Grand Palais des Champs-Élysées, lazimnya dikenali sebagaiGrand Palais (secara harfiahnya, Istana Agung), merupakan sebuah tapak bersejarah, dewan pameran dan kompleksmuzium yang terletak diChamps-Élysées diDaerah 8, Paris, Perancis. Bangunan ini juga menempatkan sebuah muzium sains,Palais de la Découverte, sejak 1937 danGaleries nationales du Grand Palais yang mempamerkan koleksi-koleksi seni dari muzium kebangsaan Perancis sejak 1964. Pembinaan Grand Palais bermula pada 1897 selepasPalais de l'Industrie (Istana Industri) dirobohkan untuk menganjurkanPameran Sedunia 1900. Pameran itu juga menyebabkan pembinaanPetit Palais danPont Alexandre III di sebelahnya.[2]
Bangunan tersebut direka bentuk untuk menganjurkan acara artistik rasmi yang berskala besar. Satu pedimen di atas bangunan itu mempunyai inskripsi yang menerangkan fungsi bangunan itu sebagai "satu monumen yang didedikasikan oleh Republik kepada kegemilangan seni Perancis" (Monument consacré par la République à la gloire de l'art français). Terkenal dengan seni binanya yang bergayaBeaux-Arts, bangunan ini mempunyai muka batu yang penuh dengan hiasan, kekubah kaca dan penggunaan inovasi ketika itu sepertibesi,kerangka keluli ringan sertakonkrit bertelulang.[3]
Pada 12 Jun 1975, ruang ibu utama bangunan tersebut telah diwartakan sebagaiMonumen Bersejarah (Monument historique), klasifikasi tersebut telah diluaskan ke seluruh bangunan Grand Palais yang berluas 40,000 m² itu pada 6 November 2000.[4][5] Ketidakstabilan tapak bangunan tersebut telah menjejaskan strukturnya sedikit demi sedikit. Akhirnya, sebuah projek pemulihan yang mahal terpaksa dilaksanakan pada 1990-an. Ruang ibu utamanya telah dibuka semula pada 2005.[6]
Jambatan Alexander III dengan Grand Palais di belakangnyaBumbung dan kekubah berkaca Grand Palais
Selepas kerajaan Perancis membuat keputusan pada 1892 untuk menganjurkan sebuah Pameran Sedunia yang baharu pada 1900, suruhanjaya penyediaan mencadangkan agar Palais de l'Industrie dirobohkan. Menurut mereka, pembinaan sebuah bangunan baharu boleh menambah baik persekitaran bandar di esplanad yang akan menganjurkan acara tersebut, dan pada masa yang sama sebuah jalan raya yang lebar boleh dibuka untuk menghubungkanPlace des Invalides dengan lebuhChamps-Elysées.[7] Apabila pelan tersebut dirangka, mengikut dekri yang bertarikh 22 April 1896, pihak penganjur menganjurkan sebuah pertandingan reka bentuk bagi bangunan tersebut,[8] namun berbeza dengan pertandingan reka bentuk antarabangsa bagi bangunan lain sepertiPalais Garnier pada 1875 atauIstana Trocadero yang lama pada 1878, pertandingan ini hanya boleh disertai oleh arkitek Perancis sahaja.
Selepas pendebatan yang hangat antara penganjur, pihak akhbar dan orang awam, mereka tidak dapat memilih satu pemenang, jadi empat arkitek dilantik untuk menggabungkan usul-usul yang diterima untuk membentuk satu reka bentuk. Berikut merupakan pembahagiaan tugas mereka:[8]
Charles-Louis Girault (1851―1932): Penyelarasan keseluruhan serta penalaan halus akhir projek tersebut. Pada masa yang sama, beliau juga perlu memastikan penyiapan projek Petit Palais yang kemudiannya menempatkan Muzium Seni Halus di Paris.[9]
Henri-Adolphe-Auguste Deglane (1855―1931): Beliau bertanggungjawab dengan pembinaan ruang ibu utara dan selatan, ruang ibu utama, bahagian melintangnya yang digelar "padok", muka bangunan dan penghiasaanya serta pintu masuk utama dan tiang sejajar (peristyle) yang terletak di kedua-dua sisi "lebuh baharu" yang akan dinamakan sebagai Lebuh Nicholas II dan kemudiannya, Lebuh Winston Churchill.
Albert-Félix-Théophile Thomas (1847―1907): Beliau bertanggungjawab untuk pembinaan sayap barat, Palais d'Antin dan pintu masuknya di Lebub Antin yang telah dinamakan sebagai Lebuh Victor Emmanuel III dan kemudiannya, Laluan Franklin Delano Roosevelt.
