Ghana, secara rasminya dipanggilRepublik Ghana, adalah sebuah negara diAfrika Barat. Ia bersempadan denganCôte d'Ivoire di barat,Burkina Faso di utara,Togo di timur, danLautan Atlantik di selatan.Accra merupakan ibu negara dan bandar rayanya yang terbesar. Jumlah penduduknya pada 2005 ialah 21,029,853.
Sebelum zaman penjajahan, Ghana diduduki oleh beberapa kemaharajaan kuno, termasuk kemaharajaan pedalaman diAshanti dan pelbagai negara-negaraFante di sepanjang pantai. Perdagangan dengan negara-negaraEropah berkembang maju selepas hubungan dengan pihakPortugis pada abad ke-15.England mengasaskanGold Coast, sebuahtanah jajahan, pada 1874.
Ghana merupakan negara kulit hitamAfrika yang pertama untuk mencapai kemerdekaan daripada pemerintahan penjajah. Sebaik sahaja negara ini mencapai kemerdekaan daripadaUnited Kingdom pada 1957, nama Ghana dipilih sebagai rujukan kepadaEmpayar Ghana yang merupakan asal kerajaan kunonya.
Republik Ghana dinamakan sempena Empayar Ghana zaman pertengahan di Afrika Barat. Nama sebenar empayar ini adalah Ouagadouogu. Ghana merupakan gelaran raja-raja yang memerintah kerajaan berkenaan. Ia telah dikawal oleh Sundiata pada 1240 M, dan telah diserapkan ke dalamempayar Mali yang lebih besar. (Empayar Mali telah mencapai kemuncak kejayaan di bawahMansa Musa di sekitar 1307).
Peta Ghana
Secara geografi, Ghana lama terletak kira-kira 500 batu dari utara Ghana kini, dan menduduki kawasan antaraSungai Senegal danNigeria. Sesetengah penduduk Ghana moden turun dari nenek moyang yang berhubungan dengan Ghana zaman pertengahan. Ini boleh dijejaki hingga ke orang-orangMande danVoltaic di Ghana Utara—Mamprussi,Dagomba danGonja. Bukti anekdot mengaitkan kaum Akan dengan Empayar ini. Bukti tersebut terletak pada nama-nama seperti Danso yang dikongsi kaum Akan di Ghana zaman sekarang dan kaum Mandika diSenegal/Gambia yang kuat pertaliannya dengan Empayar ini. Ghana juga merupakan tapakEmpayar Ashanti yang mungkin sekali negeri kulit hitam yang paling maju dalam sejarah Afrika sub-Sahara. Adalah dikatakan bahawa pada zaman kemuncaknya, RajaAshanti mampu mengerah 500,000 orang askar.
Sehingga Mac 1957, Ghana dikenali di merata dunia sebagai 'Pantai Emas'. OrangPortugis yang tiba di Ghana pada abad ke-15 menemui banyakemas di antara sungai-sungai Ankobra dan Volta lalu menamakan tempat itu Mina, iaitu bererti "lombong". Pantai Emas kemudiannya diterima oelh penjajah Inggeris. PihakPerancis yang tertarik dengan barang hiasan yang dipakai penduduk pesisiran, menamakan kawasan di barat Ghana sebagai "Cote d'Ivoire," yang bermaksud 'Pantai Gading'.
Kubu Inggeris dan Belanda yang berjiranan di Sekondi
Pada tahun 1481, Raja João II dariPortugal menugaskanDiogo d'Azambuja untuk membinaKastil Elmina yang lengkap pada tahun berikutnya. Tujuan mereka adalah untuk berdagangemas,gading gajah danhamba, lalu menyatukan kuasa mereka yang berkembang di rantau ini. Mereka turut disertai pihakBelanda pada tahun 1598, di mana Belanda mendirikan kubu diKomenda danKormantsi. Pada tahun 1637 Belanda menawanKastil Elmina dari Portugis danAxim pada tahun 1642 (Kubu St Anthony). Pedagang Eropah lain turut serta menjelang pertengahan abad ke-17, terutamanya bangsa Inggeris,Denmark danSweden. Di sepanjang garis pantai Ghana didirikan 30 buah kubu dan kastil oleh saudagar Belanda, British dan Denmark. Pantai Emas menjadi tumpuan terbesar seni bina ketenteraan Eropah di luar Eropah. Menjelang akhir abad ke-19 hanya pihak Belanda dan British yang masih menetap di situ dan setelah Belanda mengundur pada tahun 1874, Britain menjadikan Pantai Emas sebagai naungan.
Di kebanyakan kawasan tengah Afrika sub-Sahara, zaman sebelum tahun500 menyaksikan peluasan pertanian. Pertanian bermula di kawasan paling selatan gurun Sahara, lalu terbinanya perkampungan. Menjelang akhir zaman klasik, kerajaan serantau yang lebih besar didirikan di Afrika Barat, salah satunya ialahNegeri Ghana yang terletak di utara negara Ghana zaman sekarang. Setelah tumbangnya pada awal abad ke-13, kaumAkan pindah ke selatan lalu mendirikan beberapa negeri termasuklah empayar Akan agung pertama bernamaBono yang kini dikenali sebagai rantauBrong Ahafo di Ghana. Negeri-negeri Akan yang menyusul seperti persekutuanAshanti dan negerui-negeriFante dipercayai timbul dari petempatan Bono asal di Bono Manso. Kebanyakan kawasannya disatukan di bawahEmpayar Ashanti hingga abad ke-16. KerajaanAshanti bermula sebagai satu rangkaian yang longgar lalu beransur-ansur menajdi kerajaan berpusay dengan birokrasi yang maju berpusat diKumasi.
Hubungan terawal antara orang-orang Ghana, kaum Fante di kawasan pantai dan pihak Eropah terjalin pada tahun1482. PihakPortugis mula-mulanya mendarat diElmina, sebuah bandar pesisir yang diduduki negeriFanti pada tahun 1482. Sepanjang beberapa abad seterusnya kuasa-kuasa British, Portugis, dan Scandinavia menguasai beberapa tempat di kawasan itu, dan akhirnya British mendominasi. Negeri-negeri ini menjalinkan pelbagai perikatan dengan kuasa-kuasa penjajah dan dengan satu sama lain, lalu tercetusnyaPerang Ashanti-Fante 1806, dan juga pergelutanEmpayar Ashanti menentang British. Gerakan menuju berakhirnya penjajahan serantau bermula pada tahun 1946, maka perlembagaan pertama kawasan itu diisytiharkan pada tahun 1951.
Masyarakat Ghana mengamalkan "waktu Afrika", yakni sikap yang kurang tegas dalam pengurusan masa.[10] Upacara kematian di Ghana biasanya disambut dengan mewah dengan perbelanjaan sebanyak $15,000 ke $20,000, mungkin lebih mewah daripada majlis perkahwinan; hal ini mendapat kritikan oleh sebilangan ahli politik dan agama.[11]
^"Language and Religion". Ghana Embassy.Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Mac 2017. Dicapai pada8 Januari 2017.English is the official language of Ghana and is universally used in schools in addition to nine other local languages. The most widely spoken local languages are, Ga, Dagomba, Akan and Ewe.
^Antoinette I. Mintah (2010)."2010 Provisional Census Results Out". 4 February 2011. Population Division, Ghana Government. Diarkibkan daripadayang asal pada 15 Jun 2011. Dicapai pada7 Februari 2011.Cite journal requires|journal= (bantuan)