Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Gin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jangan terkeliru denganjin.
Gin pelbagai jenama dijual di Itali.
Koktel Bee's Knees yang dibuat dengan gin, madu dan jus lemon.

Gin (disebut [ginatau jin]) ialah sejenisarak bercirikan rasa yang tersendiri daripada penambahan sejenis beri khas dari spesiesararJuniperus communis.[1][2] Ia adakala menjadi bahan utama dalam arak campuran atau "koktel" tertentu sepertimartini,gin pahit ataugin and tonic.

Minuman keras ini asalnya daripada sejenis arak digunakan untuk tujuan berubat diBelanda danBelgium iaitujenever sebelum dikembangkan lanjut diUnited Kingdom setelah diperkenalkan berikutanRevolusi Gemilang 1688 dicetuskanWilliam I dari Orange yang menyebabkan sekatan berdagang arak denganKerajaan Perancis.

Pembuatan

[sunting |sunting sumber]

Selain minyak dari buah pohon arar, gin juga dicampurkan dengan minyak berasaskanrempah-ratus sepertiadas manis,karawai, bijiketumbar, kulitlimau,akar manis,kayu manis, danpelaga.

Jenis

[sunting |sunting sumber]

Menurut cara pembuatannya, gin dibahagi menjadi dua jenis:

  • Gin distilasi (distilled gin) - gin hasil penyulingan arak minuman beralkohol rasa tawar (spirit) yang dicampur air, dan diberi aroma buah arar serta rempah-rempah.[3]
  • Gin campur (compound gin) - gin tawar yang dicampur air, aroma buah arar, serta minyak rempah-rempah, namun tidak melalui proses distilasi.[3]

Gin biasanya tidak diminum terus melainkan diminum sebagaikoktel. Jenis gin yang umum dipakai untuk koktel adalah gin jenisLondon dry yang berkadar alkohol tinggi. hasil penyulingan dari arak rasa tawar yang dicampur dengan rempah-rempah serta disuling ulang dalam tong-tong khas.

Sejarah

[sunting |sunting sumber]

Gin berasal dari minuman keras asalBelanda yang diciptakan Dr.Franciscus de le Boë (alias Dr. Sylvius) dariUniversiti Leiden pada tahun 1650.[3] Mulanya Dr. Sylvius sedang mencari akal untuk memberi ubat dalam dos yang tepat untuk penghidap sakitginjal. Beliau mencampurkan minyak buah pohon arar dengan minuman beralkohol hasil fermentasi bijirin. Hasilnya berupadiuretik murah yang disebutnyajenever daribahasa Perancisgenévrier yang bererti pohonarar.

Minyak buah arar diketahui memiliki khasiat perubatan, di antaranya penambah nafsu makan, memiliki kesansedatif dan mengurangkan sakit kepala.[4]

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^E.U. Definitions of Categories of Alcoholic Beverages 110/2008, M(b), 2008
  2. ^Definitions ("Standards of Identity") for Distilled Spirits, Title 27 of the U.S. Code of Federal Regulations, Chapter 1, Part 5, Section 5.22 ,(c) Class 3
  3. ^abcRanken, M.D. (1997).Food Industries Manual. Springer. m/s. 269.ISBN 0-7514-0404-7.Cite has empty unknown parameter:|coauthors= (bantuan)
  4. ^Deegan, Grant (1999)."From the bathtub to the boardroom: gin and its history".MY2K: Martini 2000.1 (1). Diarkibkan daripadayang asal pada 2004-10-22. Dicapai pada2020-06-08.Unknown parameter|month= ignored (bantuan)

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Gin&oldid=6326239"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp