Seni batu Tambun, ataulukisan gua Tambun terletak di bawasan bukit-bukit batu kapur di Gunung Panjang, dekat dengan bandar rayaIpoh,negeri Perak, Malaysia. Lukisan Gua Tambun dipercayai dibuat padaZaman Neolitik berusia 3000 tahun. Lukisan termasuk gambar aktiviti perburuan binatang. Motif yang dilukis termasuklahorang Asli purba,rusa,pelanduk,kura-kura dandugong. Gunung Panjang berdekatan dengan Kem Syed Putra,Tambun, Ipoh.
Kawasan lukisan gua ini asalnya tidak mendapat jagaan dan perhatian rapi daripada pihakarkeologi. Dikatakan pada 1959, Leftenan R. L. Rawlings dalam rondaan pada zaman darurat telah menjumpai lukisan-lukisan purba ini.