Unit Warisan
|
|---|
| Unit | Nilai |
|---|
| KB | 210 Bait = 1024 Bait |
| MB | 220 Bait = 1024 KB |
| GB | 230 Bait = 1024 MB |
| TB | 240 Bait = 1024 GB |
Gigabait atau Gbait (diterbitkan daripadaawalan SI,giga-) ialah unitmaklumat ataustoran komputer yang membawa pengertian 1000³bait atau 1024³ bait (1000³ = satubilion). Simbolnya ialahGB (harus tidak dikelirukan denganGb yang digunakan untukgigabit).
Perkataan "gigabait" adalah kabur maknanya, bergantung kepada konteks. Ketika merujuk kepada saizingatan capaian rawak (RAM) danfail, gigabaitsecara tradisi mempunyai takrif perduaan sebanyak 1024³ bait. Untuk kegunaan-kegunaan lain, ia bermaksud tepat-tepat 1000³ bait. Supaya dapat mengatasi kekeliruan ini, semua badan piawaan yang berkaitan kini mempromosikan penggunaan istilahgibibait untuk takrif perduaan.
Terdapat dua takrif yang berbeza sedikit untuk gigabait yang umum digunakan:
- 1,000,000,000 bait atau 109 bait ialah takrif perpuluhan yang digunakan dalam telekomunikasi (seperti kelajuan rangkaian) dan oleh kebanyakan pengilangstoran komputer (seperticakera keras danpemacu flash). Penggunaan ini adalah selaras denganSI. Petikan-petikan daripadaSeagate: "Piawai industri storan adalah untuk memaparkan muatan dalam perpuluhan", dan "Satu gigabait atau GB adalah sama dengan satu bilion bait ketika merujuk kepada muatan cakera keras". Petikan-petikan yang serupa juga boleh didapati dalamtapak web pengilang-pengilang storan yang lain.
- 1,073,741,824 bait, iaitu sama dengan 1024³ atau 230 bait. Ini adalah takrif yang umumnya digunakan untukingatan komputer dan saiz fail. Sejak dari tahun1999,IEC telah mengesyorkan bahawa unit ini harus digelar sebagaigibibait (dengan singkatanGiB).Microsoft menggunakan takrif ini untuk memaparkan saizcakera keras, sebagaimana dengan kebanyakansistem pengendalian yang lain.[1] Setiap sistem pengendalian menggunakan takrif ini apabila merujuk kepada saiz fail.
Dalam penggunaan moden yang lazim, satubait ialah 8bit. Oleh itu, satu gigabait adalah tepat sama dengan lapangigabit.
Mengikut dapatan pada tahun2007, kebanyakancakera keras pengguna ditakrifkan mengikut julat gigabait muatannya. Muatan sebenar biasanya merupakan suatu angka yang lebih atau kurang daripada kelas yang ditetapkan. Walaupun kebanyakan pengilangcakera keras dancakera flash mentakrifkan 1 gigabait sebagai 1,000,000,000 bait, sistem-sistem pengendalian komputer yang digunakan oleh kebanyakan pengguna biasanya menghitung gigabait dengan membahagikan jumlah baitnya (sama ada muatan cakera, saiz fail, atauingatan capaian rawak sistem) dengan 1,073,741,824. Perbezaan ini adalah punca kekeliruan, khususnya di kalangan mereka yang bukan daripada latar belakang teknik kerana sebuah cakera keras dengan muatan yang terkadar oleh pengilang sebagai 400 gigabait mungkin akan dilaporkan sebagai hanya mempunyai muatan sebanyak 372 GB oleh sistem pengendalian pengguna, bergantung kepada jenis laporan yang dijanakan.
Perbezaan antara unit berasaskan SI dengan unit berasaskanawalan perduaan bertambah secara eksponen. Dengan kata yang lain, satukilobait SI adalah hampir sama dengan 98%kibibait, tetapi satumegabait adalah kurang daripada 96%mebibait, dengan satu gigabait merupakan 93.1%gibibait. Ini bermaksud bahawa sebuah pemacu cakera keras 500 GB akan dipaparkan sebagai "468 GB". Apabila saiz-saiz storan menjadi lebih besar dan unit-unit yang lebih tinggi digunakan, perbezaan ini akan menjadi lebih nyata.
Perhatikanlah bahawa ingatan komputer dirujuk mengikutasas 2 kerana reka bentuknya. Oleh itu, saiz ingatan sentiasa merupakan suatukuasa dua (atau kuantiti yang berkait rapat, misalnya 384 MiB = 3×227 bait) dan dengan itu, unit-unit perduaan adalah lebih sesuai untuk rujukan kepadaingatan capaian rawak (RAM). Ukuran-ukuran komputer yang lain, misalnya saiz perkakasanstoran,kadar pemindahan data,kelajuan jam,kendalian per saat dan sebagainya tidak berasaskan kuasa dua pada dirinya dan oleh itu, biasanya diberikan dalam unit perpuluhan.
Sebagai contoh, ambillah sebuah pemacu keras yang boleh menyimpan tepat-tepat 250×109 atau 250 bilion bait selepas pemformatan. Umumnya, sistem-sistem pengendalian menghitung saiz cakera dan fail dengan menggunakan angkaperduaan. Oleh sebab itu, pemacu 250 GB tersebut akan dilaporkan sebagai "234.68 GB". Sebagai akibat, percanggahan yang ketara akan timbul antara apa dipercayai oleh pengguna sebagai yang dibelinya dengan apa yang dilaporkan oleh sistem pengendalian.
Sesetengah pengguna berasa tertipu apabila mereka mendapati perbezaan ini, dan mendakwa bahawa para pengilang pemacu dan pengilang peranti pemindahan data sengaja menggunakan ukuran perpuluhan untuk meningkatkan bilangan dengan cara yang menipu. Terdapat banyak juga tindakan undang-undang yang diambil tentang kekeliruan ini (sila lihatAwalan perduaan — Pertikaian undang-undang).
Punca masalah ini sudah tentu berasal daripada takrif rasmi unit-unit SI yang tidak begitu dikenali, dengan sesetengah penyelesaian undang-undang merangkumi arahan-arahan bahawa pengilang menggunakan maklumat yang lebih jelas, misalnya dengan menyatakan saiz cakera keras dalam kedua-dua unit GB dan GiB.