Louis-Albert Louvet (1860―1936): Beliau merangka pelan ini dan bertanggungjawab untuk membina bahagian tengah yang menghubungkan secara simetrinya hasil Deglane dan Thomas, termasuklah "Salon d'honneur". Dengan penyelarasan bersama Deglane, beliau juga terlibat dalam pembinaan Tangga Besar Penghormatan dan prnghiasan dinding belakang padok.
Grand Palais dalam sebuah poskad yang dikeluarkan pada tahun pembukaannya, 1900
Perobohan Palais de l'Industrie bermula secara berperingkat pada musim bunga 1897 dan tamat pada 1899. Pada masa yang sama, sebanyak 1,500 pekerja dalam tiga pasukan yang dipilih oleh setiap arkitek telah memulakan tugas mereka. Projek itu juga menggunakan teknik pembinaan yang baharu seperti penggunaankonkrit diperkukuhkan yang dicipta oleh François Hennebique pada 1892,[7] pelantak cerucuk janaan wap untuk asas bangunan, kereta api untuk mengangkut bahan binaan,enjin wap untuk membekalkan kuasa kepada dinamo dalam gergaji,kren untuk mengangkut bahan berat, landasan,perancah mudah alih atau satu tanjakan dari tebing sungai Seine untuk mengangkutkuari.[10].
Sifat tanah tapak tersebut yang berbagai-bagai (keras di bahagian utara tetapi berkualiti rendah di bahagian selatan) telah menyebabkan rancangan asal ditangguhkan selama 8 bulan. Pembinaan asas bangunan yang sukar telah dilaksanakan dengan mengorek 3,400 cerucuk oak yang berdiameter 25 hingga 35 cm dan berpanjang 12 meter ke dalam tanah basal berkapur. Bagi pembinaan dinding, teknik dwidinding telah digunakan: lapisan luar dihasilkan dengan blok batu dari seluruh Perancis manakala lapisan dalam dibuat daripada bata dan batu. Berbeza dengan amalan yang biasa, struktur besi telah dibina selepas batu-bata diletakkan tanpa sendi pengembangan untuk mengurangkan tempoh pembinaan. Apabila siap dibina, bangunan tersebut telah menggunakan 8,500 tan bahan binaan, 500 tan lebih banyak berbanding denganMenara Eiffel dan 2,000 tan lebih kurang berbanding dengaStesen Orsay.[7] Namun, semasa hari perasmiannya, masih wujudnya bahagian dalaman yang belum disiapkan.[10]
Grand Palais dirasmikan pada 1 Mei 1900, ketika Republik Ketiga Perancis berada di tengah-tengah sebuah krisis politik yang apabila berlakunyaPeristiwa Dreyfus. Upacara pembukaan dihadiri olehÉmile Loubet (1838―1929), Presiden Republik Perancis,René Waldeck-Rousseau (1846―1904), Presiden Majlis dan Menteri Dalam Negeri dan Budaya Perancis, Georges Leygues (1857―1933), Menteri Pendidikan dan Seni Halus, Alexandre Millerand (1859―1943), Menteri Kewangan, Industri, Pos dan Telekomunikasi, serta Alfred Picard (1844―1913), Pesuruhjaya Jeneral Pameran Sedunia Paris. Sebuah inskripsi yang diukir pada salah satu batu di dinding bangunan tersebut memperingati peristiwa tersebut. Projek pembinaan Grand Palais di Paris telah berharga 24 jutafranc ketika itu, seperti yang dinyatakan dalam panduan Pameran Sedunia. Semasa Pameran Sedunia, Grand Palais telah digunakan untuk mempamerkan karya fotografi, menganjurkan konsert dan pertandinganekuestrian.[11]
^"Le Grand Palais".parisvisite.net (dalam bahasa Perancis). Diarkibkan daripadayang asal pada 29 September 2007.
^Base Mérimée:PA00088877, Ministère français de la Culture. (dalam bahasa Perancis) Grand Palais
^"La Nef Du Gran Palais Paris"(PDF).Etablissement public de Maîtrise d'Ouvrage des travaux Culturels (dalam bahasa Perancis). Kementerian Budaya Perancis. Diarkibkan daripadayang asal(PDF) pada 28 September 2007.
^abIwarere, Sesan."Grand Palais".University Libraries. Universiti Maryland. Diarkibkan daripadayang asal pada 17 Mac 2007.
^Lapauze, H.; de Nansouty, Max; da Cunha, A; Jarzuel, H.; Vitoux, G.; Guillet, L. (1900).Le guide de l'Exposition de 1900 (dalam bahasa Perancis). Paris: Exposition internationale.