Go Papan Go 19 × 19 |
| Pemain | 2 |
|---|
| Julat umur | 4+ |
|---|
| Masa penyediaan | Tiada |
|---|
| Masa permainan | casual: 20–90 minit pertandingan: 2–6 jam* |
|---|
| Peluang rawak | Tiada |
|---|
| Kemahiran yang diperlukan | Taktik,Strategi,Pemerhatian |
|---|
- Sesetengah permainan pakar memakan masa lebih daripada 16 jam, permainan gelaran bertaraf tinggi pula boleh memakan masa sehingga beberapa hari.
|
Go adalah sebuahpermainan berpapan berstrategi untuk dua orang pemain. Ia dikenali sebagaiWéiqí dalambahasa Cina (Tradisional:圍棋;Ringkas:围棋),Igo (囲碁) atauGo (碁) dalambahasa Jepun,danBaduk dalambahasa Korea (hangul:바둑). DiMalaysia pula, permainan ini dikenali sebagai Go serta Weiqi. Permainan ini berasal dariChina kuno, berabad sebelum rujukan terawalnya dalam tulisan-tulisan padaabad ke-5 SM. Go adalah lebih popular diAsia Timur tetapi kebelakangan ini menjadi semakin popular di seluruh pelosok dunia. Go terkenal dengan strategi-strategi yang kompleks walaupunperaturan-peraturannya mudah.
Go dimainkan oleh dua orang pemain berganti-ganti meletakkan batu hitam dan putih di atas persilangan gridgaris. Saiz piawai bagi grid ini adalah 19 × 19, walau bagaimanapun peraturan-peraturan Go boleh digunakan sebebasnya kepada mana-mana saiz: 13 × 13 dan 9 × 9 juga merupakan pilihan yang popular untuk permainan yang lebih ringkas serta lebih berorientasikan taktik disamping memperkenalkan Go kepada para pemain baru. Objektif permainan ini adalah untuk menguasai kawasan papan yang lebih besar daripada lawan. Bagi mencapai matlamat ini, setiap pemain berusaha untuk meletakkan batu-batu mereka dalam cara-cara tertentuk agar ia tidak ditangkap, sementara memetakan kawasan-kawasan yang lawan tidak dapat duduki tanpa ditangkap. Sebiji batu atau sekumpulan batu akan ditangkap dan dialihkan sekiranya ia tidak mempunyai persilangan bersebelahan yang kosong, hasil daripada dikelilingi sepenuhnya oleh batu-batu dari pihak lawan.
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.