Kiri: Kedudukan buah pinggang dalam badan manusia. Kanan: Anatomi kasar buah pinggang kiri.
Buah pinggang atauginjal merupakan organ rumit yang memiliki pelbagai peranan biologi. Peranan utamanya adalah bagi mengekalkan imbanganhomeostatik cecair badan dengan penapisan dan penyingkiran metabolit (sepertiurea) dan galian daridarah dan menyingkirkannya, bersamaair, sebagaikencing. Oleh kerana buah pinggang bersedia untuk mengesan kepekatanion sepertinatrium,kalium,hidrogen,oksigen, dan sebatian sepertiasid amino,kreatinina,bikarbonat, danglukosa dalamplasma ia merupakan pengawal penting bagi tekanan darah, metabolisme glukosa, daneritropoiesis (poiesis - di manasel darah merah, eritrosit, dihasilkan).
Bidang perubatan yang mengkaji buah pinggang danpenyakit buah pinggang dikenali sebagainefrologi.[1] Awalannefro- bererti buah pinggang dari perkataan Yunaninephros (νεφρός); tambahanrenal bererti berkait dengan buah pinggang dari perkataanLatinrēnēs, bererti buah pinggang.[2]
Bagimanusia, buah pinggang terletak di bahagian belakang (posterior) dalam ruang perut. Terdapat dua buah pinggang, satu setiap sebelah tulang belakang; buah pinggang kanan terletak betul-betul di bawahdiafragma dan belakanghati, yang sebelah kiri di bawahdiafragma dan belakang organlimpa. Di atas setiap buah pinggang adalahkelenjar adrenal (juga dikenali sebagikelenjar suprarenal). Kedudukan tidak sekata dalam ruang perut disebabkan hati menyebabkan buah pinggang kanan terletak rendah sedikit berbanding buah pinggang kiri sementara buah pinggang kiri terletak lebih di tengah sedikit. Sebahagian besarair akan diserap kembali ke dalam buah pinggang vertebra melaluikitaran Henle.
Buah pinggang adalahretroperitoneum (dalam selaput rongga dalam perut) dan sekitar 9 hingga 13 cm dalam diameter; di mana buah pinggang kiri besar sedikit berbanding kanan. Ia berkedudukan sekitar parasvertebral aras T12 hingga L3. Sebahagian bahagian atas buah pinggang dilindungi oleh tulang rusuk kesebelas dan kedua belas, dan setiap buah pinggang dankelenjar adrenal dikelilingi sepenuhnya oleh dua lapis lemak (lemak perirenal dan pararenal) danrenal fascia yang membantu melapiknya. Ketiadaan buah pinggang sejak lahir (kongenital) satu atau kedua-dua buah pinggang secara serentak, yang dikenali sebagai unilateral (sebelah) atau bilateral (kedua-dua belah)agenesis renal, boleh berlaku.
Buah pinggang menerima darah tidak bertapis secara langsung dari jantung melaluiaorta abdomen yang kemudiannya berpecah kepadaarteri renal kekiri dan kanan. Darah bertapis kemudiannya kembali melaluivena ginjal (renal vein) kiri dan kanan kepadavena kava inferior dan kemudiannya ke jantung.Aliran darah renal merangkumi 20-25% daripada pengeluaran kardiak jantung.
Darah memasuki buah pinggang melalui arteri renal dalam sinus renal. Ia berpecah kepada arteri bahagian (segmental arteries), yang kemudiannya berpecah lebih lanjut kepada arteri interlobar menembusi kapsul renal dan merentasi melalui kolum renal melalui piramid renal. Arteri interlobar kemudiannya membekalkan darah kepada arteri arkuat yang merentasi sempadan korteks dan medula. Semua arteri arkurat membekalkan pelbagai arteri interlobar tambahan yang memuatkan ke dalam arteriol aferen untuk ditapis melalui nefron. Selepas penapisan berlaku darah bergerak melalui jaringan venul halus yang bertemu pada vena interlobus. Sebagaimana pengagihan arteriol, pengagihan urat menurut pola yang sama, interlobar membekalkan darah pada urat arkurat kemudian kembali kepada urat interlobus yang kemudiannya membentuk urat renal keluar dari buah pinggang.
Penapisan darah berlaku dalam nefron, yang terdapat dalam buah pinggang.
Buah pinggang menyingkirkan pelbagai bahan perkumuhan yang dihasilkan melaluimetabolisme, termasuk sisa bernitrogen:urea (dari katabolisme protein) danasid urik (daripada metabolik asid nukleik) danair.
Buah pinggang merupakan salah satu dari organ utama terbabit dalamhomeostasis keseluruhan tubuh. Antara fungsi homeostatiknya termasuk mengimbangi bes-asid, mengawal kepekatanelektrolit, mengawalisi padu darah, dan mengawaltekanan darah. Buah pinggang melaksanakan fungsi homeostatik ini secara bebas dan melalui koordinasi dengan organ lain, terutama bersama dengansistem endokrin. Buah pinggang berhubung dengan organ ini melalui hormon yang dirembes ke dalam aliran darah.
Buah pinggang mengawal tahappH darah dengan menyesuai aras ion H+, dirujuk sebagai penguat kepekatan ion galian, termasuk juga komposisi air dalam darah.
Sebarang peningkatan atau penurunan dalamosmolaliti plasma dikesan olehhipotalamus, yang berhubung secara langsung dengankelenjar pituitari posterior. Peningkatan dalam osmolaliti menyebabkan kelenjar merembeshormon antidiuresis, menyebabkan penyerapan air oleh buah pinggang dan peningkatan pada kepekatan kencing. Kedua faktor bekerjasama bagi memulih osmolaliti plasma kepada tahap normal.
