Google Duo | |
---|---|
![]() | |
Pembangun | Google LLC |
Pelancaran pertama | 16 Ogos 2016; 8 tahun yang lalu (2016-08-16) |
Sistem pengendalian | |
Pelantar | Android |
Tersedia dalam | Inggeris |
Jenis | Aplikasi mudah alih |
Genre | Aplikasi mudah alih sembang video |
Lesen | Lesen hak milik |
Pautan berkaitan | |
Tapak web | duo |
Blog | |
sunting ·sunting di Wikidata![]() |
Google Duo adalah aplikasi mudah alih sembang video yang dibangunkan olehGoogle, yang tersedia di sistem operasiAndroid daniOS. Ia diumumkan pada persidangan pemaju Google pada 18 Mei 2016, dan memulakan keluarannya di seluruh dunia pada 16 Ogos 2016.[1][2][3]
Google Duo membolehkan pengguna membuat panggilan video dalam definisi tinggi. Ia dioptimumkan untuk rangkaian jalur lebar rendah. Penyulitan end-to-end diaktifkan secara lalai. Duo didasarkan pada nombor telefon, yang membolehkan pengguna memanggil seseorang dari senarai kenalan mereka. Aplikasi ini secara automatik beralih antara Wi-Fi dan rangkaian selular. Ciri-ciri "Knock Knock" membolehkan pengguna melihat pratonton langsung pemanggil sebelum menjawab. Kemas kini pada April 2017 membolehkan pengguna di seluruh dunia membuat panggilan audio sahaja.[4][5]