Grace Patricia Kelly (12 November 1929 – 14 September 1982) merupakan seorang pelakon teater dan filem Amerika Syarikat yang giat terlibat dalam bidang lakonan termasuk banyak pementasan, siri TV dan filem pada dekad 1950-an. Perkenalannya denganPutera Monaco,Rainier III, membawa kepada suatu hubungan kuat di mana mereka berkahwin saat persaraan Kelly pada April 1956. Kelly menjadipermaisuriketuanegara tersebut yang turut melahirkan tiga orang waris takhtaWangsa Grimaldi sambil mengekalkan kewarganegaraan Amerika Syarikatnya.[1]
Ketika masih remaja dan bersekolah di Ravenhill Academy, Grace sudah menceburi bidang peragaan busana dalam acara lokal bersama ibu dan adik perempuannya. Grace memasuki dunia lakonan selepas menamatkan persekolahannya pada bulan Jun 1947 di mana beliau menghadiri uji bakat diAmerican Academy of Dramatic Arts, New York diikutinya dengan membawakan adegan sandiwaraTorchbearers - drama tersebit hasil karya pamannya sendiri,George Kelly yang pernah memenangiHadiah Pulitzer. Walaupun kuota siswa untuk semester tersebut sudah penuh terisi, Grace diberi kesempatan wawancara dengan kepala penerimaan siswa baru, Emile Diestel. Hasilnya mudah ditebak, Grace akhirnya diterima di American Academy of Dramatic Arts, sekolah yang melahirkan banyak bakat lakonan terkenal sepertiKatharine Hepburn,Lauren Bacall,Gene Tierney, danSpencer Tracy. Grace tinggal di asrama perempuan "Manhattan's Barbizon Hotel for Women" yang terletak di 63rd Street andLexington Avenue. Kerja sampingan sebagai model foto dilakukannya untuk menambah wang saku sambilan.
Grace turut mahir melatih diri menyanyi dengan terus menerus - iasangat membantu dalam memulakan kerjaya pementasannya daripanggung Broadway bersama-samaRaymond Massey dalamThe Father karya Strindberg. Pada usia 19 tahun, drama yang dimainkannya sebagai syarat kelulusan adalahThe Philadelphia Story; peran dalam drama tersebut nantinya juga dimainkan Grace Kelly di akhir kerjaya filemnya.
Lakonan pentas Grace menarik perhatianDelbert Mann, produser televisyen yang memilihnya berperan sebagai Bethel Maraday dalam drama televisyen. Karier di dunia layar lebar dimulai dengan peran kecil dalam filemFourteen Hours (1951). Grace waktu itu berusia 20 tahun dan mendapat banyak tawaran main filem, tetapi ditolaknya karena masih ingin bermain teater. Ketika berpentas diElitch Gardens, Grace menerima telegram dari produser HollywoodStanley Kramer yang memintanya menjadi lawan mainGary Cooper dalamHigh Noon (1952). Menurut penulis biografi Wendy Leigh, Grace Kelly waktu itu terlibat asmara dengan dua pria sekaligus, Gary Cooper dan sutradaraFred Zinnemann.
Gambar publisiti bertarikh t. 1954
Pada bulan September1952, Grace dimintaMGM untuk terbang keLos Angeles mengikuti ujibakat peran Linda Nordley dalam filemMogambo. Peran tersebut jatuh ke tangan Grace dengan tawaran kontrak selama 7 tahun. Grace menerima tawaran kontrak dengan MGM walaupun gaji yang ditawarkan agak rendah ada ketika itu dengan AS$850 seminggu. Sebelum kontrak ditandatangani, Grace mengajukan dua syarat tambahan: setiap dua tahun sekali mendapat cuti setahun untuk pentas di teater, dan boleh tinggal di New York City. Dua bulan sesudahnya, November 1952, Grace bersama pemeranMogambo yang lain sudah tiba diNairobi untuk memulai pengambilan gambar. Ketika Grace diwawancara kolumnis HollywoodHedda Hopper, Grace mengehendaki 3 hal menyenangkan selama syutingMogambo,John Ford, Clark Gable, dan perjalanan ke Afrika dengan semua biaya ditanggung. Kalau sajaMogambo dibuat diArizona, saya tidak akan turut serta.[3]
Setelah sukses denganMogambo, Grace tampil bersamaJean-Pierre Aumont dalam drama televisyen "The Way of an Eagle" sebelum membintangi filem layar lebarDial M for Murder. Filem tersebut merupakan adaptasi dari karyaFrederick Knott yang telah menjadi masyhur di panggung Broadway denganAlfred Hitchcock sebagai sutradara. Hitchcock banyak memberi pengarahan sambil mengeksploitasi kecantikan Grace Kelly yang murni di depan kamera. PemutaranDial M for Murder dimulai di gedung bioskop pada bulan Mei 1954 dan menjadibox office selain menerima banyak pujian dari pengamat filem.
Grace kembali tampil sebagai lawan mainJames Stewart dalam filem Hitchcock,Rear Window (1954). Filem selanjutnya adalah bersamaCary Grant dalam karya Hitchcock,To Catch a Thief (1955) yang pengambilan gambarnya dilakukan diCôte d'Azur, Prancis.
Kelly mula berkenalan dengan Putera Rainier III semasa diFestival Filem Cannes 1955 mengetuai delegasi Amerika Syarikat di mana beliau dijemput bergambar dengan baginda diistana persemayamannya 55 kilometer jauh diMonaco, mereka berdua akhirnya dapat bersemuka pada 6 Mei.[5] Mereka mendapati keserasian bersama setelah setahun berkenalan,[6] maka Rainier memutuskan untuk berkahwin dengan Kelly pada tahun 1956.[7]
Terdapat dua majlis yang diadakan untuk mengahwini mereka berdua mengikut undang-undang Monaco:[8]
sebuah perkahwinan sivil pada 18 April 1956 di balairong seri Istana Putera[8] yang dihadiri 3,000 warga Monaco,[9][10]
Kedua-dua raja dan ratu sehari dan seumur hidup ini memulakanbulan madu mereka membuat pelayaranMediterranean 7 minggu mereka di kapal dirajaDeo Juvante II tidak lama selepas berakhirnya majlis ini.[10][12]
Putera Rainier dan Puteri Grace mencemar duli keRumah Putih, 1961
Beliau menjawat ketua kelabAS Monaco yang dinamakan semula sebagai 'ASM pada tahun 1960, pasukan ini turut memenangiPiala Bola Sepak Perancis dalam perlawanan akhir menentangAS Saint-Étienne pada tahun sama - sumbangan ini sangat diraikan rakyat jelata Monaco sehingga pengurusan beliau disanjung-sanjung mereka[13]. Pada 1963, Grace menubuhkanAssociation mondiale des amis de l'enfance; badan amalFondation Princesse Grace de Monaco turut ditubuhkannya pada tahun sama. Beliau juga presiden Palang Merah Monaco (Croix-Rouge monégasque) sehingga akhir hayatnya.
Hollywood pernah menawarkan seberapa lakonan dala filem tertentu namun ditentang hebat dari serata Monaco dan Putera Rainier sendiri kerana tidak sesuainya dengan imej Grace (filemMarnie tahun 1964 arahan Afred Hitchcock menunjukkan seorang watak yang dirancangnya dirogol). Namun, Grace tetap menyumbang kepada dunia seni dengan cara tersendiri melalui pembacaan puisi dangubahan bunga.[14]
Roger Moore ada menyatakan perwatakan beliau pada ketika ini sangat lucu dan nakal[15] meskipun diamat tinggi dalam penjawatan beliau sebagai permaisuri negara Monaco.
Beliau melahirkan tiga orang putera-puteri hasil perkahwinannya denga Putera Rainier pada ketika ini:
Makam beliau di bawah namaGratia Patricia di Katedral Saint Nocholas
Pada 13 September 1982, Puteri Grace mengenderaiRover P6[16] berangkat pulang ke Monako bersama Puteri Stephanie dari istana rehat mereka; namun beliau diserang penyakitangin ahmar (menurut pengamatan doktor[17]) sehingga hilang kawalan kereta tersebut yang terbabas dan jatuh ke jurang dari sisi gunung yang berketinggian 120 kaki (37 m). Stéphanie juga cuba mengawa kereta tersebut tetapi gagal.[18]
Puteri Stéphanie hanya mengalami fraktur halus padavertebra serviks serta konkusi ringan[19] Kelly pula dihantarkan ke Hospital Monaco untuk dirawat kecederaannya pada otak,toraks dantulang paha; namun beliau akhirnya tidak dapat diselamatkan lanjut sehingga Rainier membenarkan sistem sokongan hidupnya dimatikan. Beliau meninggal dunia malam berikutnya pada jam 10:55 p.m. pada usia 52 tahun.[20]
^Buchwald, Art (April 17, 1956). "Grace Kelly Can Retain American Citizenship: Status of Pat Poodle Oliver Not So Clear; His Marriage Could Start Monaco Squabble".Los Angeles Times.ProQuest166920188.
^Werner, Jennifer (2014).Grace Kelly of Monaco: The Inspiring Story of How An American Film Star Became a Princess. BookCaps Study Guides. m/s. 40–44.ISBN978-1-62917-248-4.