Terletak pada 13.5°U 144.5°T, Guam ialah pulau yang paling selatan di dalam rangkaian pulau Mariana, serta pulau yang paling besar diMicronesia. Luasnya 210batu persegi (544km²).
Rangkaian pulau ini diwujudkan oleh pelanggaran plat-plat tektonikPasifik danFilipina.Jurang Mariana, sebuahzon benam yang dalam, terletak di sebelah timur rangkaian pulau ini.Challenger Deep sedalam 35,797 kaki (10,911 m) terletak di barat daya Guam, dan merupakan titik yang paling dalam dibumi. Pulau Guam sekali-sekala mengalamigempa bumi, akibat kedudukannya di pinggirPlat Pasifik. Pada tahun-tahun kebelakangan ini, gempa-gempa bumi denganpusat gempar yang berhampiran Guam mempunyai magnitud yang berbeza-beza antara 5.0 dan 8.2. Berbeza denganGunung berapiAnatåhan yang terletak di Mariana utara, kawasan Guam tidak mengalami kegiatan gunung berapi. Bagaimanapun, disebabkan oleh arah angin dan kehampirannya, debu kegiatan gunung berapi yang berjiran kekadangnya menjejaskan Guam.
Bahagian utara Pulau Guam terdiri daripada dataran batu kapur kekarang yang berhutan manakala selatannya mengandungi puncak-puncak gunung berapi yang dilitupi oleh hutan dan padang rumput. Sebuahterumbu karang mengelilingi kebanyakan pulau, kecuali di kawasan-kawasan yang teluk memberikan laluan kepada sungai-sungai kecil yang turun dari bukit-bukit masuk keLautan Pasifik sertaLaut Filipina. Taburan penduduk Guam paling padat di kawasan-kawasan utara dan tengah pulau Guam.
Guam dibahagikan kepada 19 buahdesa.Tentera Amerika Syarikat mengekalkan bidang kuasa ke atas pangkalan-pangkalannya yang merupakan hampir sesuku kawasan pulau ini:
Kaum Chamorro yang merupakan 47% daripada jumlah penduduk Guam ialah kelompok etnik yang asli serta yang terbesar di pulau ini. Kelompok-kelompok etnik yang lain termasuk orangFilipina 25%, orangKaukasia 10%, serta orang-orangCina,Jepun,Korea, dan lain-lain. Pada hari ini, agamaRoman Katolik ialah agama yang terbesar dengan bilangan penganut sebanyak 85% daripada jumlah penduduk Guam. Bahasa-bahasa rasmi pulau ini ialahbahasa Inggeris danbahasa Chamorro.