Sebelum ini, Obama merupakansenator muda dariIllinois sebelum meletakkan jawatan pada 16 November 2008 untuk bertanding dalampilihan raya presiden. Selepas menang, Obama mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat diKapitol Amerika Syarikat pada 20 Januari 2009. Pada 9 Oktober 2009 pula, Obama diumumkan sebagai penerimaHadiah Keamanan Nobel 2009 untuk "usaha luar biasanya dalam menguatkan diplomasi antarabangsa dan kerjasama antarabangsa".