Buah pinggang merembes pelbagaihormon.Eritropoietin dibebaskan sebagai tindak balas kepada tahap O2 rendah dalam kitaran renal (kencing). Ia merangsang penghasilan sel darah merah dalamsum-sum tulang merah.Renin terbabit dalam pengawalan rembesanaldosteron melaluisistem renin-angiotensin-aldosteron.Kalsitriol, bentuk aktif bagivitamin D, merangsang penyerapan ion Ca2+ dari darah dan penyingkiran ion PO32-. Kesemuanya membantu peningkatan aras ion Ca2+.
Buah pinggang mamalia terbentuk darimesoderm perantaraan. Pembentukan buah pinggang, juga dikenali sebagainefrogenesis, melalui siri tiga fasa berturutan, setiap satu ditanda dengan pembentukan pasangan kembar buah pinggang lebih maju: pronefros, mesonefros, dan metanefros.[3] (Bentuk jamak istilah ini berakhir dengan-oi.)
Dalam tempoh 22 hari kehamilan manusia, pasangan pronefros kelihatan pada hujung tengkorak kranial pada mesoderm perantaraan. Dalam kawasan ini, selepitelium tersusun dalam siri tiub yang dikenali sebagainefrotom dan bergabung secara mendatar dengansalur pronefros, yang bagaimanapun tidak sampai keluar dari embrio. Dengan itu, pronefros tidak dianggap sebagai berfungsi bagi mamalia kerana ia tidak mampu menyingkir bahan perkumuhan dari embrio.
Setiap salur pronefros tumbuh ke arah ekor embrio, dan dengan ini menggalak mesoderm perantaraan dalam kawasan thoracolumbar untuk membentuk tiub epithelial yang dikenali sebagaitubul mesonefros. Setiap tubul mesonefros menerima bekalan darah dari cabangaorta, berakhir dengan serabut kapilari (capillary tuft) bersamaan denganglomerulus yang dipastikan sebagainefron. Tubul mesonefros membentuk kapsul mengelilingi serabut kapilari, membenarkan penapisan darah. Aliran penapisan ini melalui tiub mesonefros dan dialir kedalam sambungan salur pronefros, yang kini dikenali sebagaisalur mesonefros atausalur Wolffian. Nefrotom bagi pronefros merosot sementara salur mesonefros memanjang ke arah penghujung kaudal bagi embrio, akhirnya melekat padakloala. Mesonefros mamalia sama seperti buah pinggangafimbia akuatik danikan.
Semasa minggu kelima kehamilan, saluran mesonefros membentuk saku luar,putik ureterik (ureteric bud), berhampiran pangkal sambungannya kepada kloaka. Putik ini, juga dikenali sebagaimetanephrogenic diverticulum, membesar ke belakang dan ke arah kepala embrio. Tangkai memanjang putik ureterik,salur metanefros, kemudiannya membentukureter. Ketika hujung tengkorak kranial memanjang kedalam mesoderm perantaraan, ia melalui beberapa siri cabang untuk membentuksistem saluran pengumpulan (collecting duct system) bagi buah pinggang. Ia juga membentukkaliks utama dan kecil danpelvis renal.
Bahagian yang kekal tidak berubah pada mesoderm perantaraan bersambung dengan hujung cabang kudup ureterik dikenali sebagaimetanephrogenic blastema. Isyarat dibebaskan dari kudup ureterik menggalakkan perbezaan padametanephrogenic blastema membentuktubul renal. Ketika tiub renal tumbuh, ia bersentuh dan melekat dengan tiub penyambung pada sistem salur pengumpul, membentuk laluan berterusan bagi aliran dari tiub renal sehingga salur pengumpul. Serentak juga, sel endotelium vaskular awal mula mengambil kedudukan pada hujung tiub renal. Sel ini berubah menjadi sel khusus glomerulus.
Kapsul renal: Selaput yang melitupi buah pinggang.
Korteks: Lapisan luar medula dalaman. Ia mengandungi saluran darah, glomerulus (yang merupakan "penapis" buah pinggang) dan tiubkencing dan disokong oleh matriks bergentian.
Hilum: Bukaan pada tengah bagi sempadanconcave medial bagi salur saraf dan darah untuk memasuki sinus renal.
Turus renal: Struktur yang menyokong korteks. Ia terdiri dari jalur salur darah dan tiub kencing dan bahan bersabut.
Istilah perubatan berkait dengan buah pinggang membabitkan awalan prefixrenal- dannefro-.
Pembedahan mengeluarkan buah pinggang adalahnefrektomi, sementararadical nephrectomy adalah mengeluarkan buah pinggang dan tisu sekeliling, nodus limfa, dan kemungkinannya kelenjar adrenal. Nefrektomi radikal dilakukan bagi membuangbarah.
Secara umumnya, manusia mampu hidup normal dengan hanya satu buah pinggang kerana setiap satu memiliki tisu renal yang berfungsi lebih daripada yang diperlukan bagi terus hidup. Hanya apabila fungsi atau tisu buah pinggang menurun dengan banyaknya,sakit buah pinggang kronik tahap lima akan terbentuk. Jikakadar penapisan glomerular (ukuran fungsi ginjal) jatuh ke tahap yang amat rendah (sakit buah pinggang kronik), atau jika kegagalan fungsi renal mendorong kepada simptom teruk, kemudianrawatan penggantian renal diindikasikan, sama ada melalui rawatandialisis ataupemindahan buah pinggang.
^Maton, Anthea (1993).Human Biology and Health. Englewood Cliffs, New Jersey, USA: Prentice Hall.ISBN0-13-981176-1.Unknown parameter|coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
^Bruce M. Carlson (2004).Human Embryology and Developmental Biology (ed. 3rd edition). Saint Louis: Mosby.ISBN0-323-03649-X.|edition= has extra text (bantuan)