah ibu kota Guatemala City, Quetzaltenango dan Escuintla.Tasik besar Lago de Izabal terletak di berhampiran pesisir Caribbean.

Ekonomi

[sunting |sunting sumber]

Guatemala mempunyai KDNK per kapita sebanyak US $ 5.000, namun negara-negara membangun ini masih menghadapi masalah - masalah sosial dan termasuk dalam 10 negara termiskin di Amerika Latin.Angka endapatan per kapita dan jurang sosial menunjukkan bahawa hampir separuh daripada populasi penduduk berada di dalam angka kemiskinan dan lebih dari 400.000 penduduk berada dalam pengangguran. CIA World Fact Book menganggarkan sekitar 56.2% daripada penduduk Guatemala berada dalam kemiskinan.Hasil eksport Guatemala berupa buah - buahan, sayur mayur, bunga, kerajinan tangan, pakaian.Sektor pertanian membentuk 1 / 4 dari KDNK Guatemala, 2 / 3 eksport, dan 1 / 2 dari tenaga kerja. Kopi, gula, dan pisang adalah produk utama. Pengeluaran dan pembinaan membentuk 1 / 5 KDNK.Menandatangani perjanjian perdamaian pada Disember 1996, yang menamatkan 36 tahun perang saudara, menyingkirkan rintangan utama bagi pelaburan asing. Pada 1998, Hurikan Mitch menyebabkan sedikit kerosakan bagi Guatemala berbanding dengan negara-negara jirannya.Cabaran yang masih perlu dihadapi adalah meningkatkan pendapatan kerajaan, meningkatkan bantuan dari penderma antarabangsa, dan meningkatkan kecekapan dan keterbukaan baik kerajaan dan operasi peribadi sektor kewangan.

Demografi

[sunting |sunting sumber]

Untuk rencana lanjutan, lihatDemografi Guatemala

Budaya

[sunting |sunting sumber]

Untuk rencana lanjutan, lihatBudaya Guatemala

Lihat juga

[sunting |sunting sumber]
  1. ^https://www.censopoblacion.gt/mapas
  2. ^abcde"World Economic Outlook Database, October 2018".IMF.org.International Monetary Fund. Dicapai pada7 March 2019.
  3. ^"GINI index (World Bank estimate)".data.worldbank.org.Bank Dunia. Dicapai pada7 Mac 2019.
  4. ^Human Development Report 2020 The Next Frontier: Human Development and the Anthropocene(PDF). United Nations Development Programme. 15 Disember 2020. m/s. 343–346.ISBN 978-92-1-126442-5. Dicapai pada16 December 2020.
  5. ^"World Population Prospects 2022". Jabatan Hal Ehwal Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Divisyen Populasi. Dicapai pada17 Julai 2022.
  6. ^"World Population Prospects 2022: Demographic indicators by region, subregion and country, annually for 1950-2100"(XSLX) ("Total Population, as of 1 July (thousands)"). Jabatan Hal Ehwal Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Divisyen Populasi. Dicapai pada17 Julai 2022.
  7. ^"Gambaran Keseluruhan Titik Panas Biokepelbagaiaan Mesoamerika". Pemuliharaan Antarabangsa. Dicapai pada2007-02-01.

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]

Kerajaan

[sunting |sunting sumber]

Tamadun Pra-Columbia

[sunting |sunting sumber]

Lain-lain

[sunting |sunting sumber]


Kesatuan Latin

AndorraAngolaArgentinaBoliviaBrazilChileCosta RicaCubaEcuadorFilipinaGuatemalaGuinea-BissauHondurasItaliIvory CoastMaltaMexicoRepublik DominikaMoldovaMonacoMozambiqueNicaraguaPanamaParaguayPerancisPeruPortugalRomaniaSan MarinoSão Tomé dan PríncipeSenegalSepanyolTakhta SuciTanjung VerdeUruguayVenezuela


Negara-negara diAmerika Tengah
Belize |Costa Rica |El Salvador |Guatemala |Honduras |Nicaragua |Panama
Negara dan wilayah diLautan Pasifik Utara

Amerika: Kanada Colombia Costa Rica Ecuador El Salvador Guatemala Honduras Mexico Nicaragua Panama Amerika Syarikat

Eurasia-Oceania: Brunei Kemboja Mainland China Guam Hong Kong Indonesia Jepun Kiribati Korea UtaraKorea Selatan Makau Malaysia Kepulauan Marshall MicronesiaTemplat:MNP Palau FilipinaRusia Singapura Republik China (Taiwan) • Thailand Vietnam

Di antara:tiada (Hawaii: sebuah negeriAmerika Syarikat)

Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Guatemala&oldid=6082410"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp